Tuesday, February 3, 2015

Khasiat Pokok Kari


Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk MENGUATKAN PERUT dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi MASALAH PENGHADAMAN. 

Boleh juga digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi MASALAH SEMBELIT. 

Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi PENAWAR CIRIT-BIRIT DAN BUASIR. 

Untuk mengatasi masalah LOYA DAN PENING, campurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. 

Daun kari juga berkesan dalam mengatasi MASALAH HAID DAN PENYAKIT GONORRHEA, dan menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

Untuk mengawal DIABETES, rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. 

Untuk RAMBUT PANJANG DAN SIHAT, campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban. 

Untuk MERAWAT GIGITAN SERANGGA DAN HAIWAN BERBISA, buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan. 

Bagi LEBAM DAN BENGKAK, daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu. 

Untuk KECANTIKAN DIRI, amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga pokok kari. 

[‪#‎petua‬#mentariminda#bernamaradio24]



Buat TEH dari daun kari untuk rambut. Rebus secekak daun kari dalam air, masukkan sedikit air limau dan gula ke dalamnya. Minum teh ini setiap hari selama seminggu.Ia akan melebatkan rambut, menjadikannya licin, berkilat dan mencegah uban. 

Buat MASKER RAMBUT untuk mengelakkan keguguran. Ambil secekak daun kari dan tumbuk dan jadikan pes. Campurkan pes ini dengan yogurt dan urut pada rambut. Biarkan di kepala selama 25 minit dan cuci dengan syampu yang lembut. Gunakan masker ini setiap minggu secara konsisten untuk melihat rambut yang lebat. 

Buat TONIK RAMBUT untuk mengatasi keguguran. Masakkan sedikit daun kari dan minyak kelapa hingga ia berwarna hitam. Sapu ke seluruh kulit kepala bila campuran telah sejuk. Biarkan selama sejam dan cuci dengan syampu yang lembut. Gunakan tonik ini dua kali seminggu untuk melihat hasilnya dalam tempoh 15 minggu.

Monday, February 2, 2015

Hukum Mencukur Alis

Zaman sekarang, semakin ramai wanita yang mencukur dan menipiskan alis kerana hendak "lebih cantik.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah DILAKNAT wanita yang menyambung rambut dan wanita yang minta untuk disambung rambutnya, wanita yang mencabut alis dan wanita yang minta dicabut alisnya, wanita yang mentatu dan wanita yang minta untuk ditatu, tanpa ada penyakit.” (HR. Abu Dawud; shahih no. 3639). Syaikh Dr Yusuf Qardhawi dalam buku Al Halal wal Haram fil Islam (Halal dan Haram dalam Islam) mengatakan: “Di antara tindakan berlebihan dalam berhias yang diharamkan Islam ialah menghilangkan (mencukur) alis agar tinggi atau rata, padahal Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melaknat wanita yang mencukur alis dan minta dicukur alisnya. Al Qardhawi juga mengemukakan pendapat ulama mazhab Hanbali dan Imam Nawawi. Menurut sebahagian ulama Hanbali, boleh mencukur rambut dahi, memberinya warna (make up) merah, serta mengukir dan meruncing hujung mata dengan izin suami. Alasan ulama Hanbali, hal tersebut termasuk berhias. Namun, Imam Nawawi tegas menolaknya kerana mencukur rambut dahi termasuk perbuatan mencukur alis yang diharamkan.Syaikh Utsaimin dalam buku Al Halal wal Haram fil Islam (Halal dan Haram dalam Islam) mengatakan: “Menipiskan bulu alis jika dilakukan dengan mencabutnya maka hukumnya haram, bahkan termasuk dosa besar kerana termasuk perbuatan yang dilaknat.