Friday, January 2, 2015
Rawatan Untuk Bayi Demam
Rawatan semulajadi untuk demam selesema bagi bayi & kanak-kanak ialah dengan mencampurkan hirisan lemon, bawang putih dan minyak zaitun komersial.Ramas campuran hingga mengeluarkan bau segar. Gunakan campuran ini untuk mengurut tapak kaki, belakang badan atau bahagian lain. Ia dapat mengurangkan demam selesema bayi dan kanak-kanak. Untuk cara kedua pula ialah dengan membakarkan bawang putih sehingga lembut. Lenyekkan bawang putih dan campur dengan minyak zaitun. Kemudian titiskan air limau dan sapukan pada belakang badan dan dada anak. In sha Allah ia akan membantu.
Jus Mengkudu
Cara membuat Jus Mengkudu tanpa bau. Dapatkan 2 atau 3 buah mengkudu besar setengah matang yang berwarna kuning tetapi belum berbau. Kupas dan buang bijinya. Dipotong kecil-kecil dan masukkan ke dalam pengisar. Boleh dicampur dengan buah epal atau anggur. Kisar hingga benar-benar hancur dan cair. Campurkan sirup untuk perasa, atau boleh juga digunakan madu. Tapis dan minum segera ketika masih dalam keadaan segar. Jangan dicampur dengan teh atau kopi kerana khasiatnya akan hilang.
Subscribe to:
Posts (Atom)

