Tuesday, July 1, 2014
Segala Yang Baik
JUJURLAH pada diri
Pakaian putih serba bersih dipakai di hadapan khalayak
Pakaian kotor lagi hapak dipakai di belakang khalayak
JUJURLAH pada diri
Sebaik-baik pakaian ialah pakaian taqwa
Di hadapan mahupun di belakang khalayak
JUJURLAH pada diri
Usah bernifaq lagi
Allah Maha Melihat Maha Mendengar Maha Mengetahui
Yang tua dihormati. Yang muda dikasihi. Masing-masing ada tempat tersendiri di dalam sanubari.Tidak akan ada benci jika saling memahami. Allah sudah pinjamkan kita salah satu dari sifat-Nya...Maha Pengasih Maha Penyayang...untuk kita amalkan bersama.Jangan putuskan silaturrahim, kerana itu akan mengundang kemurkaan-Nya nanti. Semoga kita adalah hamba-hamba yang disayangi-Nya..Aamiin.
Rebutlah peluang untuk meraih dua gunung pahala!!Hanya dengan mengiringi jenazah dan bersolat ke atasnya dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan....
Bahagia Berkongsi
serenemaklong.blogspot.com
Meow: Encik, boleh beri saya sikit makanan? Apa-apa pun boleh, saya tak memilih................................
Encik G: Kamu haiwan terbiar dan saya pulak gelandangan tua. Kita tak ada hak untuk memilih. Bersyukur saja dengan apa yang Allah kurniakan. Tadi saya dapat sisa makanan dari pelayan kedai makan. Marilah kita berkongsi bersama..........
Sebelum makan, kedua makhluk Allah yang daif itu berdoa dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Biarpun sedikit, rezeki itu diredhai dan penuh barakah.
[Foto kredit: Kemboja Putih N.]
Subscribe to:
Posts (Atom)




