Sunday, December 1, 2013
Pahala Selepas Mati
serenemaklong.blogspot.com
Ini cara mendapatkan kebaikan selepas seseorang hamba mengadap Allah S.W.T.
1- Menghadiahkan Al-Quran kepada seseorang atau di masjid, pasti mendapat pahala setiap kali Al-Quran tersebut dibaca.
2- Menghadiahkan kerusi roda kepada hospital, pasti dapat pahala setiap kali kerusi roda digunakan.
3- Terlibat dengan pembinaan masjid, jalan raya, penyejuk air atau apa saja kegunaan awam.
4- Menanam pokok yang memberi perlindungan kepada manusia atau haiwan, atau bila buah pokok itu dimakan pasti mendapat pahala.
5- Menyebarkan ilmu bermanfaat. Jika ada yang mengamalkan pasti mendapat pahala.
Kaitan Doa Dan Suratan Takdir
serenemaklong.blogspot.com
Seorang pegawai muda bertanya, “Kenapa kita menadah tangan ke langit ketika berdoa?”
Begini jawapannya: “Pertama kerana kiblat doa adalah langit. Kenapa langit? Kerana ‘Lauh Mahfuz’ terletak lebih tinggi dari langit ke-7. Di sana digantungkan kitab perjanjian setiap manusia. Segala suratan hidup individu tercatat di dalam kitab masing-masing. Suratan masih bernama suratan hingga selepas berlaku ia dinamakan ‘Ketentuan’ atau ‘Takdir’. Selagi suratan belum berlaku, maka kita masih ada kesempatan untuk mengubahnya iaitu dengan berdoa.
Maka sebelum berdoa, sebaiknya kita buka salinan perjanjian yang kita bawa ke dunia dengan lafaz ‘Bismillah’, ‘Tahmid’ dan ‘Solawat’ dan selepas berdoa, tutuplah kitab kita dengan ‘Solawat’ dan ‘Tahmid’.
Apabila kita buka salinan perjanjian yang ada pada kita, maka salinan di ‘Lauh Mahfuz’ juga akan dibuka. Mohonlah dari suratan yang buruk kepada yang baik atau dari suratan yang baik kepada yang terbaik.
Kenapa kita menadah tangan? Salinan perjanjian yang kita bawa ke dunia ini ialah 2 tapak tangan kanan dan kiri, yang apabila kita rapatkan dan kita buka. Ia membentuk sebuah buku atau kitab. Di tapak tangan kita tertulis segala suratan hidup yang kita persetujui sebelum lahir ke dunia.
Apabila kita bawa kepada tukang tilik nasib, maka akan terbuka segala rahsia suratan dan hukumnya adalah haram iaitu salah satu dari 7 dosa besar. Kita membuka kitab diri masing-masing hanya untuk dikemukakan kepada Allah agar dapat membuat perubahan atau pindaan perjanjian sebelum suratan menjadi takdir.
[Perkongsian dari Nazz Abdul Aziz]
Subscribe to:
Posts (Atom)


