Tuesday, January 8, 2013

Wong Fei-Hung - Wira Negara Ulama Ternama


serenemaklong.blogspot.com




PEMINAT filem Kung Fu tentunya pernah menonton aksi pelakon terkenal Hong Kong, Jet Li yang membawa watak Wong Fei Hung dalam filem Once  Upon A Time In China. Tetapi tahukah anda siapa Wong Fei Hung sebenarnya?

Wong Fei Hung atau Faisal Hussein Wong adalah seorang ulama, jaguh Kung Fu dan tabib yang namanya telah diangkat sebagai Pahlawan Nasional oleh pemerintah China. Namun kerajaan China sering menyembunyikan identiti Wong Fei Hung sebagai seorang Muslim demi menjaga imej kekuasaan komunis di negara berkenaan.

Dia lahir pada 1847 di Kwantung (sekarang Guandong) dari sebuah keluarga Muslim yang kuat memegang perintah agama. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais, manakala nama Hung pula merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, dalam bahasa Arab, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang ulama, tabib perubatan tradisional Cina, serta ahli seni beladiri tradisional Tiongkok (wushu / kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying menguasai ilmu wushu peringkat tertinggi sehingga dikenali sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. Kedudukan Harimau Kwantung ini diturunkannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik seni beladiri serta ditunjangi oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering membantu orang-orang yang lemah dan tertindas pada masa itu. Masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Para pesakit yang datang ke klinik keluarga Wong umumnya terdiri daripada golongan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Pun begitu, keluarga Wong tetap membantu mereka dengan bersungguh-sungguh tanpa pilih kasih, tidak kira apapun suku, ras, agama pesakit tersebut.

Secara sulit, keluarga Wong melibatkan diri secara aktif dalam gerakan bawah tanah bagi menentang Kerajaan Ch’in yang rasuah dan menindas. Dahulu, Kerajaan Ch’in telah merampas kuasa Kerajaan Yuan yang memerintah. Kerajaan Yuan merupakan satu-satunya Kerajaan Kaisar Cina yang ahli keluarganya banyak memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat pertahanan diri ketika berguru dengan Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi mengajar Fei-Hung dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang begitu terkenal sehingga menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar dikembangkan dan merupakan handalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan Kerajaan Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun merupakan pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan Kerajaan Ch’in, pemerintah penjajah yang berasal dari Manchuria. Jika pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan bersenjata negara asing seperti Russia, England dan Jepun, mungkin  pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun berjaya menghalau Kerajaan Ch’in dari bumi China.

Selepas berguru dengan Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung berguru pula dengan ayahnya sendiri. Pada usia awal 20-an tahun, dia telah menjadi ahli perubatan dan seni beladiri terkemuka.

Kemampuan ilmu pertahanan dirinya semakin sukar ditandingi apabila dia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal lagi cekap dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.

Wong Fei-Hung mahir menggunakan berbagai jenis senjata di samping kemahiran bertempur tanpa senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan bagaimana secara sendirian dan hanya memegang tongkat dia berjaya menewaskan lebih 30 orang samseng pelabuhan berbadan tegap lagi kejam di Canton.

Dalam kehidupan berkeluarga, banyak ujian yang diturunkan Allah SAW kepadanya. Seorang anaknya terbunuh dalam pergaduhan dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung pula terpaksa menikah hingga tiga kali kerana isteri-isterinya meninggal pada usia muda. 

Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup bersendirian. Tidak lama kemudian ia bertemu jodoh dengan Mok Gwai Lan, seorang ahli seni beladiri. Mok Gwai Lan menjadi pasangan hidupnya hingga ke akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar seni beladiri kepada kaum wanita di perguruan suaminya.

Wong Fei-Hung meninggal dunia dalam keadaan namanya yang harum dan  dikenali sebagai manusia hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang Muslim selain mati Syahid.

Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi Muslim yang hidup selepasnya... Aamiin

Saturday, January 5, 2013

Galaksi


serenemaklong.blogspot.com




GALAKsi adalah kumpulan berjuta-juta bintang yang terhimpun oleh tarikan graviti.Ia turut mengandungi gas interstellar dan habuk.

Ahli ahli kaji bintang menganggarkan jumlahnya ialah kira-kira 50 bilion.
Planet Bumi yang indah dan penuh misteri ini terletak dalam
Galaksi Milky Way.

Luas Galaksi
Milky Way yang diukur melalui cahaya bintang di satu hujung galaksi ke hujung bintang yang satu lagi mengambil masa kira-kira 100,000 tahun. Harus juga difahami bahawa cahaya bergerak dengan kelajuan 299,792,458 meter sesaat atau 186,000 batu sesaat.

Galaksi paling dekat dengan
Milky Way adalah Galaksi Andromeda. Saiznya lebih besar daripada Milky Way iaitu 220,000 tahun cahaya.

Jarak objek paling jauh yang mampu dilihat dalam alam semesta pula adalah kira-kira 18 bilion tahun cahaya. Pejamkam mata dan cuba bayangkan. Jika setahun cahaya pun jaraknya sudah cukup jauh, inikan pula bilion tahun!!!

SUBHANALLAH
Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia itu tidak mengetahui.” Surah Ghafir (40):57

Di mana-kah kita? Hanya seperti habuk yang berterbangan. Tetapi kebanyakan manusia itu begitu sombong dan takabbur.

ALLAHU AKBAR

(Sumber; Zul Yunus)