Sunday, November 4, 2012

Keikhlasan


serenemaklong.blogspot.com
 


TERASA cepat lapar dan dahaga apabila Ramadan berlalu sedangkan ketika bulan Ramadan mampu menahan lapar dan dahaga lebih dari 12jam sehari.

Begitu juga terasa berat untuk menunaikan solat 5 kali sehari di awal kembalinya seseorang ke pangkuan Islam. Tidak lupa kekok dan panas apabila mula berhijab kerana perintah Allah. Tetapi kenapa segala yang sukar pada mulanya sekarang seolah-olah mudah?

Jawapannya adalah apabila kita ikhlas melakukan sesuatu demi Allah maka Allah akan menjadikannya mudah bagi kita dan akan menjadi sebati dengan diri kita. Ya, logiknya mana mungkin tidak lapar, dahaga, panas berhijab dan sebagainya, namun apabila Allah membantu kita segalanya mudah.
 
Ingatkah bagaimana api menjadi sejuk tatkala Nabi Ibrahim a.s dibakar? Begitu juga kepanasan berhijab menjadi sejuk apabila ikhlas dan istiqamah.

Maka adakah kita perlu menunggu sehingga ikhlas baru hendak berubah? Jawapannya tidak. Keikhlasan perlu dipupuk secara konsisten lalu sehingga berputik kesedaran dan kecintaan kepada Pencipta.

Sesungguhnya, Nawaitu kena betul. Ikhlaskan segalanya kerana Allah.

Thursday, November 1, 2012

Ribut Sandy - Ujian Ketaqwaan


serenemaklong.blogspot.com


ALLAH berfirman dalam Surah Ad-Dukhan ayat 16:

“(Ingatlah) hari (ketika) Kami menghentam mereka dengan hentaman yang keras. Sesungguhnya Kami adalah Pemberi Balasan.”   

Sesungguhnya, janji Allah itu benar. Kelmarin Pantai Timur Amerika Syarikat menerima hentaman yang keras dari Ribut Sandy. Banyak kemusnahan yang berlaku. Bagaimana kita melihat kejadian itu bergantung kepada keadaan.

Mungkin Sandy diturunkan untuk mengingatkan mereka yang masih enggan menerima kebenaran Allah dan Rasulnya. Lalu mereka menerima pembalasan. Mereka merintih melihat kerugian yang dialami.    

Mungkin juga Sandy adalah ujian bagi orang beriman agar bersyukur kerana mereka masih hidup untuk meneruskan Perintah Allah, mengumpul kebaikan bagi bekalan menuju ke Kampung Akhirat.
 
Sesungguhnya setiap kejadian yang diturunkan Allah pasti ada hikmah. Yang penting kita mengambil iktibar daripadanya.

Wallahualam