Sunday, December 10, 2017

Tasbih


Daripada Ibnu Abbas r.a. daripada Juwairiyah r.ah,
"Suatu hari saat subuh tiba, Juwairiyah di tempat solat dalam rumahnya dan Nabi s.a.w. meninggalkannya keluar (untuk solat di masjid), kemudian Baginda kembali ketika sudah masuk waktu duha sedangkan isteri Baginda masih tetap duduk (di tempat solat itu sambil berzikir). Maka Baginda bersabda:
""Kamu masih seperti itu sejak aku tinggalkan tadi?"
Juwairiyah mengatakan, "Ya."
Lalu Baginda bersabda: "Aku telah membaca empat kalimah selepas meninggalkan kamu tadi sebanyak tiga kali, seandainya ia ditimbang dengan zikir yang kamu ucapkan sejak awal hari ini, tentu ia melebihi zikirmu hari ini. Kalimah-kalimahnya ialah:
MAHA SUCI ALLAH DAN AKU MEMUJI-NYA DENGAN PUJIAN SEBANYAK MAKHLUK-NYA
SEBANYAK KEREDHAAN-NYA
SEBERAT TIMBANGAN ARASY-NYA
DAN SEBANYAK TINTA TULISAN KALIMAT-NYA.""
Pengajaran:
Kita hendaklah berusaha untuk memperoleh keredhaan Tuhan sebelum datang malaikat maut.
Empat ayat ini disebabkan oleh maksudnya yang menyeluruh, dapat menarik lebih banyak ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.
Zikir ini boleh dibuat sebaik selepas menunaikan solat setiap hari, membebaskan diri kita seketika untuk mengingati-Nya.
("Amalan Kecil Berterusan Pahala Besar" oleh
Abu Talha Muhamnad Yunus)

No comments:

Post a Comment