Sunday, January 13, 2013

Lata Iskandar


serenemaklong.blogspot.com



LATA Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi.
 
Terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands, air terjun ini mempunyai kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga. Pengunjung boleh mengambil peluang untuk mandi-manda di dalam air sejuk dan segar, yang terbit dari kawasan pergunungan.
 
Bagi pencinta alam pula, sedikit masa yang diluang melalui denai-denai hutan yang telah disediakan akan membawa anda kepada keseronokan dan kekayaan flora dan fauna di sekeliling air terjun tersebut.
 
Di bahagian bawah air terjun ini, terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Kraftangan di sini bermutu tinggi dan dihasilkan oleh Orang Asli.
 
Deretan gerai-gerai yang menyediakan minuman dan makanan ringan juga telah didirikan berhampiran kawasan air terjun untuk keselesaan orang ramai yang singgah untuk menikmati keindahan Lata Iskandar.
 
Sumber: KELAB ANAK JATI PERAK DARUL RIDZUAN

No comments:

Post a Comment