Sunday, June 10, 2018

Realiti Hidup Berumahtangga - Cinta Saja Tak Cukup



Kita akan benar-benar mengenali seseorang hanya SETELAH kita berkahwin dengannya, tidur sebantal, baring sekatil, makan sepinggan dan duduk sebumbung.

Masa itu barulah kita tahu dia jenis tidur berdengkur, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur...baru tahu jenis pemalas buat kerja rumah, baru tahu.. baru tahu..

Bercinta hatta 10 tahun sekali pun, bergayut tiap-tiap malam, dating tiap-tiap hari pun BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang itu.

Kahwin bukan hanya tentang dating halal, ambil gambar romantik sama-sama, boleh pegang-pegang tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet, manis, segala yang indah-indah hingga hujung nyawa.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH daripada kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kepada dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?

Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan dan digalas bersama.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera.

Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam..

Bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, uruskan buang air besar/kecil dan mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar dan lesu yang amat?

JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil.

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH.

Sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga dan ratu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM dan TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain-lain, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin..

Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar ungkapan 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan dan disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tak cukup"..

Moga Allah mudahkan perjalanan kita semua....

[CNP dari Internet]

No comments:

Post a Comment