Friday, August 3, 2012

Gua Tempurung - Kebanggaan Gopeng


serenemaklong.blogspot.com
 

GUA TEMPURUNG ialah sebuah gua batu kapur terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua ini terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapUr dan marmar.
Dipertengahan gua terdapat satu stalagmit berbentuk seperti gergasi.
Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua itu kini dilengkapi lampu, tangga dan titi serta kemudahan awam lain. Bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak,acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.
Selain menyimpan khazanah alam, di gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Ia pernah menjadi tempat persembunyian komunis daripada 1950 hingga 1960. Semenjak 1970, ia dijadikan lombong bijih timah.

Gua Tempurung boleh dikunjungi menggunakan Lebuhraya Utara Selatan ataupun Jalan Persekutuan. Jika menggunakan PLUS, masuk ke susur keluar Plaza Tol Gopeng, belok ke kiri dan teruskan memandu sejauh 2km sehingga menemui laluan ke Gua Tempurung di sebelah kiri. Laluan khas ini dibina bagi membolehkan kenderaan yang lebih besar seperti bas sampai ke gua tersebut.
(Sumber daripada Mengkeme Anak Perak)


No comments:

Post a Comment