Friday, December 9, 2016
Yang penting NIAT
Kerana tergesa-gesa untuk sampai ke tempat tugasan, Anisah tertinggal telekungnya di rumah. Mujurlah tempat tugasan dekat dengan masjid, cuma tempatnya agak jauh dari kawasan penduduk kampung. Kerena itu tidak ada kaum wanita yang datang bersolat di situ. Ketika solat Zohor dan Asar, hanya Anisah seorang saja makmum wanita.
Ketika menyimpan telekung mesjid, dia terfikir, "Solat Maghrib, Isyak dan Subuh nanti macam mana? Takut nak solat sorang-sorang kat sini. Tempat solat muslimah jauh di belakang dan sunyi pulak."
Anisah terpaksa bermalam di hotel untuk menyelesaikan tugas dokumentasi.Selepas termenung seketika, dia melipat sepasang telekung dan menyumbat ke dalam beg dengan niat hendak meminjam. Pun begitu hati tetap berdebar sepanjang malam.
Keesokannya, pada waktu dhuha, dia bergegas masuk masjid lalu memulangkan telekung tersebut. Astaghfirullah, terasa seperti bersalah walaupun niatnya baik.
Kesimpulannya:
Yang penting ialah NIAT meminjam demi menunaikan kewajipan yang diperintahkan Allah. Dia Maha Mengetahui. Meminjam dan mencuri ada bezanya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment