Wednesday, December 28, 2016
Berlumba Buat Lebih Baik
Al kisah:
Ahmad Zamri bersembang dengan seorang kenalan yang begitu bersemangat berbicara mengenai isu Syria.
Tiba-tiba dia mengeluarkan sekotak rokok, mengambil sebatang dan hisap. Ahmad Zamri menegurnya yang tidak berhenti merokok. Sebaiknya duit beli rokok disedekahkan kepada saudara di Syria.
Jawapan dia sangat mengejutkan. Katanya dia sudahpun mendermakan keseluruhan gajinya untuk membantu rakyat Syria. Dia juga sudah menjual keretanya dan menghantar wang hasil jualan itu ke Syria. Dia menyimpan azam dia untuk ke Syria sebagai sukarelawan paramedik bagi membantu rakyat Syria yang cedera.
Katanya duit boleh dicari, kereta boleh dibeli. Tetapi bagaimana dengan nyawa umat Islam di Syria yang memerlukan bantuan kita? Memang dia sedang berusaha untuk berhenti merokok tetapi masih belum berjaya.
Ahmad Zamri terdiam dan menyedari yang dirinya sangat kerdil berbanding dengan pengorbanan kenalan itu yang berusaha membantu saudara seaqidah.
Ibrah:
Kadangkala kira rasa diri kita sudah cukup bagus contohnya tidak merokok atau apa-apa kebaikan kecil yang kita lakukan tanpa menyedari betapa ramai lagi yang berjiwa mulia jauh lebih baik daripada kita. Mungkin dia lemah dalam satu bab tetapi hebat dan mulia dalam amalan yang lain dan kebaikan dia jauh lebih banyak daripada kelemahan dia.
Bersamalah kita bermuhasabah diri, memperbetulkan niat agar sentiasa ikhlas dalam beramal. Insya ALLAH kita buat yang terbaik untuk bekalan di akhirat sana. Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment