Monday, December 19, 2016
Pelaburan - Dunia Dan Akhirat
Jika melabur untuk ilmu dunia, pasti dapat pulangannya dengan jelas iaitu meningkatnya kedudukan ekonomi diri berupa kurniaan Allah dalam bentuk kejayaan, pendapatan lumayan dan sebagainya.
Berbanding ilmu dunia, jika melabur untuk ilmu akhirat belum tentu dapat dilihat dengan jelas hasilnya, sebab Allah menjanjikan pulangannya di akhirat. Pun begitu ada yang Allah beri dalam bentuk yang kita sendiri tidak menyedarinya iaitu dengan keberkatan, atau ketenangan dan seumpamanya.
Ingat, semua itu mesti dengan ilmu. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah berilmu. Barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa yang menginginkan keduanya, maka hendaklah dengan ilmu.”
Sama-sama kita beramal.
=================================================
Satu perkongsian dari netizen Othman Aziz:
Seseorang membuka bisnes ZOO HAIWAN. Di pintu masuknya, dia menulis harga tiket RM10.00 seorang. Tetapi tidak ada seorang pun yang masuk. Disebabkan setelah beberapa lama tidak ada pengunjung, maka harga tiket pun diturunkan menjadi RM7.00. Disebabkan masih tidak ada pengunjung, akhirnya harga tiket diturunkan menjadi RM3.00. Tetap tidak ada pengunjung yang mahu masuk!!
Akhirnya ditulisnya pengumuman: "MASUK PERCUMA", maka ramailah orang yang berebut-rebut hendak masuk.
Ketika ZOO telah dipenuhi pengunjung, pemilik ZOO membuka semua pintu kandang binatang buas..Singa..., Harimau..., Serigala..., Ular! Pintu keluar dikunci!
Di pintu KELUAR ditulisnya: "Untuk Keluar Bayar RM100.00"
Lalu ramai orang berebut-rebut membayarnya!
Inilah ironi kehidupan.... Ketika ditawarkan untuk hidup sihat, banyak berpuasa, banyak minum air masak, banyak bersukan, makan makanan yang menyihatkan, jaga rehat dan tidur secukupnya..tidak ramai orang yang mahu mendengarnya..
Tetapi kalau sudah terlantar di HOSPITAL, berapa mahal pun bil, kita pasti akan berusaha membayarnya untuk kembali sembuh, sekalipun harus jual aset atau berhutang dan cari sumbangan. Sihat lebih baik daripada sembuh..kerana sihat itu murah..
Begitu juga dengan SEDEKAH. Masa hidup RM50-RM100 tersangat berat hendak keluarkan. Tetapi bila dah berada di alam barzakh, agaknya jika diberi kesempatan hidup semula, infak RM beribu pun tak kisah..
Khas untuk renungan dan ingatan pada diri sendiri..
(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment