Wednesday, December 28, 2016
Mendamba Umara Persis Rasulullah
Al kisah
Ali hidup dalam kesempitan. Gajinya sebagai pekerja pembersihan sudah beberapa bulan belum lagi diterima. Wang simpanan untuk saat-saat kecemasan pun semakin menyusut.
Kos sara hidup tinggi. Keluarganya tidak mampu makan nasi lengkap berlauk seperti keluarga lain. Setiap hari menu yang disediakan oleh isterinya hanyalah bubur nasi dan telur.
Bila Ali mendatangi majikan dan bertanyakan bayaran gajinya, jawapan yang diberi kepadanya, "Sabarlah, ekonomi tengah down ni!"
Dia keluar dengan perasaan sedih. Tambahan pula hidungnya terhidu bau makanan lazat berlegar dalam bilik pejabat yang serba indah itu. Rasa terliur juga dia. Entah bila agaknya dia dan keluarganya dapat menikmati semua itu.
Mungkin benar juga ungkapan yang pernah didengarnya. "Ayam tidak sampai hati mematuk tangan tuannya tetapi tuannya sanggup menyembelih ia."
==================
Rasulullah s.aw. adalah pemimpin terbaik. Baginda tidak hanya membantu fakir miskin malah sentiasa duduk bersama dengan mereka sehingga baginda dapat 'merasai' denyut hati insan yang kekurangan, kelaparan dan kesempitan.
Sifat itu diteladani oleh khalifah-khalifah yang memimpin umat Islam selepas baginda. Betapa hari ini kita amat mengingini para umara yang sedemikian. Bilakah tibanya masa itu? Tunggu......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment