Tuesday, December 6, 2016
Lelaki Yang Memburu Dunia
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Bandar Madinah. Ketika MUAZZIN melaungkan azan Maghrib, aku terlihat seorang wanita memakai jubah dan berpurdah serba hitam yang cantik, berkulit putih, bertubuh ramping. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku memerhatinya... Malah dia MEMBERIKAN ANGGUKAN KECIL PENUH BERMAKNA, kemudian berpusing meneruskan langkahnya.
Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, dan terpukau. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut, walaupun muazzin telah melaungkan Iqamah. Aku mengejar wanita itu yang mempercepatkan langkahnya. Dia berpaling seketika. Aku dapat melihat senyuman nakalnya di sebalik purdah hitamnya. Dia berjalan hingga ke penghujung bandar hingga ke sebuah perkuburan lama.
Wanita itu masuk ke dalam sebuah bangunan yang kelihatan gelap. Aku mengekorinya hingga ke sebuah bilik yang diterangi cahaya lilin. Dia duduk di atas katil yang mewah, masih berpakaian dan berpurdah.
"KUNCIKAN PINTU ITU," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik… Aku mengikut sahaja.
"WAKTU MAGHRIB SUDAH HAMPIR SELESAI. Tadi kau meninggalkan solat berjemaahmu untuk mengekoriku ke mari. Apa tujuanmu? KAU MAHU AKU MEMUASKAN NAFSUMU, BUKAN? Sekarang kau lihatlah puas-puas wajahku," kata wanita tersebut sambil mengangkat purdah untuk mendedahkan wajah sebenarnya.
Aku terperanjat, bukan wajah segar seorang gadis remaja, TETAPI WAJAH YANG MENGERIKAN, JIJIK, HITAM, TANPA SATU ZARAH CAHAYA KELIHATAN PADA ALUR KEDUT WAJAHNYA!
"NAMAKU ‘DUNIA’... AKU KEKASIHMU... Kau habiskan masamu mengejarku, sekarang kau telah memiliki diriku…. Mari… Mari."…
Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu. Lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana. Wallahu a'lam.
[Ustaz Ramli Joned]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment