Friday, December 16, 2016

Bersyukurlah


Di stesen keretapi. Sementara menunggu tren tiba, dua rakan sekerja berbual-bual:

Azim: "Bagaimana hidup kau sekarang?"

Salman: "Aku ada banyak masalah. Bangun sahaja tidur fikir masalah itu dan ini. Tentang macam-macam hal. Kerja, keluarga, kewangan. Tidak tersenarai."

Azim: "Kau bangun, apa perkara pertama kau lakukan? Baca doa dan solat Subuh atau bangun tidur terus fikir masalah. Masalah memang tidak habis. Yang penting bagaimana kau menghadapi masalah."

Salman: "Asal bangun tidur, aku teringat masalah yang tidak selesai-selesai. Serabut. Tetapi jika aku tidak fikir, bagaimana masalah akan selesai."

Azim: "Bukankah Allah ingatkan, semakin kita bersyukur semakin Allah tambahkan nikmat. Kau lihat keluarga di bangku sebelah. Mereka berinteraksi guna bahasa isyarat. Ada seorang anak mereka di atas kerusi roda. Mereka nampak bahagia. Sedangkan kita yang sempurna anggota, mengapa hanya memikirkan masalah tanpa menghitung kesyukuran?"

Salman: "Ya. Selama ini aku lupa bersyukur. Terlalu fikirkan perkara yang aku belum miliki, hingga lupa bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah beri."


Manusia itu sifatnya sentiasa meminta-minta dan tidak pernah merasa cukup dan syukur. Jadilah hamba yg bersyukur bukan hanya merungut semata-mata. Cuba mulakan hari dengan kesyukuran. Lihat sekeliling, agar kita lebih bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah.

No comments:

Post a Comment