Wednesday, December 14, 2016

Kenapa Babi Haram?



Ahmad dan Aminah menyekolahkan anak mereka, Alimin di sekolah bukan Muslim. Mereka tidak bimbang kerana Alimin berfikiran cerdas. Lagipun setiap pulang sekolah dia masih meningkatkan ilmu agamanya di madrasah diniyyah.

Gurunya, Mary mahu mengenakan Alimin kerana hanya dia yang beragama Islam di sekolah itu. " Saya bingung dengan agama yang melarang makan daging babi, bukankah ia ciptaan Tuhan?"

Suasana menjadi hening. Mata Mary melirik kepada Alimin. Terasa dirinya disindir, Alimin menjawab pertanyaan gurunya.

"Saya juga hairan."

"Kamu aja hairan, apa lagi saya."

Kata Alimin, "Saya hairan bukan sebab daging babi, tetapi kerana IBLIS."

"Kenapa pula dengan iblis?"

" Cikgu tak benci Iblis? "

" Tentulah benci."

" Kenapa cikgu tidak suka Iblis? Bukankah Iblis ciptaan Tuhan juga? "

Jelas Mary, " Kerana Tuhan nak menguji kita."

Alimin tersenyum, " Samalah, cikgu. Tuhan juga melarang makan daging babi kerana ingin menguji kita, taat atau tidak kepada-Nya."

No comments:

Post a Comment