Friday, December 16, 2016

Hati Dulu Berhijab



Aminah taat beribadah, sama ada ibadah wajib mahupun sunnah. Hanya ada satu kekurangannya, dia tidak mahu menutup auratnya. Setiap kali ditanya dia hanya menjawab, “Insya Allah, yang penting hati dulu yang berhijab.”

Suatu malam Aminah bermimpi sedang berada di sebuah taman yang indah. Rumputnya sangat hijau. Berbagai bunga berkembang. Udaranya segar dan wangi. Terdapat sebatang sungai yang sangat jernih. Airnya kelihatan melewati di pinggir taman. Semilir angin pun dapat dirasakan di sela-sela jarinya. Ada beberapa wanita di situ yang juga menikmati pemandangan keindahan taman.

Aminah menghampiri seorang wanita yang berwajah bersih, seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut. “Assalamu’alaikum, saudariku…”

“Wa’alaikum salam, selamat datang, wahai saudariku.”

“Terimakasih, adakah ini syurga?” Tanya Aminah.

“Tentu saja bukan. Ini hanya tempat menunggu sebelum syurga.”

“Benarkah? Bagaimana agaknya keadaan syurga kalau tempat menunggunya pun sudah seindah ini.”

Wanita itu tersenyum kemudian bertanya, “Amalan apa yang membuatmu sampai ke sini?”

“Saya selalu menjaga solat, dan menambah dengan ibadah-ibadah sunnah. Alhamdulillah.”

Tiba-tiba jauh di hujung taman dia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka, dan beberapa wanita yang di taman itu mula masuk seorang demi seorang. “Jom, ikut mereka!” Kata wanita itu sambil setengah berlari.

“Apa di balik pintu itu?”

“Tentu saja syurga!” Larinya semakin cepat.

“Tunggu… tunggu!” Aminah berlari sekuat tenaga, namun tetap tertinggal. Dia berteriak, “Amalan apa yang kamu lakukan sehingga kamu nampak ringan?”

“Sama dengan kamu. ” Jawab wanita itu sambil tersenyum. Dia sampai ke pintu, sebelah kakinya melewati pintu. Sebelum melewati pintu sepenuhnya, Aminah berteriak padanya, “Amalan apa lagi yang kamu buat dan saya tidak buat?”

Wanita itu menatapnya dan berkata, “Cuba perhatikan perbezaan kamu dengan saya. Rabb tidak akan mengizinkan wanita masuk ke syurga-Nya tanpa menutup aurat. Sayang sekali. Amalan kamu tak mampu membuat kamu mengikuti saya masuk syurga ini. Cukuplah syurga hanya sampai di hati kamu kerana niat kamu ialah menghijabi hati.”

Aminah terbangun, beristighfar lalu mengambil wudhu. Dia tunaikan solat malam, menangis dan menyesali perkataannya dulu.



No comments:

Post a Comment