Saturday, December 31, 2016
Tanda-tanda Kesombongan Insan
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu sama ada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan.
1. Sukar menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.
2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.
3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.
4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi. Dia suka orang yang mahu mendengar katanya.
5. Memandang hina kepada golongan bawahan.
6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.
8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.
9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.
10. Sukar memaafkan orang lain yang tersilap dengannya.
11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.
12. Dia suka dihormati.
13. Suka menzalimi orang sama ada secara halus atau kasar.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana ada yang diperlukan dari orang itu.
15. Suka mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang.
17. Suka mencerita kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menikmati nikmat Allah S.W.T. Kalau ada, dibazirkan.
20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.
21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji, dia berasa bangga dan senang hati.
SOMBONG itu ada 3 jenis
1. Sombong terhadap Allah; enggan mematuhi semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.
2. Sombong terhadap Rasul; tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.
3. Sombong terhadap makhluk; iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.
Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa,ia boleh menghalanginya dari syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis
Rasulullah ﷺ
ﻻ ﻳﺪﺧﻞُ ﺍﻟﺠﻨَّﺔَ ﻣﻦ ﻛﺎﻥ ﻓﻲ ﻗﻠﺒِﻪ ﻣﺜﻘﺎﻝُ ﺫﺭَّﺓٍ ﻣﻦ ﻛِﺒﺮٍ
"Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi." (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)
Nabi s.a.w. memberikan perumpamaan yang paling kecil daripada bahaya sombong itu, walaupun sebesar biji sawi, tidak akan masuk syurga.
(Ustaz Ahmad Asri Lubis)
Bila ada orang membicarakan kamu di belakang, itu tanda kamu di depan. Bila ada yang ingin menjatuhkanmu, ertinya kamu berada di atasnya. Yang terbiasa mengkritik, habis waktunya maka dia miskin karya, kerana dengki itu menghilangkan kreativiti, membunuh prestasi. Yang mencintaimu, menasihati dalam kesendirian, penuh kasih sayang, sedangkan yang tidak tulus dalam nasihat, berbicara agar dia kelihatan hebat.
Lisan orang lain bukan tanggungan kita. Lisan kita sendirilah yang harus dijaga. Memang begitulah orang yang tidak yakin diri suka menambah-nambah cela orang lain agar dia kelihatan lebih sempurna. Bila kita memilih berkarya, tukang kritik menemani di sepanjang jalan. Sedangkn Rasulullah s.a.w. sendiri kerap dicela, difitnah, dimaki manusia. Apa yang membuat kita menganggap kita lebih dari Rasulullah?
Berdoa, tetap melangkah, agar semua yang diterima berubah jadi pahala. Sabar mengalahkan amarah, dan istiqamah menghantar kita ke destinasinya.
[Ustadz Felix Siaw]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment