Saturday, December 3, 2016

Bela Islam 212 Di Jakarta Persis Kehebatan Makkah



Ketertiban para penunjuk perasaan Bela Islam 212 di Indonesia telah memaparkan suatu fenomena didikan Islam yang sebenarnya dan jauh daripada keganasan yang sering dimomokkan oleh Barat dan Yahudi. Mereka seolah-olah telah menjadikan kota Jakarta sebagai tanah suci Makkah dengan kebersihan putih bersih, saf yang tersusun dan jemaah Islam bersolat yang teratur. Mereka malah mendoakan kesejahteraan Indonesia dalam jemaah yang ultra besar! amiin.

Usai sahaja perarakan besar itu, kota Jakarta menjadi bersih kerana buktinya kota Jakarta telah menjadi tempat solat sepanjang mereka berada di sana. Islam tercermin dengan akhlaknya. Bukan secara perdebatan atau kekerasan yang tidak pernah dianjurkan oleh Rsulullah s.a.w. Islam yang benar umpama pohon yang baik, apabila tumbuhnya dengan subur, maka banyaklah faedahnya kepada kehidupan alam. Daunnya menghasilkan oksigen dan menyedut Karbon disoksida, menaungi manusia dan haiwan daripada panas dan hujan, juga sebagai tempat tinggal.

Bukan seperti pokok yang buruk, menumpang pokok lain atau yang menjalar membelit seluruh pokok lain serta memakan segala zat daripadanya, sehingga mendatangkan kesusahan kepada pihak lain.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pokok yang baik, yang pangkalnya tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat" (Surah Ibrahim ayat 24 - 25)


"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah
dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat" (Surah An Nashr 1-3)


No comments:

Post a Comment