Thursday, December 29, 2016

Hukum Bacaan Fatihah Makmum


Soalan:

Apakah hukumnya makmum masih baca Surah Al-Fatihah di belakang imam?

Contoh situasi:
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al-Fatihah (ketika solat berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah Al-Fatihah, ini dapat kita perhatikan ketika solat berjemaah jahriyyah (subuh, maghrib dan isyak).

Jawapan:
Sunat makmum membaca al-Fatihah selepas bacaan al-Fatihah imamnya. Hal ini adalah sekiranya makmum mempunyai berat sangkaan bahawa dia sempat membaca al-Fatihah sebelum imam rukuk. Selepas itu, barulah makmum mendengar bacaan surah imam pula.

Namun, sekiranya diketahui atau berat sangkaan makmum bahawa dia tidak akan sempat membaca al-Fatihah sebelum imam rukuk, maka ketika itu sunat bagi makmum tersebut membaca al-Fatihah beserta dengan imam tanpa perlu menunggu imam selesai membaca al-Fatihah (Fath al-‘Allam, al-Syams al-Munirah).

Justeru, sunat bagi makmum mendengar bacaan imam (Mughni al-Muhtaj, I’anah al-Tolibin). Firman Allah Taala;
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”(Surah al-A’raf 204)

Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam;
(إذا كبر فكبروا، وإذا قرأ فأنصتوا (واه مسلم
“Apabila imam bertakbir, maka hendaklah kamu bertakbir dan apabila imam membaca al-Quran, maka hendaklah kamu diam.”

Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam lagi dalam sebuah hadis hasan sahih:
إذا كنتم خلفي فلا تقرءوا إلا بأم القرءان
“Apabila kamu berada di belakangku (sebagai makmum), maka janganlah kamu membaca (al-Quran) melainkan al-Fatihah.”(al-Darqutni)
اليسع
Wallahu a’lam

[Sumber: USRAH SOLAT DAN QA AGAMA]


No comments:

Post a Comment