Thursday, December 29, 2016

Kerja Dakwah Pendakwah


"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai."

Peribahasa ini bermaksud: Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah.

Begitu juga di dalam dakwah. Tidak semua dakwah kita diterima. Ada yang pernah dimaki hamun, dimarah dan tidak kurang yang menerima ugutan. Dan itu juga antara punca utama mengapa ramai orang awam takut melaksanakan dakwah.

Dakwah Baginda s.a..w. juga ditentang oleh kaumnya sendiri begitu juga dalam dakwah kita bakal berhadapan dengan tentangan dari mereka yang mengaku Muslim tetapi itu bukan alasan untuk kita berundur diri. Anggaplah segala cacian dan makian itu sebagai sunnahtullah bagi setiap pendakwah.



Semasa Mega Street Da'wah Sabtu lepas di Christchurch Melaka, Brother Firdaus Wong menyantuni seorang lelaki beragama Hindu bernama 'S'. Beliau seorang yang peramah dan mesra. S memberitahu kumpulan MRM bahawa beliau percaya Satu Tuhan sahaja dan tidak suka buat sesuatu tanpa bukti. Beliau mengatakan agama mesti ada fakta jelas bukan main dengar dan buat sahaja.

Namun beliau percaya Tuhan memilih menjadi manusia untuk memberitahu manusia bahawa dia adalah Tuhan dan Tuhan wujud. Maka Firdaus bertanya kepada beliau apakah terdapat sebarang fakta dari kitab agamanya yang mengatakan Tuhan memilih menjadi manusia kerana menurut bacaan dan kajian Firdaus sendiri yang agak terhad, agama Hindu mengatakan Tuhan tidak mempunyai rupa bentuk dan imej sebagaimana dalam Yajurveda 32:3 menyebut 'Sesungguhnya Tuhan itu tiada 'pratima' (rupa bentuk, imej, bayangan, ukiran)'

Dengan jujur beliau mengatakan tidak tahu dan tidak penting sama ada ia ada di dalam kitab atau tidak. Bagi S, Tuhan ada di mana-mana, hatta dalam diri sendiri. Sebab itu penganut Hindu menyembah satu sama lain ketika berjumpa dengan meletakkan kedua-dua tangan bersama dan tunduk sedikit.

Masa tidak mengizinkan mereka berborak panjang kerana ada urusan lain. Setelah bertukar nombor telefon, masing-masing berjanji akan meneruskan perbincangan di KL. S menzahirkan rasa teruja kerana dapat bertukar pandangan tentang agama masing-masing dalam keadaan rasional dan harmoni.

#jomdakwah

[Firdaus Wong Wai Hung - Multiracial Reverted Muslims]


No comments:

Post a Comment