Saturday, December 24, 2016

Merdeka Dalam Batas Syariat

Assalamualaikum


Di pengakhiran hidup manusia hanya ada dua pilihan iaitu syurga atau neraka. Kita ingin jadi makhluk Allah yang bebas merdeka, tetapi merdeka dalam BATASAN SYARIAT ISLAM. Syariat Islam telah memberi garis panduan tetap mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dibuat. Matlamat syariah ialah untuk memelihara lima perkara yang maha penting dan bernilai dalam hidup:

MEMELIHARA AGAMA
MEMELIHARA KETURUNAN
MEMELIHARA HARTA
MEMELIHARA NYAWA
MEMELIHARA AKAL

Ikutlah cara yang Allah perintahkan dan Rasulullah ajarkan. Itulah sumber yang membawa kepada KEBAHAGIAAN HAKIKI DAN ABADI. Hindari MANUSIA BERSIKAP SUMBANG, GOLONGAN BERAMAL SONGSANG, juga MANUSIA YANG PERIKEMANUSIAANNYA TELAH HILANG. Tiada guna hidup senang lenang, boleh buat itu ini sedangkan batin dalam kebimbangan, hati tidak tenteram. Manusia hanya pelakon di pentas dunia yang lakonannya DIRAKAM OLEH KAMERA MILIK MAHA PENCIPTA dan DITONTON OLEH PARA MALAIKAT-NYA. Betapa malu yang tidak terhingga bila VIDEO ITU DITAYANGKAN KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA sejak dari Adam a.s hingga ke manusia paling akhir dilahirkan ke dunia.

Peliharalah Allah dan Allah akan memelihara kita semua. Aamiin aamiin Ya Rabbal Alamin.


Menurut Majalah SOLUSI #82, keindahan Islam hanya dapat dilihat oleh orang yang mempunyai akal yang tajam serta jiwa yang bersih. Keindahan Islam yang begitu menyerlah, tidak akan dapat dirasai oleh mereka yang menganutnya tanpa ilmu dan ikut-ikutan.

Justeru, kita lihat betapa ramai orang yang berada dalam Islam telah keluar daripada Islam kerana kedunguannya. Sebaliknya ramai pula orang bukan Islam yang berbondong-bondong masuk Islam kerana kebijaksanaannya. Inilah yang berlaku di negara-negara Barat sekarang. Islam ialah agama yang berkembang paling cepat di Eropah dan Amerika kerana ramai dalam kalangan mereka menggunakan kebijaksanaan akal untuk mengenal Islam.

No comments:

Post a Comment