SANTAU adalah rangkaian dari 3 perkara: Ramuan, Sihir dan
Makhluk halus.
Asal Santau: Seperti
yang diterangkan secara lisan, ia biasa berlaku di bahagian negara-negara Asia
Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina dan lain-lain. Termasuk juga di
bahagian selatan negara China. Ia tidak diamalkan oleh masyarakat Arab,Timur tengah,
Afrika dan lain-lain. Masyarakat sedemikian mereka lebih menggunakan kaedah
sihir yang lain.
Dahulu di Sumatra,
Indonesia, santau digunakan seperti alat permainan masyarakat. Dalam sesebuah
kampung jika ada seorang yang gagah perkasa atau yang mempunyai sesuatu bidang
ilmu yang tinggi seperti ilmu agama dan lain-lain, para penyantau suka menguji
sejauh mana kehandalan atau kebolehan mangsa. Bagi orang yang mempunyai ilmu
kebal (yang dikatakan gagah perkasa) seperti pahlawan dan sukar untuk ditandingi
oleh orang biasa, lazimnya tubuh badan mereka atau kekebalan mereka akan kalah
dengan santau. Wallahu alam.
1) Santau Angin:
Pembawa santau akan
membawa santaunya berjalan di khalayak ramai. Santau ini akan mengikut arus
angin dari pembawa (arus angin dari belakang ke hadapan pembawa) dan mengenakan
mangsa yang berdiri berhadapan (face to face) dengan pembawa. Sekiranya mangsa
membelakangi pembawa santau, insyAllah tidak akan terkena santau tersebut.
Untuk santau angin
biasanya, amat bahaya jika ramai orang yang berhadapan (face directly ) dengan
pembawa santau. Semua akan terkena termasuk haiwan. Nauzubillah. Hanya insan
yang beramal soleh dan mengamalkan doa pelindung diri, yang mana Allah hendak
melindunginya,lnsyAllah akan dilindungi oleh Allah Ta'ala.
Santau ini dibawa
oleh pembawanya melalui celah kuku tangan. Di kediaman, pembuat santau akan
memasukkan dahulu jejari tangan mereka ke dalam bekas simpan santau untuk
memasukkan santau ke dalam celah-celah kuku sebelum membuangnya di khalayak
ramai. Kapasiti bagi jentikan 1 Jari : 20 mangsa, kalau 10 jari dah ada 200
mangsa. Nauzubillah.
Dengan melalui arus
angin dan memasukkan santau ke dalam jejari tangan, pembawa santau menyebarkan
atau membuang santau dengan kaedah menjentik-jentik jejari di kawasan umum.
Jika ada orang ketawa, mulut terbuka luas sampai boleh terlihat lelangit dan
bahagian tekak. Ini peluang bagi si pembawa santau. Tempat biasa untuk sebaran
atau dibuang santau 8alah di pasar tani, pasar malam, restoran, majlis kenduri
dan sebagainya.
Wallahu alam.
Ditujukan kepada
seseorang. Biasanya jika terkena pada orang yang dituju memang akan terkena
(dengan izin Allah). Jika dapat dielak ia akan terkena pada orang yang rapat
dengan mangsa. Wallahu'alam.
Penyantau tujukan
santau tersebut dengan mengambil pakaian mangsa iaitu setelah mengetahui tarikh
lahir mangsa. Penyantau akan membuat perkiraan di mana mereka akan mencari
kelemahan mangsa dalam 1 minggu ada 7 hari. , jadi dalam 7 hari salah satu hari
akan ada kelemahan berdasarkan dari tarikh lahir. Bila penyantau sudah dapat
mengesan kelemahannya, penyantau akan menggunakan hari kelemahan mangsa untuk
menyerang.
3) Santau Makan dan
Minum:
Ia dimasukkan ke
dalam makanan dan minuman. Biasanya jika mangsa selalu mengamalkan amalan
pendinding diri dengan izin Allah Ta'ala, dapat mengesan santau tersebut,
contohnya apabila mangsa hendak memegang cawan atau gelas yang berisi air sejuk
dan sebagainya, air tersebut jadi macam menggelegak, gelas yang dipegang
meletup atau pecah dan boleh dilihat dalam makanan tersebut mempunyai
rambut-rambut yang halus (seperti rambut lelaki yang baru bergunting),
serpihan-serpihan kaca berkilat dalam pinggan. Wallahu alam. Tempat biasanya
dalam jamuan kenduri kendara atau kedai makan dan sebagainya.
4) Santau Langkah:
Biasa berlaku di
tempat kerja, di mana orang yang mempunyai hasad dengki menaburkan bahan-bahan
santau di pintu sambil menyebut mangsa yang hendak dituju. Ada juga santau yang
dimasukkan ke dalam perigi dan lain-lain. Harus diingat, santau hanya akan kena
pada mangsa melalui mulut (makan, minum,angin), pijak langkah. Wallahualam.
Santau boleh dijual
beli, contoh, pembuat santau menternak santau secara komersial dan akan menjual
kepada sesiapa yang berminat. Pembeli boleh juga mengupah penyantau untuk
menyantau mangsa. Pembeli juga boleh hanya membeli santau saja dan belajar dari
penternak cara menyantau orang. Budak umur 12 tahun pun boleh belajar.
Nauzubillah.
Santau ini ada gred
tersendiri, Jika gred tinggi, kesan pada mangsa seperti muntah darah yang
banyak, kritikal dan mungkin membawa maut. Ada gred rendah tetapi kesan untuk
jangka panjang ialah mangsa akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit
asma, kanser,gatal-gatal yang sukar diubati, dan sebagainya.
Santau boleh
menyebabkan berlakunya SAKA, kerana jin dan syaitann yang berada dalam santau
masuk ke dalam badan mangsa akan cepat membiak. Nisbah manusia melahirkan anak
1 orang = 1 bayi, tetapi jin dan syaitan,seekor jin/syaitan = 9 anak. Jenis
mangsa: orang yang kuat beramal soleh (good muslim), orang yang mempunyai
kelebihan dan baik.
Kenapa syaitan atau
jin tidak mengganggu orang kafir atau orang yang tidak mengikut perintah Allah
Ta'ala?
Syaitan atau jin
tidak akan mengganggu yang sebangsa dengan mereka yang bermaksiat atau tidak
bermoral. Mereka memang sudah dihanyutkan oleh makhluk-makhluk ini dengan
perkara yang dilarang oleh Allah Ta'ala. Disko dan kelab malam tidak ada orang
kena santau. Orang yang suka ke masjid dan beramal soleh jadi mangsa kerana
mereka musuh syaitan, jin wal iblis laknatullah.
TUJUAN SANTAU DIBUAT
1) Amalan diri:
Pembuat atau penyebar santau biasanya hendak mengetahui sejauh mana kehebatan
ilmu santau mereka lalu membuat praktikal
2) Pertahankan diri:
Kalau zaman dahulu, kalau sesebuah negeri kalah dalam peperangan, ia dibalas
balik mengguna santau. Pada zaman sekarang, manusia jahil menggunakan santau
untuk mempertahankan hak-hak kepentingan diri sendiri
3) Membalas dendam,
dan untuk kebanggaan supaya dihormati atau ditakuti.
RAMUAN SANTAU
1) Air ulat sintuk
(ulat gonggok yg berwarna kehitam-hitaman)
2) Segala jenis
miang seperti miang buluh, miang jagung
3) Habuk sumbu
pelita minyak tanah
4) Hempedu katak
puru. Biasa digunakan di Kedah atau Perlis. Katak puru yang diambil dari atas
pokok daun keladi layu yang terletak di sawah.
5) Kaca botol kaca
atau kaca lampu, ditumbuk dan diayak dan diambil serbuknya yang halus.
6) Kuku manusia,
atau haiwan.
7) Rambut
8) Tali sabut,
direndam selama 44 hari kemudian diracik halus-halus.
9) Kacang babi.
Wallahu alam tidak tahu rupa bentuknya tetapi orang Asli - Aborigines people -
tahu sebab mereka cari dalam hutan.
Bahan ini kalau
terkena di kulit gatalnya. Nauzubillah. Ada sampai terpaksa dipotong salah satu
anggota badan yang terkena.
10) Tembikar lama
dan benda-benda yang kotor yang banyak jangkitan bakteria.
11) Tulang haiwan
mati berangan seperti kokang (mati tergantung), beruang mati akibat menyeksa
terseksa diri. Biasanya jin yang tertempek pada
haiwan sedemikian
digunakan ialah jenis Hantu Raya kelas A.
12) Benda-benda yang
gatal, sabut batang pokok enau, lipas, juga binatang berbisa seperti ular,
labah-labah dan lain-lain.
Bahan yang dibuat
dari kulit, tulang, bisa akan dihancurkan dan dibuat ramuan untuk santau.
FUNGSI SANTAU
Untuk menyeksa hidup
dan membunuh mangsa.
BAGAIMANA SANTAU
DIBUAT DAN DIPROSES
1) Pembuat santau
mengumpulkan bahan-bahan yang hendak digunakannya.
2) Bila semua ramuan
sudah cukup, pembuat santau akan memilih suatu hari dalam bulan yang
betul-betul gelap (menurut kalendar Melayu Islam).
Bahan santau dibawa
ke simpang tiga yang tiada ada orang lalu lalang (simpang yang menuju ke hutan)
di tengah malam buta secara sendirian,
tanpa ditemani
sesiapa.
3) Kemudian bacaan
mentera jampi serapah dimulakan mengikut bahasa masing-masing sambil menutup
bekas santau dengan sehelai kain.
4) Cara bahan santau
itu aktif ialah ketika pembuat santau sedang membaca mentera, kain yang menutup
bekas santau naik ke udara, kemudian keluar
suara (jin, syaitan,
iblis laknatullah) bercakap 'aku ikut perintah kamu'. Itu bermakna ramuan
santau itu sudah menjadi. Apabila bahan santau
'menjadi' ia membiak
macam yeast. Kalau sudah masuk dalam tubuh mangsa, ia lebih cepat membiak macam
virus. Tetapi sekiranya bahan santau itu
tidak menjadi,
pembuat santau akan menunggu hari gelap yang lain untuk mengulangi ritual yang
sama sampai menjadi.
5) Apabila bahan
santau aktif, ia akan disimpan dalam bekas tabung. Zaman dahulu ia disimpan
dalam batang buluh kecil dan digantung di pepara
dapur. Kalau zaman
sekarang, Wallahualam, mungkin dalam balang atau sebagainya.
6) Dalam 3 atau 4
bulan sekali pembuat santau akan memeriksa bekas santau sama ada penuh atau
tidak. Jika penuh dan melimpah pembuat santau
membuang santau
dengan cara yang diterangkan sebelum ini, sama ada pada khalayak ramai atau
sebagainya. Jika tiada pilihan dan tidak sempat
hendak dibuang, dia
terpaksa memberi makan atau minum pada ahli keluarga atau memakannya sendiri.
Soalan cepuemas:
"Bolehkah santau ini dibuang?" Jawabnya, BOLEH.
TANDA TERKENA SANTAU
1) Batuk yang
berterusan walaupun makan ubat hospital pun tidak juga sembuh. Gejala batuk
berlaku pada waktu-waktu tertentu seperti maghrib,
pagi, tengah malam,
menjelang subuh, ada yang 24 jam (macam batuk anjing)
2) Muntah darah
3) Rasa mencucuk
dalam badan seperti ada jarum (di bahagian dada, sendi-sendi badan, peha, dan
kaki)
4) Demam panas
5) Sakit kepala
6) Lenguh atau lemah
sendi dan anggota badan
7) Tiada selera
makan (kesannya jadi badan susut dan bila cuba nak makan rasa nak muntah)
8) Susah idur malam
9) Kerap mengantuk
di siang hari
10) Gatal-gatal
badan
11) Pemarah (sifat
yang dibangkitkan oleh jin, syaitan, iblis)
12) Pelupa
13) Resdung
14) Barah
15) Kayap
16) Lumpuh (yang
menyerang buah pinggang) dan ada yang sampai buat putus urat jantung, serta
jadi gila
17) Lemah tenaga
batin
18) Kudis (biasanya
ramuan santau ini boleh didapati dari kepulauan Borneo),
19) Penyedih
20) Penakut
21) Pembenci
22) Pemalas
23) Fikiran tidak
tenteram (sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan tepat dan hilang
keyakinan diri
24) Suka
bersendirian (tidak suka bergaul dengan orang ramai)
25) Sakit perut dan
sakit belakang.
KESAN DARl TERKENA
SANTAU:
1) Merosakkan rohani
dan jasmani (rasa tidak tenteram),
2) Merosakkan rumah
tangga,
3) Merosakkan organ
dalaman,
4) Merosakkan
fikiran dan maut.
Tanda fizikal mangsa
santau:
Warna kebiru-biruan
(biru kundang) pada kuku tangan dan kaki, bibir, kelopak mata dan ada yang
tahap kritikal menjadikan paru-paru dan jantung bermasalah dan berlubang.
Tidak ada perawat
dapat memastikan dengan tepat berapa lama tahap santau sudah berada dalam badan
pesakit tetapi berdasarkan pengalaman perawat santau, jika hanya bahagian dada
saja berkemungkinan santau tersebut baru masuk mungkin tidak kurang dari satu
atau dua minggu. Kalau sudah sampai ke pinggang berkemungkinan sudah masuk
dalam sebulan atau beberapa bulan. Bila dikeluarkan rupanya kelihatan masih
baru. Namun sampai ke kaki berkemungkinan sudah beberapa tahun bertapak.
Apabila keluar mungkin santau itu sudah menjadi hitam. Wallahu'alam.
Jika pesakit santau
menggunakan X-ray, ia tidak dapat dikesan. Biasanya dalam filem x-ray tersebut,
bahagian paru-paru kelihatan gelap dan doktor gagal mengesan puncanya. Santau
yang masuk ke dalam tubuh mangsa melalui mulut atau sebagainya, akan menjadi racun
dalam pembuluh darah sebagaimana masuknya jin, syaitan, sihir dan menyerap ke
seluruh badan hingga terus ke otak. Santau menjadikan anggota badan seperti
lidah menjadi pendek membuatkan mangsa tidak boleh bercakap, mulut menjadi
herot, dan tangan menjadi merengkot.
[SUMBER INFO DARI
PENGAMAL PERUBATAN ISLAM]
Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Kelantan.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
ReplyDeleteIni email saya : tubuhsatu@gmail.com