Wednesday, December 14, 2016

Jangan Sampai Khurafat

---
---
---


"Sekuat-kuat dan sebijak-bijak mana pun manusia dia tetap tidak mampu berlepas diri daripada Allah. Dia perlu solat, sebagai cara menghubungkan dirinya dengan Allah. Jika tidak dengan pelbagai masalah dan cabaran hidup dia akan mengalami keluh-kesah.

Namun, perlu diingat, dalam berdoa juga Allah masih menguji manusia. Bukankah doa itu juga hakikatnya satu amal soleh. Ada kalanya, doa lambat diperkenankan. Ada kalanya pula lain yang kita minta, lain pula yang diberikan. Sesuatu yang kita tidak jangka, pinta dan sangka kerap berlaku dalam hidup. Maka pada waktu itulah hati kita diuji.

Mungkin kerana ingin segera mendapat apa yang diinginkan, maka ada manusia yang lupa daratan lalu beralih arah menyembah dan memohon kepada tuhan yang lain. Atau memilih ‘jalan pintas’ untuk mendapat apa yang diidamkan. Bagi mereka seolah-olah tuhan lambat, tuhan tidak tahu atau tuhan tidak mahu memberikan apa yang mereka inginkan. Ketika itu terbukalah pintu syirik dan khurafat." -Pahrol Mohamad Juoi

No comments:

Post a Comment