serenemaklong.blogspot.com
Perkongsian
dengan VAT 69
PEMBONGKARAN! - Cerita Di Sebalik
Pencerobohan Sultan Sulu Di Lahad Datu.
Isu serangan penceroboh semakin menjadi-jadi apabila beberapa orang lagi anggota keselamatan kita terbunuh dan juga ada juga yang diculik dalam pertempuran yang berlaku di Semporna. Sultan Sulu kata negeri Sabah hanya diberi pinjam kepada Malaysia sahaja. Menuntut hak mereka kembali agar negeri Sabah kembali di bawah naungan pemerintahan mereka.
Mari kita baca Kronologi ini :
- Akhir tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada satu gerakan bersenjata sedang berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan tersebut.
- Sultan Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.
- Sultan Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).
- Tiga hari sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang.
- Menurut laporan dari Tawi-Tawi mereka ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain kerana menurut mereka mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang bilangannya boleh dibilang dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia yang serba lengkap itu. Mereka dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main di belakang mereka.
- Kemudian beberapa hari kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporan mereka sampai dulu di Felda Sahabat 17. Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas malah dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu.
- Menurut laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih tersebut dalam kumpulan penceroboh itu. Namun menurut Sultan Bantilan II di Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran kulit putih tersebut kemungkinan hanyalah rekaan untuk mengaitkan pencerobohan itu dengan tentera Balikatan USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo.
- Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung. Ada yang yang seperti meracau tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan pertempuran ala filem Holywood. Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang berkubu di Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang. Almaklum latihan tentera mereka berbulan-bulan sejak tahun lalu.
- Ada laporan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah dari MNLF. Mereka adalah dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu melanggar arahan ketua. Menurut saksi mata yang telah ambil video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka seperti sudah hilang seri malah kelihatan menakutkan. Hilang seri seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia. Rambut sebahagian mereka panjang sebagai melambangkan kepahlawanan Tausug yang walaupun pun nampak kalah secara lojik namun dianggarkan dapat bertahan berbulan-bulan malah mungkin bertahun. Mereka dapat bertahan begitu kerana mungkin berjaya berenang larikan diri semula ke pulau Tawi-Tawi. Selamat.
Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu. Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.
- Akhirnya bocor rahsia setelah tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik. Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S 501. Yang lebih pelik kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak walaupun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA.
- Nyata sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.
- Mereka berkata, kalau Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini akan dilemparkan ke seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau mereka secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan gagal.
- Sultan Bantilan II di Jolo sebagai ketua gerakan SSDI yang bergerak secara aman tanpa senjata, menyeru saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat memformasikan satu jawatankuasa bertindak dengan menghimpun sejarahwan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja memandang positif kepada gerakan Kesultanan Sulu secara aman ini. Malaysia harus bertindak dahulu sebelum ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu semakin mendapat tempat. Kiram walaupun tindakannya kali ini sangat menjadikannya tidak popular malah menjadikannya sebagai keluarga kesultanan Sulu yang selamanya melakukan kesilapan. Namun sekurang-kurangnya tindakan subversif KIRAM ini dapat membuka mata Malaysia betapa masanya sudah tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.
Keluarga Kiram sangat terancam dengan gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dijalankan oleh Sultan Bantilan II di kepulauan Sulu saat ini. Perarakan demi perarakan secara aman oleh rakyat SSDI selama 6 tahun sehingga kini menjadikan keluarga KIRAM perlu "DO SOMETHING". Kerana menurut KIRAM, SABAH dan SULU itu adalah milik keluarganya, bukan milik kerajaan SULU yang mana ia bukan milik pribadi mana-mana Datu pun melainkan ia hak rakyat Sulu secara keseluruhan. KIRAM tidak pernah belajar dari kesilapannya yang lalu. Mereka sangat ketinggalan dari pengetahuan sejarah sekalipun generasi muda Tausug sudah berjaya menulis pelbagai buku sejarah Sulu.

Perkongsian Dengan
Bernama Radio 24
Puluhan
penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai
terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung
Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.
Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.
Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama.
Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44 tahun, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".
Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang.
Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.
Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Perkongsian Dengan Pakatan
Rakyat Elections News
Saya warga Lahad Datu yang bekerja di Kuala Lumpur. Apa yang berlaku di Lahad Datu sengaja disenyapkan oleh kerajaan kerana bimbang reputasi mereka akan jatuh menjelang PRU13. Hanya warga Lahad Datu yang tahu situasi sebenar. Menurut cerita keluarga saya di sana, memang pengganas ini dijemput masuk atas sebab ingin menuntut kawasan Felda dengan janji mereka mendapat tanah dan sebagainya.
Dan yang lebih menyakitkan hati ada antara pengganas ini sudah memiliki IC sah. Caranya minta askar sultan sulu yang tidak tahu malu itu datang untuk provoke. Namun mereka datang dengan tujuan untuk mengambil semula Borneo.
Serampang dua mata. Bantu dan rampas. Tidak ada kaitan dengan pembangkang kerana setahu saya rakyat Sabah kini bangkit dan ramai yang sokong pembangkang kerana merasakan tidak terbela dan dipinggirkan sekian lama.
Isu IC projek memang berlaku.
Dan siapa kami di Sabah untuk menyampaikan kebenaran, sedangkan pemimpin kami sendiri menjatuhkan martabat kami. Untuk pengetahuan saudara, rakyat Sulu semakin bertambah di kawasan Lahad Datu dan dikhuatiri mereka ini akan bangkit membalas tindakan kerajaan. Bayangkan 10 orang Sulu terbunuh dan tak mustahil majoriti rakyat Sulu yang ahli keluarganya terbunuh akan membalas dendam dan mengsanya penduduk Lahat Datu.
Mangsanya adalah kami penduduk tempatan, sedangkan kawalan perairan di sempadan Sabah dan Filipina terlalu longgar sehingga hampir setiap hari mereka keluar masuk tanpa sekatan.
Kalau saudara ke Lahad Datu, Saudara akan lihat rupa bandar Lahad Datu yang tak ada bezanya dengan pekan di Filipina. Pertambahan penduduk yang mendadak, kebanjiran pendatang Filipina yang bebas menjadikan kami minoriti. Yang jelas, tiada respons yang boleh menjelaskan keadaan sebenar di Lahad Datu.
Kami juga tidak dimaklumkan dengan terperinci situasi sebenar baik di media kerajaan dan sebagainya. Hanya FB sahaja sumber maklumat kami, selain maklumat daripada hospital dan agensi kerajaan yang ditugaskan. Malah rakan-rakan polis yang bimbang sedia berkongsi maklumat walaupun tahap kerahsiaan tidak boleh disampaikan sewenang-wenangnya.
Hari ini perintah berkurung dikuatkuasa pada jam 5 petang sebentar tadi. Anggota keselamatan kita dua terkorban, pihak pengganas 10 terkorban, 4 cedera dan 4 ditahan. Persoalan saya sebagai orang Lahad Datu, mengapa maklumat ini terlalu sulit?
Mengapa media terhalang membuat liputan? Saya kecewa kerana isu besar seperti ini tidak dihebahkan berperingkat seperti Highland Tower tumbang dulu. Isu ini dikecilkan dan terpinggir sama seperti pembangunan negeri kami yang perlahan. Negeri kami kedua termiskin, kami terpukul, sedangkan kami kaya sumber minyak dan sebagainya.
Harapan saya biar pru13 memihak kepada pembangkang, kerana dengan cara itu, kesemua kelaknatan pemimpin BN dan pemimpin Sabah terungkai satu persatu dan rakyat berpeluang bersuara mengadili kepincangan mereka. Kami rakyat Sabah bersandarkan doa rakan-rakan di seluruh negara mendoakan keselamatan kami. Kami terkepung oleh pendatang yang diberi mandat memilih kerajaan yang korup!!
Perkongsian dengan
Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad
Andai
satu hari nanti, Internet terputus..
Elektrik terputus..
Bekalan air bersih juga terputus..
Stesyen minyak tutup..
Kedai tutup..
Makanan jadi mahal..
Tak dapat nak hubungi Ahli keluarga yang jauh..
Tak dapat nak update status FB kita..
Andai terjadi..
Inilah hadiah dari perpecahan kita..
Gajah potong 3 memang kecil dari lembu dan kambing..
Kita gajah, tapi kita leka, kita berpecah..
Andai satu masa nanti..
Tugas harian kita mengebumikan para syuhada..
Ahli keluarga dan orang kampung..
Andai satu hari nanti, kita bukan kita yang sekarang..
Mengemis untuk makan..
Airmata berlinang setiap hari..
Bukankah bumi Islam itu selalu bergolak..
Mungkin sampai giliran kita yang selalu bertingkah..
Andai semuanya jadi, sesalan tidak berguna..
Ayuh !! bersatulah bangsaku..
Kita sama-sama memerlukan doa dan kekuatan..
Bagi mewariskan bumi bertuah ini kepada anak-anak kita..
Anak-anak kita sama warna darahnya..
Ayuh ! bersatulah Malaysia..

No comments:
Post a Comment