Monday, December 19, 2016

Mengajar Adab Pada Anak-Anak


1. Sentiasa masuk rumah dengan Salam dan Ciuman. Cium anak-anak, cium isteri anda depan mereka. Ini akan beri satu rasa Saya dan Prihatin pada anak-anak.

2. Jaga percakapan. Jangan pernah mengumpat jiran, atau ketika memandu, jangan mengutuk pemandu lain. Anak-anak mendengar, menghadam dan meniru percakapan ibubapa. Hati-hati.

3. Bila menelefon datuk dan nenek, beri peluang anak-anak anda bercakap dengan mereka juga. Cucu kalau bersembang ngan datuk dan nenek memang lama. Sentiasa bawa mereka ziarah ibu bapa anda. Makin baik anda jaga ibu bapa anda, makin baiklah anak anda jaga anda suatu masa nanti.

4. Bila hantar mereka ke sekolah, jangan asyik pasang Radio atau CD. Sebaliknya, ceritakan pada mereka tentang zaman anda ketika kecil dahulu, zaman bercinta dengan isteri dan sebagainya. Ini akan mempunyai impak lebih besar.

5. Bacakan pada mereka sepotong Hadith setiap pagi. Tidak ambil masa lama pun, tetapi kesannya sangat Hebat! Cubalah.

6. Sikat rambut, gosok gigi, perpakaian kemas walaupun hanya duduk di rumah. Anak-anak perlu belajar bahawa berperwatakan kemas tiada kaitan dengan keluar rumah. Jadikan kemas itu personaliti mereka.

7. Kurangkan perkataan #Jangan @ #TakBoleh. Contoh, "Along, jangan buat itu. Along jangan buat ini, Along, itu tau boleh, ini tak boleh." Nanti hilanglah semangat anak itu. Fokus pada perkara yang mereka kena buat atau boleh buat. Ini akan menambah keyakinan mereka.

8. Minta izin anak sebelum masuk ke bilik mereka. Jangan sekadar ketuk pintu terus masuk. Mereka pun akan buat benda sama pada anda.

9. Minta maaf pada anak-anak kalau anda ada buat silap. Ini akan mengajar mereka untuk jadi Merendah Diri Dan Sopan Santun.

10. Jangan sarkastik sangat atau perlekehkan pandangan atau pendapat mereka. Ini akan menghilangkan keyakinan dan menyakitkan hati mereka.

11. Tunjuk rasa hormat pada Privasi anak-anak. Ini penting untuk Jatidiri mereka.

12. Ajar mereka Sunnah dan gaya hidup Nabi Muhammad ﷺ. Itu yang terbaik!

Semoga bermanfaat

[FB Afnan Rosli]


Tidak ada manusia yang dilahirkan bodoh. Mereka cuma diberikan kebijaksanan yang berbeza. Tidak mengapa kita "BODOH" dalam bidang Si Fulan asalkan kita "BIJAK" dalam bidang kita sendiri.

Tidak ada manusia yang dilahirkan hodoh. Masing-masing mempunyai kecantikan tersendiri. Tidak mengapa kita tidak mempunyai "KECANTIKAN FIZIKAL" Si Fulanah asalkan kita memiliki "KECANTIKAN PEKERTI". Sesungguhnya itu lebih bernilai dan bererti.

No comments:

Post a Comment