Saturday, December 31, 2016
Cara Ustaz Ebiet Liew Mendepani Musibah
Terkejut waktu pagi. Kereta kena pecah. Saya sumpah orang yang pecahkan itu dan seluruh keluarga dan keturunannya dapat hidayah dan jadi daie. Seluruh keluarganya jadi ulama yang buat dakwah..Ya Allah berilah hidayah kepadanya..
Setiap yang berlaku kerana Allah sayang. Salah saya tak buat dakwah. Dosa saya. Lailllaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.. Pasti ada rahmat di sebaliknya. Orang kata satu hilang Allah ganti jauh yang lebih baik. Berjuta rahmat Allah telah beri dan sedang beri setiap hari.
Tadi di balai, polis yang ambil repot tengok saya kata, 'Ish saya kenal ni. Saya dengar ceramah ustaz di youtube. Banyak saya belajar. Teringin sangat nak jumpa. Baru=baru ini tayar pancit. Macam-macam rahmat Allah beri dalam hidup saya."
Seronok dapat berbual dengan koperal. Baik orangnya. Dapat berbual iman pagi-pagi ni. Dari mula sampai habis hanya memuji Allah. Agungkan kebesaran Allah.
Masa nak keluar jumpa seorang kakak. Dia sedih suaminya aniaya dia. Dia berdoa ingin jumpa saya dan minta nasihat. Betapa Allah aturkan semuanya. Betul-betul di luar balai polis. Tiada yang sia-sia. Perancangan Allah sempurna cantik dan baik. Yang tak baik tak sempurna itu saya. Akak tadi ucap terima kasih pada Allah.
Masa pergi kedai tukar cermin bukan Islam, dapat dakwah dia. Saya kata padanya, "1 Allah ambil. 10 musibah bala sakit dijauhkan. Sebab tuhan baik. Allah baik. Dialah Tuhan saya dan abang."
"Wah haji, manyak tenang cakap sama haji."
"Bukan saya. Bila puji Allah memang rasa tenang. Bahagia. Gembira."
Dia tanya banyak soalan. Dia tolong bersihkan kereta saya. Dia kata kasut anak saya pun sudah banyak masuk kaca. Itupun dia bersihkan. Saya kata, itulah sifat ayah.. bila anak belum pandai cakap menangis kita tak tahu mereka sakit atau kenapa. Menangis cara mereka berbual dan berinteraksi. Kita suruh diam. Sebab tu siapa marah dan pukul anak kecil yang menangis satu dosa. Allah marah. Mereka nak luah perasaan kita suruh diam..
Pengerusi taman dan jiran-jiran semuanya mengambil berat dan mendoakan. Ya Allah, terima kasih..tambahilah kebaikan dan rahmat buat semuanya.
Malam tadi baca Ta'lim di rumah bersama keluarga. Saya baca kisah Ibnu Abbas rhuma bila terima berita kematian anaknya dan adik beradiknya dalam perjalanan. Beliau turun dari kenderaan dan solat 2 rakaat. Kemudian ucap 'Innalillahi wa inna ilaihi rajiun' dan baca 'Mintalah pertolongan Allah dengan jalan sabar dan solat.'
Ingat seorang alim pernah berpesan, bila ditimpa musibah ingatlah, musibah ini selamatkan kita dari musibah yang lagi besar. Semuanya kerana Allah sayang..
Terima kasih Allah memberi pelajaran kepada diriku.
Sedang dalam perjalanan, seorang abang jumpa saya. Dia bersama isteri dan anak-anaknya. Sepanjang jalan dia marah isteri dan anaknya. Mukanya penat. Ada anak menangis nak mainan itu ini. Dia marah. Anaknya menangis kuat-kuat. Dia jerit lagi kuat
Saya dapat rasakan mungkin kepenatan. Dan ada masalah dalam hidupnya. Saya doakan ya Allah lapangkanlah buat dirinya. Beri rahmat dan bahagia buat keluarga ini sampai syurga. Tenangkan hati ketua keluarga ini..
Selepas saya solat dan nak makan. Dia makan sebelah meja saya. Dia pandang saya dan beri salam.
"Ustaz, ya Allah saya betul-betul buntu. Saya ada amalkan doa yang ustaz ajar bila ditimpa kesempitan dan hutang. Dah lama ke ustaz sampai?"
"Alhamdulillah baru lepas solat..." jawab saya.
" Ustaz, hidup saya tak tenang. Susah. Sakit. Tak tertanggung. Saya sedar ini dosa saya yang dulu. Isteri anak pula buat perangai. Makin tertekan saya, ustaz..
"Allah sayang abang..Jika kita benar-benar sedar kerana dosa kita yang lampau kenapa kita marah anak-anak yang masih kecil. Kenapa kita marah isteri yang 24 jam menanti kita. Kan dosa saya. Kita istighfar dan bertaubat. Taubat maksudnya kita ubah cara hidup kta seluruhnya. Benar-benar belajar baiki diri. Allah pasti beri hati kita tenang dan bahagia..dia beri jalan keluar bagi segala masalah. Yang besar di mata kita. Di sisi Allah semuanya makhluk. Semuanya jadi terlalu mudah bila Allah lapangkan.
Anak-anak menangis minta pada ayah ibu. Allah buat mereka menangis. Setiap kali nak apa-apa dia terus peluk ayah atau ibunya dan menangis..dia tak peluk kaki tauke kedai mainan. Tak peluk tuan atau yang jaga kaunter. Dia cari ibu ayahnya. Samalah kita. Kita selalu terus berlari kepada benda, terlupa kepada Pemberi segalanya. Kita tuju rezeki tetapi tidak kembali pada Pemberi rezeki. Kita tuju pada pasangan hidup yang kita cinta. Terlupa Pemberi pasangan. Kita cari bahagia dengan jalan kita sendiri. Terlupa Pemberi bahagia."
"Ya Allah. Betul, ustaz. Tenang saya rasa!"
Nama Allah manis. Solat itu bahagia. Solat awal waktu berjemaah. Bangun malam. Sayangi keluarga. Cerita kebesaran Allah pada isteri dan anak-anak. Allah akan beri jalan keluar dari semuanya-ebit lew
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment