Perkongsian dari Ustaz Asraff Ayob
Saya kongsikannya di sini sebab memang betul, cara ayah mertua saya tunjukkan kasih sayangnya membuatkan saya sendiri rasa, beliau amat menyayangi dan menghargai kehadiran saya dalam hidupnya sebagai menantu.
Allahu Akbar, rindunya kat abah.
Abah yang suka masakkan lauk kegemaran saya bila kami balik kampung. Ceng ceng ceng dia menggoreng di dapur. Bila kami makan, dia tengok saja sambil tersenyum. Abah bahagia apabila melihat kami semua gembira menikmati hidangannya. Berebut-rebut kami makan sampai licin. Abah tak sempat makan pun. Kami habiskan semuanya hehehe.....
Hidangan ringkas tapi penuh kasih sayang.
Kasih sayang itulah yang terpahat dalam hati saya sampai bila-bila.
Ada point besar yang ingin disampaikan melalui perkongsian suami ini :
======================
Apabila ditanya kepada anak, 'abah tu macam mana?' Apakah persepsi mereka terhadap kita?
Apabila ditanya, 'ibu ok tak?' Adakah memori anak terhadap kita positif atau negatif?
Ketika anak saya Yaya (dlm gambar) masih kecil, yang dia ingat terhadap abahnya adalah, 'tukang bawa jalan-jalan pi taman bunga bagi duck makan roti...'
Masa tu kami menetap di New Zealand. Taman bunga belambak belakang rumah yo. So selalu sangat bawa dia jenjalan. Dan, itulah moment yg Yaya ingati sampai sekarang.
Sekarang pula, moment yang amat ia sukai adalah ketika saya menepuknya saat sebelum tidur. Dia suka apabila saya mengajarnya melukis gambar rumah. Dia 'kemain eksaited' apabila saya menyapu muka & lengannya dengan losyen setiap kali selepas mandi (sebab Yaya ada sakit kulit, exzema).
Tuan-puan jangan fikir benda ni kecil sebab, inilah yg akan menentukan anak kita 'caring', ingatkan kita atau tidak di hari tua.
Aktiviti kecil sebeginilah yg akan menentukan, anak kita punya ingatan positif atau negatif terhadap ibubapanya.
Dulu arwah abah saya amat garang hinggakan jika balik rumah, saya sukar nak berbual dengannya. Orang fikir, mesti saya 'berbeheng' (bergaduh) dgn abah.
Benarlah dari zahir, kami tak terlalu rapat. Tapi sebenarnya hati kami amat rapat. Buktinya adalah ingatan saya terhadapnya sekarang. Buktinya adalah setelah beliau meninggal. Sampai sekarang, setiap hari saya tidak putus bacakan Surah Al-Mulk kepadanya. Mana tahu jika abah 'susah' di alam sana, ada juga Surah yg akan menemani & tolong halang beliau dari terkena gangguan malaikat yg garang.
Walaupun dulu saya yang paling banyak kena rotan & kena marah dgn abah ketika kecil, tapi ia tidak sedikitpun meninggalkan 'luka emosi' terhadap diri sebab,
Arwah abah ada tinggalkan sweet memory yg lebih bernilai.
Sekarang apabila disebut abah, yang saya ingat adalah :
- beliaulah yg gemar & sabar melayan saya main badminton waktu kecil saat semua orang termasuk abang tak layan saya main (sebab saya tak pandai lagi masa tu)
- abahlah yg paling setia temankan saya ke setiap majlis hafazan Al-Quran walaupun saya lebih banyak kalah dari menang. Dan setiap kali kalah, dia tak pernah 'down'kan saya bahkan dia akan kata kepada rakannya, 'den banggo dgn anak den tak kiro dio monang atau kalah...'
- Dulu masa kecil, beliaulah yg akan setiap petang bawa kami adik-beradik pergi ke taman bunga Seremban. Tengok burung & main buaian.
- Dulu setiap kali hujan lebat, saya mesti excited sebab abah confirm bawa kami ke lombong & sungai pasang jaring, nak tangkap ikan 'mabuk'.
Dan sekarang apabila beliau telah pergi ke alam sana, itulah ingatan yg akan keluar apabila orang menyebut 'Ayob bin Zainal'. Seorang yg amat tegas mendidik anak tetapi pada masa sama, beliau tidak lupa memasukkan unsur 'care & love' melalui caranya yg tersendiri.
Sahabat semua,
Layanan istimewa sebegini tidak boleh dibuat-buat. Ia mesti datang dari hati sebab, hanya layanan yg datang dari hati terikhlas akan kekal di lubuk hati anak yg terdalam.
Sahabat semua,
Jika kita sudah tua dan merungut anak tak begitu 'care' kita, tanyakan diri, adakah dahulu kita benar-benar prihatin perasaan anak? Adakah kita pasakkan 'love' dlm hati anak?
Atau, kita hanya sibuk jalankan tanggungjawab wajib : sekolahkan & bagi makan-minum sahaja.
Sedarilah, tanggungjawab lain, love lain.
Mungkin ada yg berdalil, 'kita perlu buat baik terhadap ibu-bapa'. Ya betul, semua anak kita ambil berat ibu-bapanya. Tetapi yg saya tekankan sekarang adalah, degree of caring yg anak kita tunjukkan.
Mengapa ada yg lebih, mengapa ada yang kita rasa kurang?
Mengapa ada anak yang rajin call ibu-bapanya, mengapa ada pula anak yg call sekali-sekala?
Jawapannya terletak kepada MEMORI, apakah ingatan mereka terhadap kita? Adakah wujud simpulan 'love' di dalamnya?
Jika kita menanam 'love', itulah buah yg akan kita petik nanti.
Jika kita menanam benih 'tanggungjawab' & besarkan anak tanpa belaian kasih-sayang bermakna, jangan merungut jika ketika kita tua nanti, mereka melayani kita atas dasar sama.
Mereka hormat & care kita. Tetapi tiada bahasa prihatin & kasih-sayang di dalamnya.
Sekian, pesanan seorang ayah yg anaknya masih kecil, mengharapkan love mereka terhadap ibu-bapanya ini kekal sampai bila-bila.
Mengharapkan dengan love itu, anak-anak setiap hari akan berdoa, bacakan Surah Mulk & sedekahkan sesuatu atas nama ibu-bapanya yg telah pergi ke alam sana di saat kita mungkin keseorangan, tertunggu-tunggu bantuan dari anak soleh/solehah.
Mohon tuan-puan yg membaca status ini, tolong sampaikan Al-Fatihah buat ayahanda tercinta, Ayob bin Zainal.
No comments:
Post a Comment