Thursday, December 8, 2016

Kenapa Utamakan Pejabat Dari Masjid?



Sebelum waktu Subuh, sudah berangkat ke PEJABAT.
Setelah waktu Isyak, baru tiba dari PEJABAT.
Waktu zuhur, tersepit waktu istirahat PEJABAT.
Waktu Asar, banyak kerja PEJABAT yang hendak dibereskan.
Waktu Maghrib, jalan sesak semasa pulang dari PEJABAT.
Waktu Isyak, masih letih selepas seharian di PEJABAT.

Waktu malam, jika diminta datang ke PEJABAT bersegera berangkat ke sana.

Ketika bersara hanya memiliki rumah sederhana bukan istana, kereta tua yang kos pembaikannya tinggi, duit pencen hanya cukup-cukup untuk makan,
tubuh lemah dan sakit tidak mampu menikmati keindahan rumah.

Puluhan tahun bekerja membanting tulang. Setelah bersara, rumah, kereta, duit simpanan, dan harta lain habis diguna untuk rawatan kesihatan yang semakin merosot. Rasa berat hendak solat kerana semua sendi sudah tidak kuat. Ditambah pula masa muda dahulu asyik sibuk kerja hingga sudah terbiasa tidak solat. Mati-matian membela PEJABAT atas perintah orang atasan sampai malas hendak ke MASJID.

Ketika tua, lemah, dan wafat, jasad minta disolatkan di MASJID dengan Ustaz sebagai Imam, bukan anaknya sendiri. Mati-matian membela PEJABAT. Tidak ada seorang pun yang mati minta disolatkan di PEJABAT, dengan orang atasannya sebagai Imam solat jenazah. Jadi..Masihkah mengutamakan PEJABAT daripada MASJID? Padahal..MASJID adalah tempat terakhir kita disolatkan.

Semoga bermanfaat untuk semua.

No comments:

Post a Comment