Saturday, December 31, 2016
Solidariti Aleppo
Kota Aleppo, kubu kuat pejuang pembebasan Syria, sudah ke tangan rejim Bashar al-Assad dengan bantuan Rusia, Iran, Hizbussyaitan dan Militan Syiah. 2. Tragedi ini sebenarnya sudah dijangka. Selepas lebih setahun dihujani roket dan bom barel hampir setiap hari, tanpa kelengkapan yang cukup untuk mempertahankan diri, tanpa pembelaan dan perlindungan sewajarnya dari komuniti antarabangsa, adalah satu keajaiban warga Aleppo dapat bertahan sehingga hari ini.
Malang sekali kejatuhan Aleppo diiringi suara-suara sinis pihak yang menuduh golongan yang berdukacita dan menyatakan solidariti kepada penduduk Aleppo sebagai pro-Amerika, tertipu dengan media dan gagal membezakan antara kerajaan yg sah dan kumpulan pengganas.. Suara-suara ini tiba-tiba menjadi lantang walhal sebelum ini tidak begitu kedengaran. Kejayaan rejim Bashar memberi peluang untuk mereka keluar dari kepompong.
Tuduhan-tuduhan yg mereka lemparkan sangat dangkal, keji dan hanya bertujuan mencemar nama baik kebangkitan rakyat Syria dan kebangkitan rakyat Arab amnya. Mereka mendakwa penyokong perjuangan pembebasan Syria sebagai pro-Amerika walhal Amerika tidak melakukan apa-apa pun yang bernilai untuk membantu rakyat Syria. Amerika hanya berlakon seolah-olah membantu rakyat Syria. Malah, legasi merekalah yang melahirkan pengganas seperti ISIS. Bagi Amerika, yang utama adalah kepentingannya dan kepentingan Israel terpelihara walau siapapun yang memerintah Syria.
Justeru, kalau ada yang tertipu, penyokong Basharlah yang sebenarnya tertipu kerana menyangka mereka berada di pihak yang menentang Amerika. Merekalah yang tertipu dengan perang proksi yang cuba dimainkan oleh Rusia dan Amerika. Mereka menuduh penyokong perjuangan pembebasan rakyat Syria terpedaya dgn dakyah media pro-Amerika dan gagal membuat semak silang sumber-sumber berita yang diperoleh. Tuduhan ini sangat lemah dan sangat mendukacitakan.
Dunia hari ini dibanjiri dengan pelbagai platform media. Kita tidak lagi bergantung kepada media tradisional seperti CNN dan BBC untuk mendapat berita apatah lagi Reuters dan Press TV untuk semak silang. Kita sudah ada pelbagai platform media alternatif dan media sosial. Ratusan wartawan telah turun membuat liputan di Syria dan puluhan telah terkorban. Rakyat Syria mengguna Facebook dan Twitter untuk pberkongsi keadaan mereka. Kenyataan Rabitah Ulama Syria, Halab/Aleppo dan Kesatuan Ulama Sedunia boleh didapati di laman web mereka. Wakil pembangkang Syria di luar negara boleh ditemui untuk mendapatkan maklumat rasmi. NGO-NGO yang bergerak di lapangan menghantar bantuan kemanusiaan dan menyelamatkan nyawa juga boleh dirujuk. Bahkan, JUTAAN pelarian Syria di Turki, Lubnan, Jordan dan negara-negara Eropah boleh ditemuramah. Sepatutnya tidak timbul isu; melainkan merekalah yang gagal membuat semak silang dan percaya bulat-bulat liputan Reuters, Press TV dan RussianInsider!
Mereka juga menuduh penyokong perjuangan pembebasan rakyat Syria gagal membezakan antara kerajaan yang sah dan kumpulan pengganas. Siapa sebenarnya yang 40 tahun dengan pelbagai rekod jenayah pembunuhan beramai-ramai? Siapa yang menghantar gengser untuk merogol wanita-wanita Syria?
Siapa yg menggunakan seluruh kekuatan tentera untuk mengekang kebangkitan rakyat sehingga lebih 300,000 orang terkorban? Beginikah rupanya kerajaan rakyat yang sah? Bukankah ini lagaknya sebuah kerajaan pengganas? Mereka membantai Aleppo atas alasan ia menjadi kubu ISIS dan kumpulan pengganas. ISIS tidak pernah berada di Aleppo dan tidak pernah menguasai walau SEINCI bumi Aleppo! Yang ada hanyalah pejuang pembebasan Syria dan rakyat yang menyokong mereka.
Benar, rejim Bashar al-Assad mengadakan pilihanraya pada 2012 (Parlimen), 2014 (Presiden) dan 2016 (Parlimen). Tetapi berapa peratuskah yang keluar mengundi? Berapakah jumlah parti yang bertanding? Sejauh manakah keputusan ini sah? Apakah jaminan pilihanraya ini dilaksanakan dengan telus dan bersih di tengah-tengah peperangan? Pilihanraya ini hanyalah gimik semata-mata. Hanya orang gila akan mengangkat pemimpin seperti Bashar al-Assad!
Kepada mereka kita katakan, "Berhentilah berkata-kata yang sia-sia. Fahamilah keadaan sebenar. Sedarlah bahawa Aleppo itu dirampas bukan dibebaskan. Kalau tidak mengapa orang ramai melarikan diri? Mengapa perlu evakuasi? Mengapa warga Aleppo tidak tinggal dan menyambut serta meraikan kehadiran tentera Bashar? Video-video sambutan kejatuhan Aleppo hanya di kawasan yang dikuasai rejim di sebelah barat Aleppo. Usah terperangkap dalam jerat Rusia dan Iran pula ketika cuba mengelak jerat Amerika dan para diktator Arab.
Konflik di Syria sangat rumit dan tidak wajar disimpulkan secara mudah dgn gelaran-gelaran pro-Amerika, anti-Amerika dan sebagainya. Umat ini memerlukan kebijakan untuk keluar daripada fitnah ini. Dalam apa pun keadaan, pastikan kita bersama dan menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan membasmi kezaliman. InsyaAllah kita akan berada di pihak yang benar.
Semoga Allah SWT memberikan kita keupayaan untuk melihat kebenaran dan kekuatan untuk menegakkannya.
[Khalid Jimat, Eksekutif Penyelidikan dan Pendidikan,Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)]
Cara Ustaz Ebiet Liew Mendepani Musibah
Terkejut waktu pagi. Kereta kena pecah. Saya sumpah orang yang pecahkan itu dan seluruh keluarga dan keturunannya dapat hidayah dan jadi daie. Seluruh keluarganya jadi ulama yang buat dakwah..Ya Allah berilah hidayah kepadanya..
Setiap yang berlaku kerana Allah sayang. Salah saya tak buat dakwah. Dosa saya. Lailllaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.. Pasti ada rahmat di sebaliknya. Orang kata satu hilang Allah ganti jauh yang lebih baik. Berjuta rahmat Allah telah beri dan sedang beri setiap hari.
Tadi di balai, polis yang ambil repot tengok saya kata, 'Ish saya kenal ni. Saya dengar ceramah ustaz di youtube. Banyak saya belajar. Teringin sangat nak jumpa. Baru=baru ini tayar pancit. Macam-macam rahmat Allah beri dalam hidup saya."
Seronok dapat berbual dengan koperal. Baik orangnya. Dapat berbual iman pagi-pagi ni. Dari mula sampai habis hanya memuji Allah. Agungkan kebesaran Allah.
Masa nak keluar jumpa seorang kakak. Dia sedih suaminya aniaya dia. Dia berdoa ingin jumpa saya dan minta nasihat. Betapa Allah aturkan semuanya. Betul-betul di luar balai polis. Tiada yang sia-sia. Perancangan Allah sempurna cantik dan baik. Yang tak baik tak sempurna itu saya. Akak tadi ucap terima kasih pada Allah.
Masa pergi kedai tukar cermin bukan Islam, dapat dakwah dia. Saya kata padanya, "1 Allah ambil. 10 musibah bala sakit dijauhkan. Sebab tuhan baik. Allah baik. Dialah Tuhan saya dan abang."
"Wah haji, manyak tenang cakap sama haji."
"Bukan saya. Bila puji Allah memang rasa tenang. Bahagia. Gembira."
Dia tanya banyak soalan. Dia tolong bersihkan kereta saya. Dia kata kasut anak saya pun sudah banyak masuk kaca. Itupun dia bersihkan. Saya kata, itulah sifat ayah.. bila anak belum pandai cakap menangis kita tak tahu mereka sakit atau kenapa. Menangis cara mereka berbual dan berinteraksi. Kita suruh diam. Sebab tu siapa marah dan pukul anak kecil yang menangis satu dosa. Allah marah. Mereka nak luah perasaan kita suruh diam..
Pengerusi taman dan jiran-jiran semuanya mengambil berat dan mendoakan. Ya Allah, terima kasih..tambahilah kebaikan dan rahmat buat semuanya.
Malam tadi baca Ta'lim di rumah bersama keluarga. Saya baca kisah Ibnu Abbas rhuma bila terima berita kematian anaknya dan adik beradiknya dalam perjalanan. Beliau turun dari kenderaan dan solat 2 rakaat. Kemudian ucap 'Innalillahi wa inna ilaihi rajiun' dan baca 'Mintalah pertolongan Allah dengan jalan sabar dan solat.'
Ingat seorang alim pernah berpesan, bila ditimpa musibah ingatlah, musibah ini selamatkan kita dari musibah yang lagi besar. Semuanya kerana Allah sayang..
Terima kasih Allah memberi pelajaran kepada diriku.
Sedang dalam perjalanan, seorang abang jumpa saya. Dia bersama isteri dan anak-anaknya. Sepanjang jalan dia marah isteri dan anaknya. Mukanya penat. Ada anak menangis nak mainan itu ini. Dia marah. Anaknya menangis kuat-kuat. Dia jerit lagi kuat
Saya dapat rasakan mungkin kepenatan. Dan ada masalah dalam hidupnya. Saya doakan ya Allah lapangkanlah buat dirinya. Beri rahmat dan bahagia buat keluarga ini sampai syurga. Tenangkan hati ketua keluarga ini..
Selepas saya solat dan nak makan. Dia makan sebelah meja saya. Dia pandang saya dan beri salam.
"Ustaz, ya Allah saya betul-betul buntu. Saya ada amalkan doa yang ustaz ajar bila ditimpa kesempitan dan hutang. Dah lama ke ustaz sampai?"
"Alhamdulillah baru lepas solat..." jawab saya.
" Ustaz, hidup saya tak tenang. Susah. Sakit. Tak tertanggung. Saya sedar ini dosa saya yang dulu. Isteri anak pula buat perangai. Makin tertekan saya, ustaz..
"Allah sayang abang..Jika kita benar-benar sedar kerana dosa kita yang lampau kenapa kita marah anak-anak yang masih kecil. Kenapa kita marah isteri yang 24 jam menanti kita. Kan dosa saya. Kita istighfar dan bertaubat. Taubat maksudnya kita ubah cara hidup kta seluruhnya. Benar-benar belajar baiki diri. Allah pasti beri hati kita tenang dan bahagia..dia beri jalan keluar bagi segala masalah. Yang besar di mata kita. Di sisi Allah semuanya makhluk. Semuanya jadi terlalu mudah bila Allah lapangkan.
Anak-anak menangis minta pada ayah ibu. Allah buat mereka menangis. Setiap kali nak apa-apa dia terus peluk ayah atau ibunya dan menangis..dia tak peluk kaki tauke kedai mainan. Tak peluk tuan atau yang jaga kaunter. Dia cari ibu ayahnya. Samalah kita. Kita selalu terus berlari kepada benda, terlupa kepada Pemberi segalanya. Kita tuju rezeki tetapi tidak kembali pada Pemberi rezeki. Kita tuju pada pasangan hidup yang kita cinta. Terlupa Pemberi pasangan. Kita cari bahagia dengan jalan kita sendiri. Terlupa Pemberi bahagia."
"Ya Allah. Betul, ustaz. Tenang saya rasa!"
Nama Allah manis. Solat itu bahagia. Solat awal waktu berjemaah. Bangun malam. Sayangi keluarga. Cerita kebesaran Allah pada isteri dan anak-anak. Allah akan beri jalan keluar dari semuanya-ebit lew
Tanda-tanda Kesombongan Insan
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu sama ada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan.
1. Sukar menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.
2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.
3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.
4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi. Dia suka orang yang mahu mendengar katanya.
5. Memandang hina kepada golongan bawahan.
6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.
8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.
9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.
10. Sukar memaafkan orang lain yang tersilap dengannya.
11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.
12. Dia suka dihormati.
13. Suka menzalimi orang sama ada secara halus atau kasar.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana ada yang diperlukan dari orang itu.
15. Suka mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang.
17. Suka mencerita kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menikmati nikmat Allah S.W.T. Kalau ada, dibazirkan.
20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.
21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji, dia berasa bangga dan senang hati.
SOMBONG itu ada 3 jenis
1. Sombong terhadap Allah; enggan mematuhi semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.
2. Sombong terhadap Rasul; tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.
3. Sombong terhadap makhluk; iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.
Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa,ia boleh menghalanginya dari syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis
Rasulullah ﷺ
ﻻ ﻳﺪﺧﻞُ ﺍﻟﺠﻨَّﺔَ ﻣﻦ ﻛﺎﻥ ﻓﻲ ﻗﻠﺒِﻪ ﻣﺜﻘﺎﻝُ ﺫﺭَّﺓٍ ﻣﻦ ﻛِﺒﺮٍ
"Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi." (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)
Nabi s.a.w. memberikan perumpamaan yang paling kecil daripada bahaya sombong itu, walaupun sebesar biji sawi, tidak akan masuk syurga.
(Ustaz Ahmad Asri Lubis)
Bila ada orang membicarakan kamu di belakang, itu tanda kamu di depan. Bila ada yang ingin menjatuhkanmu, ertinya kamu berada di atasnya. Yang terbiasa mengkritik, habis waktunya maka dia miskin karya, kerana dengki itu menghilangkan kreativiti, membunuh prestasi. Yang mencintaimu, menasihati dalam kesendirian, penuh kasih sayang, sedangkan yang tidak tulus dalam nasihat, berbicara agar dia kelihatan hebat.
Lisan orang lain bukan tanggungan kita. Lisan kita sendirilah yang harus dijaga. Memang begitulah orang yang tidak yakin diri suka menambah-nambah cela orang lain agar dia kelihatan lebih sempurna. Bila kita memilih berkarya, tukang kritik menemani di sepanjang jalan. Sedangkn Rasulullah s.a.w. sendiri kerap dicela, difitnah, dimaki manusia. Apa yang membuat kita menganggap kita lebih dari Rasulullah?
Berdoa, tetap melangkah, agar semua yang diterima berubah jadi pahala. Sabar mengalahkan amarah, dan istiqamah menghantar kita ke destinasinya.
[Ustadz Felix Siaw]
Thursday, December 29, 2016
Guna Mesin Basuh Sama Dengan Non Muslim
Soalan:
Apakah hukum berkongsi menggunakan mesin basuh pakaian bersama dengan non muslim...bukan berkongsi basuh pakaian bersama, tapi hanya mesin basuh yang sama sahaja. Ada kenalan saya mengatakan ia tidak boleh digunakan. Memandangkan saya di luar negara, saya sentiasa menggunakan mesin basuh tersebut..timbul rasa waswas dalam hati...adakah pakaian tersebut boleh dibawa solat?
Jawapan:
Kami telah membaca mesej panjang yang tersebar itu. Ia tidak patut disebarkan dan sesungguhnya ia menimbulkan kegelisahan dan waswas yang banyak kepada umat Islam.
Hukum asal sesuatu adalah suci. Ia kekal suci selagi mana tiada bukti menunjukkan ia bernajis. Maka begitu jugalah mesin basuh ini, ia kekal suci kecuali terdapat bukti jelas menunjukkan ia tidak suci.
Andaian-andaian non-Muslim sentuh anjing, babi, berak tak basuh, kesan darah haidh etc etc adalah andaian-andaian semata-mata. Ia tidak mengubah status quo sesuatu iaitu ia suci. Andaian dan syak wasangka tidak boleh mengubah status asal sesuatu benda iaitu suci.
Kaedah feqh menyatakan: Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak.
Disebabkan sikap suka berlebih-lebihan beginilah nanti timbul isu: Boleh ke salam dengan non-Muslim sebab boleh jadi mereka pegang anjing, babi. Nanti jangan sampai ada mualaf tidak benarkan ibu bapa yang bukan Muslim cium pipi mereka atas alasan sebab mak ayah makan khinzir, minum arak dll. Adakah ini Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.?
Sikap memberat-beratkan sehingga begini adalah sikap melampaui batas yang bercanggah dengan ajaran Islam.
فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ ".
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, daripada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, baginda bersabda: Sesungguhnya agama ini mudah. Tidaklah sama sekali seseorang memberat-beratkan urusan agama melainkan ia akan menewaskannya. Lakukan dengan cara yang betul, lakukan semampu mungkin, dan bergembiralah. Mohonlah pertolongan pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no: 39].
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ " . قَالَهَا ثَلاَثًا .
Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Binasalah orang yang melampau. Baginda menyebutnya 3 kali. [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 2670].
Jauhilah daripada menyebarkan mesej tanpa asas sebegitu. Bertaubatlah daripada mengeluarkan fatwa hukum-hakam tanpa ilmu kerana ia bukan sahaja menyesatkan diri sendiri, bahkan menyesatkan dan menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai.
Wallahua'lam.
[Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith]
Adakah Tuhan Berjisim?
Apabila manusia beragama ingin cuba memahami Tuhan mereka yang asalnya (hakikatnya) tidak memiliki imej dan jisim itu, tetapi mereka melanggar disiplin itu lalu mengimejkan Tuhan tersebut dengan imaginasi mereka. Mereka beralasan dengan mengimejkan Tuhan itu adalah untuk memperkuatkan iman mereka supaya lebih khusyuk dalam beribadat.
Lalu mereka mula membuat ukiran dan lukisan bagi mewakili wajah tuhan mereka. Seperti mana di dalam agama Hindu mereka membuat ukiran tuhan dan dewa-dewi mereka. Begitu juga dengan agama Buddha, mereka (Mahayana) membuat ukiran patung Buddha dan Kwang Ying. Dalam Kristian, mereka percaya tuhan mengambil bentuk manusia iaitu Jesus dan mazhab Katolik umpamanya sinonim dengan patung-patung, dan agama-agama lain yang memiliki lakaran tuhan serta dewa-dewi mengikut kepercayaan mereka.
Sedangkan perbuatan itu sendiri bercanggah dengan akal dan logik. Ada beberapa persoalan yang harus dijawab sekiranya mereka beriman tuhan itu berimej.
Pertama, sekiranya Tuhan itu memiliki imej, jisim, dan rupa bentuk yang boleh dibayangkan maka cuba buktikan kewujudan imej tuhan itu sekarang. Rakam bukti samada dengan video atau minta untuk ia menjelma di depan manusia sekiranya ia berjisim. Sekiranya di kuil dan gereja memiliki lakaran wajah tuhan, harus di mana sumbernya dan bukti diambil sekiranya ia tidak pernah menjelma di hadapan manusia? Ini menunjukkan bahawa tuhan itu tidak pernah ‘menjelma’ ke di khalayak manusia.
Kedua, di dunia ini terdapat pelbagai jenis tuhan ‘berwajah’ yang dipercayai oleh sebahagian manusia. Ada yang bernama Brahma, Siva, Visnu, Guan Yin, Jesus, Ahura Mazda, Thor, Ameterasu Omikami dan banyak lagi. Persoalannya, kenapa harus tuhan itu memiliki wajah yang berlainan dan tidak serupa diantara agama sekiranya mereka percaya bahawa tuhan itu wujud dalam bentuk imej? Mengapa wajah tuhan itu tidak dapat diselaraskan diantara agama dan benua lain?
Ketiga, jika dilihat di dalam sesebuah agama yang sama tetapi berlainan ras penganutnya, dapat dilihat lukisan tuhan itu memiliki wajah yang berlainan sedangkan watak tuhan yang sama seperti Jesus itu hanyalah satu. Sebagai contoh di barat, Jesus diwajahkan sebagai seorang yang berkulit putih seperti seorang eropah manakala di Afrika pula Jesus diwajahkan sebagai seorang berkulit gelap dan begitu juga di China, Jesus diwajahkan sebagai orang Cina.
Begitu juga dengan ukiran patung Buddha. Siddhrata Gautama Buddha berasal daripada Lumbini, Nepal hari ini. Ras masyarakat di sana adalah berbangsa India. Akan tetapi patung Buddha di sebelah China dan Indo China dilukis seperti orang China dan bermata sepet. Manakala di India ia diukir dengan kriteria seorang India.
Begitu juga dengan tuhan-tuhan dalam agama Hindu. Tidak ada satupun tuhannya dilukis ke dalam bentuk ras orang Eropah yang memiliki mata biru dan berambut perang. Kesemuanya dilukis dalam bentuk ras orang India.
Sedangkan tuhan atau dewa itu tidak seharusnya memiliki karakter yang memihak puak. Mana mungkin tuhan yang menciptakan manusia kepada pelbagai kaum dan ras, tiba-tiba berupa dengan wajah ras seperti orang Afrika, India atau Eropah, ini tidak adil. Tuhan itu hendaklah bersih daripada ras dan bangsa malah yang utama Tuhan itu tidak patut memiliki rupa dan imej.
Secara fitrah dan akal yang sihat manusia akan memahami bahawa Tuhan itu sememangnya tidak boleh berimej, berjisim dan tidak menyerupai sesuatu لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ. Malah perkara ini juga sudah sedia maklum di dalam teks agama-agama dunia juga menceritakan tentang tidak boleh mewajahkan dan memberhalakan tuhan. Mesej ini juga disampaikan oleh semua rasul yang diutuskan Tuhan kepada manusia bermula dari awal manusia sehinggalah nabi Muhammad SAW. Antara teks yang mengatakan melarang mengukir berhala dan mengimejkan Tuhan yang terdapat dalam kitab agama:
Teks Kristian & Yahudi:
1) “Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di langit di langit, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya, sebab Aku, TUHANMU, adalah Tuhan yang cemburu, (Keluaran 20: 4-5)
2) "Janganlah kamu membuat berhala bagimu, dan patung atau tugu berhala janganlah kamu dirikan bagimu; juga batu berukir janganlah kamu tempatkan di negerimu untuk sujud menyembah kepadanya, sebab Akulah TUHANMU. (Imamat 26: 1)
Teks Hindu:
1) “na tasya pratima asti
“Tak ada rupa buat Tuhan.” (Yajurveda 32:3)
2) “shudhama poapvidham”
“Tuhan tak bertubuh dan suci.” (Yajurveda 40:8)
“Andhatama pravishanti ye asambhuti mupaste”
3) “Mereka memasuki kegelapan bagi yang menyembah elemen alam (Udara, Air, Api Tanah), dan terperosok dalam kegelapan yang besar bagi yang menyembah benda buatan (patung). (Yajurveda 40:9)
Teks Buddha:
Pada zaman Buddha (zaman Vedik) patung dan berhala belum lagi diukir kerana perkara itu berlaku selepas daripada zaman Bactrian Buddhism di India. Terdapat satu teks di dalam kitab Sutta Pitaka mengenai mesej Buddha seakan menceritakan suatu kuasa ghaib:
“Atthi Ajatam Abhutam Akatam Asamkhatam yang bererti :“Suatu Yang Tidak Dilahirkan, Tidak Dijelmakan, Tidak Diciptakan dan Yang Mutlak”. (Udana VIII : 3)
Teks Islam:
Di dalam surah al Ikhlas Allah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, Dan tidak ada seorangpun yang setara (serupa) dengan Dia.” (al Ikhlas: 1-4)
Inilah salah satu mesej Islam tentang Tuhan yang konsisten bermula sejak dari awal manusia sehinggalah sekarang. Umat Islam adalah umat yang paling sensitif di dalam isu pengwajahan tuhan kerana kesemua nabi dan rasul dalam Islam membawa aqidah dan mesej yang sama. Malah, jika dilihat secara logiknya manusia dapat memahami bahawa Tuhan itu tidak harus memiliki wajah dan diukir oleh manusia. Logik Tuhan itu perlu ghaib adalah lebih mudah untuk difahami berbanding membahas logik tuhan perlu berimej.
Wallahua’lam.
(Multiracial Reverted Muslims)
Kerja Dakwah Pendakwah
"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai."
Peribahasa ini bermaksud: Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah.
Begitu juga di dalam dakwah. Tidak semua dakwah kita diterima. Ada yang pernah dimaki hamun, dimarah dan tidak kurang yang menerima ugutan. Dan itu juga antara punca utama mengapa ramai orang awam takut melaksanakan dakwah.
Dakwah Baginda s.a..w. juga ditentang oleh kaumnya sendiri begitu juga dalam dakwah kita bakal berhadapan dengan tentangan dari mereka yang mengaku Muslim tetapi itu bukan alasan untuk kita berundur diri. Anggaplah segala cacian dan makian itu sebagai sunnahtullah bagi setiap pendakwah.
Semasa Mega Street Da'wah Sabtu lepas di Christchurch Melaka, Brother Firdaus Wong menyantuni seorang lelaki beragama Hindu bernama 'S'. Beliau seorang yang peramah dan mesra. S memberitahu kumpulan MRM bahawa beliau percaya Satu Tuhan sahaja dan tidak suka buat sesuatu tanpa bukti. Beliau mengatakan agama mesti ada fakta jelas bukan main dengar dan buat sahaja.
Namun beliau percaya Tuhan memilih menjadi manusia untuk memberitahu manusia bahawa dia adalah Tuhan dan Tuhan wujud. Maka Firdaus bertanya kepada beliau apakah terdapat sebarang fakta dari kitab agamanya yang mengatakan Tuhan memilih menjadi manusia kerana menurut bacaan dan kajian Firdaus sendiri yang agak terhad, agama Hindu mengatakan Tuhan tidak mempunyai rupa bentuk dan imej sebagaimana dalam Yajurveda 32:3 menyebut 'Sesungguhnya Tuhan itu tiada 'pratima' (rupa bentuk, imej, bayangan, ukiran)'
Dengan jujur beliau mengatakan tidak tahu dan tidak penting sama ada ia ada di dalam kitab atau tidak. Bagi S, Tuhan ada di mana-mana, hatta dalam diri sendiri. Sebab itu penganut Hindu menyembah satu sama lain ketika berjumpa dengan meletakkan kedua-dua tangan bersama dan tunduk sedikit.
Masa tidak mengizinkan mereka berborak panjang kerana ada urusan lain. Setelah bertukar nombor telefon, masing-masing berjanji akan meneruskan perbincangan di KL. S menzahirkan rasa teruja kerana dapat bertukar pandangan tentang agama masing-masing dalam keadaan rasional dan harmoni.
#jomdakwah
[Firdaus Wong Wai Hung - Multiracial Reverted Muslims]
Makmum Masbuq
Semasa solat, Brother Firdaus Wong, Pengasas Multiracial Reverted Muslims menjadi masbuq kepada seseorang. Sepanjang solat, lelaki tersebut langsung tidak menjaharkan (menguatkan) suaranya ketika takbir ataupun pada setiap gerakan.
Seusai solat, mereka berjumpa di luar surau dan sebelum sempat Firdaus bertanya mengapa beliau tidak menjaharkan suaranya, beliau terlebih dahulu bertanya kepada Firdaus, "Tadi abang jadi makmum saya?'
Firdaus mengiyakan pertanyaannya dan bertanya, "Kenapa tadi tidak menguatkan suara ketika solat?"
Beliau menjawab, 'Saya tak pasti abang tadi jadi makmum saya atau tidak sebab abang berdiri sebaris dengan saya.'
Lalu Firdaus mengambil peluang berkongsi dengan dia tentang satu hadis dari Ibnu Abbas, "Aku pernah shalat bersama Nabi shallallahu'alaihi wa sallam pada suatu malam. Lalu aku berdiri di sebelah kiri beliau, kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memegang kepalaku dari belakangku, lalu ia tempatkan aku di sebelah kanannya..." [Shahih Riwayat Bukhari I/177)]
Lelaki tersebut seperti terkejut dan berkata, "Saya tak tahu pasal hadis tu sebab selama ni hanya diajar, kalau solat imam akan ke depan sedikit dari makmum."
Firdaus tersenyum sambil berkata, 'Takpelah, banyak benda pun saya dulu pun tak tahu. Bila kita belajar sikit-sikit, InshaAllah kita akan tahu dan kita berkongsi apa yang kita tahu sahaja."
Beliau mengucapkan terima kasih atas perkongsian ringkas tetapi sebelum beredar, lelaki tersebut bertanya Firdaus, 'Abang ni muallaf ke?'
Firdaus tersenyum dan menjawab, 'Ya saya muallaf. Muallaf 11 tahun.'
(FB Firdaus Wong Wai Hung - Multiracial Reverted Muslims)
Hukum Bacaan Fatihah Makmum
Soalan:
Apakah hukumnya makmum masih baca Surah Al-Fatihah di belakang imam?
Contoh situasi:
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al-Fatihah (ketika solat berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah Al-Fatihah, ini dapat kita perhatikan ketika solat berjemaah jahriyyah (subuh, maghrib dan isyak).
Jawapan:
Sunat makmum membaca al-Fatihah selepas bacaan al-Fatihah imamnya. Hal ini adalah sekiranya makmum mempunyai berat sangkaan bahawa dia sempat membaca al-Fatihah sebelum imam rukuk. Selepas itu, barulah makmum mendengar bacaan surah imam pula.
Namun, sekiranya diketahui atau berat sangkaan makmum bahawa dia tidak akan sempat membaca al-Fatihah sebelum imam rukuk, maka ketika itu sunat bagi makmum tersebut membaca al-Fatihah beserta dengan imam tanpa perlu menunggu imam selesai membaca al-Fatihah (Fath al-‘Allam, al-Syams al-Munirah).
Justeru, sunat bagi makmum mendengar bacaan imam (Mughni al-Muhtaj, I’anah al-Tolibin). Firman Allah Taala;
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”(Surah al-A’raf 204)
Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam;
(إذا كبر فكبروا، وإذا قرأ فأنصتوا (واه مسلم
“Apabila imam bertakbir, maka hendaklah kamu bertakbir dan apabila imam membaca al-Quran, maka hendaklah kamu diam.”
Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam lagi dalam sebuah hadis hasan sahih:
إذا كنتم خلفي فلا تقرءوا إلا بأم القرءان
“Apabila kamu berada di belakangku (sebagai makmum), maka janganlah kamu membaca (al-Quran) melainkan al-Fatihah.”(al-Darqutni)
اليسع
Wallahu a’lam
[Sumber: USRAH SOLAT DAN QA AGAMA]



Wednesday, December 28, 2016
Kerasukan Syaitan
Syaitan mampu bergerak dalam tubuh manusia dan mempengaruhi tindak-tanduknya. Dalam suasana itu manusia yang dipengaruhi masih dalam keadaan normal. Akan tetapi adakalanya syaitan dapat mempengaruhi manusia hingga mengubah perwatakan dan tingkah lakunya, menjadi seolah-olah orang yang gila. Inilah yang disebut sebagai kerasukan atau histeria.
Firman Allah S.W.T., "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu." (Surah al-Baqarah (2) ayat 275)
Kerasukan tidak saja terhad kepada orang yang melibatkan diri dalam urusniaga riba, tetapi meluas kepada pelbagai keadaan lain. Pendapat mengenai kerasukan syaitan ke atas manusia terbahagi kepada tiga golongan:
1. Mereka yang menafikannya.
Golongan ini mengatakan kerasukan tidak berpunca dari syaitan, sebaliknya berpunca dari penyakit tertentu seperti gangguan saraf, perubahan hormon, tekanan jiwa (stress) dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini dapat dihentikan dengan mengambil ubat.
2. Mereka yang berlebih-lebihan.
Golongan ini mengatakan kerasukan berpunca dari syaitan. Akan tetapi mereka berlebih-lebihan dalam menyandarkannya kepada syaitan. Apa jua perubahan tingkah laku (behaviour) yang dihadapi oleh seseorang itu, mereka menganggapnya sebagai kerasukan syaitan.
3. Mereka yang berada di pertengahan antara golongan pertama dan kedua.
Golongan ketiga ini mengatakan kerasukan boleh berpunca dari penyakit dan boleh juga berpunca dari syaitan. Maka kerasukan pertama (penyakit) dihentikan dengan ubat-ubatan manakala kerasukan kedua (syaitan) dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Jika tidak pasti kerasukan yang dialami oleh seseorang sama ada berpunca dari penyakit atau syaitan, maka ia dihentikan dengan ubat dan zikir.
Ada pun hujah golongan pertama bahawa kerasukan hanya berpunca dari penyakit, mereka membuktikannya dengan pelbagai penemuan baru tentang apa yang sedang berlaku dalam badan. Bahkan dengan peralatan serba canggih masa kini, mereka dapat menunjukkan secara tepat bahagian saraf yang sedang mengalami gangguan dan keadaan hormon badan yang tidak seimbang. Maka apabila diberi ubat, apa yang dianggap sebagai kerasukan dapat dihentikan.
Akan tetapi, sekali pun dengan segala penemuan dan alat canggih tersebut, tetap timbul satu persoalan yang masih tidak dapat dijawab oleh para pakar perubatan: Mengapa saraf mengalami gangguan dan mengapa sebahagian kelenjar merembeskan hormon secara berlebihan? Benar, bahawa semua itu dapat dihentikan dengan mengambil ubat tertentu. Akan tetapi mengapakah kerasukan berulang apabila ubat habis dimakan?
Jawapannya dapat diperolehi dengan mengkaji peranan syaitan. Apabila syaitan memasuki tubuh badan manusia, ia mampu mengganggu kestabilan saraf dan keseimbangan hormon. Bahkan ia mampu melakukan pelbagai lagi yang tidak dianggap sebagai kerasukan, seperti mematikan saraf (paralyse), menyumbat saluran darah (blood clot) dan merangsang sel-sel tertentu untuk berkembang dengan pantas secara tak terkawal (tumor and cancer). Semua ini amat mudah bagi syaitan dan semua ini akan diakui oleh sesiapa yang mengkaji secara teliti kesemua ciri-ciri syaitan yang dikupas dalam bab ini.
Walau bagaimanapun, ini tidaklah bererti semua penyakit dan gangguan tingkah laku berpunca dari syaitan. Sebahagiannya berpunca dari faktor lain seperti gizi pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan fizikal, tekanan jiwa, usia tua dan sebagainya. Ia dihentikan dengan ubat-ubatan doktor pakar manakala apa yang berpunca dari syaitan, ia dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Jika tidak pasti sama ada kerasukan berpunca dari penyakit atau syaitan, maka kedua-dua kaedah digunakan serentak untuk menghentikannya.
Seterusnya, peranan syaitan dalam menyebabkan kerasukan kepada manusia terbahagi kepada dua kategori:
Kategori Pertama:
Kerasukan yang dilakukan oleh syaitan berdasarkan kemahuannya sendiri. Sengaja syaitan merasuk manusia untuk menyesatkannya, mengkafirkannya, mensyirikkannya dan memasukkan mangsa tersebut ke dalam neraka. Semua ini dapat dicapai oleh syaitan apabila mangsa atau orang di sekelilingnya cuba mengubati kerasukan itu dengan cara yang berbeza dari tunjuk ajar Rasulullah, bahkan dengan cara yang dilarang oleh Islam.
Kategori Kedua:
Kerasukan yang dilakukan oleh syaitan berdasarkan perintah tuannya. Ini disebut sebagai sihir. Sihir adalah satu tindakan jahat yang memerlukan dua unsur utama:
1. Manusia sebagai ahli sihir sekali gus merangkap jawatan “Tuan”. Syaitan sebagai khadam yang melakukan kerja sihir yang diperintah oleh tuannya. Melalui sihir syaitan dapat mencapai beberapa objektifnya. Secara terperinci:
Objektif Menyesatkan:
Apabila orang yang terkena sihir berubat, lazimnya mereka tidak tahu cara perubatan sahih yang diajar oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Mereka berjumpa dengan mana-mana bomoh atau pengamal perubatan Islam yang masyhur di sisi masyarakat untuk berubat dan menerima apa saja kaedah perubatan yang diberikan olehnya. Bahkan mereka tidak tahu apakah maksud jampi-jampian yang dibacakan ke atas mereka. Akibatnya, mereka telah meninggalkan jalan Rasulullah kepada jalan lain yang menyesatkan.
Objektif Memusyrikkan:
Apabila orang yang terkena sihir berubat, lazimnya mereka meletakkan keyakinan bahawa pengaruh kesembuhan adalah dari bomoh atau pengamal perubatan yang sedang mengubatinya beserta bacaan-bacaan jampi mereka. Padahal satu-satunya pengaruh untuk kesembuhan ialah Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Apabila keyakinan seseorang terhadap kuasa yang dapat memberi manfaat dan mudarat kepadanya beralih dari Allah kepada sesuatu yang lain, dia telah syirik kepada Allah.
Objektif Mengkafirkan:
Satu contoh mudah, apabila Jamal ingin berbuat jahat kepada Jamilah, dia akan menemui seorang ahli sihir bernama Ahmad dan menyampaikan hajatnya. Ahmad akan memerintah khadamnya, yakni syaitan, untuk membuat apa yang dihajatkan oleh Jamal ke atas Jamilah. Perbuatan itu pelbagai, dari muntah darah, gangguan pemikiran sehinggalah kepada kerasukan. Inilah yang lazim disebut sebagai “kena buat orang!”
Untuk melawan buatan sihir itu, Jamilah akan pergi menemui seorang ahli sihir lain bernama Kamal dan menyampaikan hajatnya. Kamal akan memerintahkan khadamnya, yakni syaitan, untuk membuatkan apa yang dihajatkan oleh Jamilah ke atas Jamal. Demikianlah ia berulang antara Jamal dan Jamilah.
Dalam contoh di atas, syaitan berjaya mengkafirkan kesemua Jamal, Jamilah, Ahmad dan Kamal. Sekali pun syaitan disebut sebagai “khadam”, sebenarnya ia adalah tuan kepada semua yang terbabit, termasuklah Ahmad dan Kamal. Syaitan hanya berpura-pura menjadi khadam asalkan dengan itu tercapailah objektifnya untuk mengkafirkan manusia.
Sesiapa saja yang terlibat dengan sihir, sama ada untuk menyihir atau melawan sihir dengan sihir, akan menjadi kafir berdasarkan firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud : "Mereka mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan
dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); Kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
“Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajari sihir).”(Surah al-Baqarah (2) ayat102)
Objektif memasukkan ke dalam neraka:
Orang yang berurusan dengan sihir akan menerima padah yang buruk di Hari Akhirat, termasuk diazab di dalam neraka.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman maksudnya : "Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara (sihir) yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu, tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di Akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." (Surah al-Baqarah (2) ayat 102)
Buku-buku membicarakan tentang sihir, sila kaji buku-buku berikut:
1. ‘Abd al-Salam al-Syukri – al-Shir bain al-Haqiqah wa al-Wahm fi al-Tashawwur al-Islami (edisi terjemahan oleh Tirmidzi & Sari Narulita atas judul Bedah Tuntas Sihir; Pustaka Qalami, Jakarta, 2004).
2. Muhammad ‘Umar Sulaiman al-Asyqar – ‘Alam al-Sihr wa al-Sya’wadzah (edisi terjemahan oleh Munirul Abidin atas judul Candu Mistik: Menyingkap Sihir dan Perdukunan; Darul Falah, Jakarta, 2005).
3. Ibrahim ‘Abd al-Alim – ar-Radd al-Mubin ‘ala Bida‘i al-Mu‘alijin (edisi terjemahan oleh Masturi Irham & Abdurrahman Salih atas judul Rujukan Lengkap Masalah Jin dan Sihir; Pustaka al-Kautsar, Jakarta, 2005).
Makan Saja Apa Dihidangkan
Tulisan Al Hakim dalam Mustadrak-nya (7161):
، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ رِوَايَةً قَالَ: «إِذَا دَخَلْتَ عَلَى أَخِيكَ الْمُسْلِمِ فَأَطْعَمَكَ طَعَامًا فَكُلْ وَلَا تَسْأَلْهُ وَإِذَا سَقَاكَ شَرَابًا فَاشْرَبْهُ وَلَا تَسْأَلْهُ»
“Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, sebuah riwayat yang berbunyi, "Jika kamu datang ke rumah saudara kamu sesama muslim, lalu dia memberimu makanan, maka makanlah dan jangan bertanya. Jika ia memberimu minuman, maka minumlah dan jangan bertanya”.
Hadis ini jelas menunjukkan kita tidak sepatutnya meragui makanan yang dihidang kepada kita bila bertamu ke rumah sesama muslim. Berbaik sangkalah. Makanan yang zahirnya tidak kelihatan haram, hukum asalnya adalah halal dan tidak perlu dicurigai.
Di zaman Rasulullah pernah berlaku peristiwa seperti ini
أَنَّ قَوْمًا قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ نَاسًا حَدِيثِي عَهْدٍ بِالْإِسْلَامِ يَأْتُونَنَا بِاللَّحْمِ وَلَا نَدْرِي أَذَكَرُوا اسْمَ اللهِ عَلَيْهِ أَمْ لَمْ يَذْكُرُوا؟ فَقَالَ: سَمُّوا اللهَ عَلَيْهِ وَكُلُوهُ
Beberapa orang mengadukan sesuatu kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, ada orang yang baru masuk Islam memberi kami daging. kami tidak tahu ia menyebut nama Allah atau tidak ketika menyembelih”. Rasulullah bersabda: “Kalau begitu, sebutlah nama Allah lalu kamu makanlah“. (HR. Bukhari 5507)
Jalan keluar yang Nabi tunjukkan amat mudah. Jika ragu sembelihannya tidak menyebut nama Allah, sebutkanlah dalam konteks menghadapi hidangan. Bukan sibuk bertanya dan memeriksa.
Nabi menyuruh kita makan apa saja yang dihidangkan tanpa banyak soal.Itu adabnya. Jangan merasa diri kita amat suci, warak, sangat teliti hingga mengguris hati tuan rumah dan lebih berat menyalahi sunnah dan suruhan nabi bila mengadap hidangan.
Jika berat sangat hati pada satu makanan yang dihidangkan, tinggalkanlah tanpa membuat komen memburukkannya. Sabda nabi,"Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu” (HR. Tirmidzi 2518, ia berkata: “hasan shahih”)
(Teks oleh Abdul Ghani Haron)
Mendamba Umara Persis Rasulullah
Al kisah
Ali hidup dalam kesempitan. Gajinya sebagai pekerja pembersihan sudah beberapa bulan belum lagi diterima. Wang simpanan untuk saat-saat kecemasan pun semakin menyusut.
Kos sara hidup tinggi. Keluarganya tidak mampu makan nasi lengkap berlauk seperti keluarga lain. Setiap hari menu yang disediakan oleh isterinya hanyalah bubur nasi dan telur.
Bila Ali mendatangi majikan dan bertanyakan bayaran gajinya, jawapan yang diberi kepadanya, "Sabarlah, ekonomi tengah down ni!"
Dia keluar dengan perasaan sedih. Tambahan pula hidungnya terhidu bau makanan lazat berlegar dalam bilik pejabat yang serba indah itu. Rasa terliur juga dia. Entah bila agaknya dia dan keluarganya dapat menikmati semua itu.
Mungkin benar juga ungkapan yang pernah didengarnya. "Ayam tidak sampai hati mematuk tangan tuannya tetapi tuannya sanggup menyembelih ia."
==================
Rasulullah s.aw. adalah pemimpin terbaik. Baginda tidak hanya membantu fakir miskin malah sentiasa duduk bersama dengan mereka sehingga baginda dapat 'merasai' denyut hati insan yang kekurangan, kelaparan dan kesempitan.
Sifat itu diteladani oleh khalifah-khalifah yang memimpin umat Islam selepas baginda. Betapa hari ini kita amat mengingini para umara yang sedemikian. Bilakah tibanya masa itu? Tunggu......
Berlumba Buat Lebih Baik
Al kisah:
Ahmad Zamri bersembang dengan seorang kenalan yang begitu bersemangat berbicara mengenai isu Syria.
Tiba-tiba dia mengeluarkan sekotak rokok, mengambil sebatang dan hisap. Ahmad Zamri menegurnya yang tidak berhenti merokok. Sebaiknya duit beli rokok disedekahkan kepada saudara di Syria.
Jawapan dia sangat mengejutkan. Katanya dia sudahpun mendermakan keseluruhan gajinya untuk membantu rakyat Syria. Dia juga sudah menjual keretanya dan menghantar wang hasil jualan itu ke Syria. Dia menyimpan azam dia untuk ke Syria sebagai sukarelawan paramedik bagi membantu rakyat Syria yang cedera.
Katanya duit boleh dicari, kereta boleh dibeli. Tetapi bagaimana dengan nyawa umat Islam di Syria yang memerlukan bantuan kita? Memang dia sedang berusaha untuk berhenti merokok tetapi masih belum berjaya.
Ahmad Zamri terdiam dan menyedari yang dirinya sangat kerdil berbanding dengan pengorbanan kenalan itu yang berusaha membantu saudara seaqidah.
Ibrah:
Kadangkala kira rasa diri kita sudah cukup bagus contohnya tidak merokok atau apa-apa kebaikan kecil yang kita lakukan tanpa menyedari betapa ramai lagi yang berjiwa mulia jauh lebih baik daripada kita. Mungkin dia lemah dalam satu bab tetapi hebat dan mulia dalam amalan yang lain dan kebaikan dia jauh lebih banyak daripada kelemahan dia.
Bersamalah kita bermuhasabah diri, memperbetulkan niat agar sentiasa ikhlas dalam beramal. Insya ALLAH kita buat yang terbaik untuk bekalan di akhirat sana. Wallahualam.
Sunday, December 25, 2016
Berderai Air Mata
Suatu petang, Azhar bersama-sama isteri dan anaknya, Iqram pergi ke pelantar ikan. Isteri Azhar beli udang besar seberat 2 kilo berharga RM70. Di sebelah mereka seorang pakcik sedang mengambil ikan yang agak berbau dan membayar RM2.
Iqram bertanya, "Pakcik hendak bagi makan kucing ke? Ikan tu tak berapa elok, anjing kebun ayah pun tak nak makan, berbau."
Pakcik itu terus gosok kepala Iqram sambil berkata “Anak ni bertuah sebab ayah orang kaya. Boleh beli udang besar, ikan elok. Pakcik anak ramai. Sekarang pakcik tak larat nak toreh getah lagi. Ikan ini baunya sikit saja. Pakcik bukan beli untuk kucing. Pakcik beli untuk keluarga pakcik”.
Azhar tergamam, lalu minta maaf sangat-sangat dengan pakcik itu. Orang-orang di pelantar ikan semuanya terdiam. Iqram menangis dan minta maaf pada Azhar kerana tadi dia menyangka pakcik hendak beri ikan itu pada kucing. Azhar membelikan ketam dan udang besar dan menyerahkannya kepada pakcik itu. Berat juga pakcik hendak menerima tetapi tetapi bila melihat Iqram menangis, dia gosok kepala Iqram dan mengucapkan "Terima kasih."
===============================
Malam tu bila isteri menghidangkan ikan kukus dan udang goreng, terus airmata Azhar berderai. "Apa emak makan apa dekat kampung malam ini?"
Waktu kecil dulu, Azhar juga melalui perkara yang sama. Emak kutip ikan yang tidak sesuai buat keropok di dalam tong ikan untuk lauk mereka sekeluarga. Hari ini Allah S.W.T. memperingatkan Azhar lagi dari mana dia datang. Sebenarnya kesusahan itu nikmat, merasai kesukaran orang lain untuk survival hidup setelah kita mendapat lebihan rezeki-Nya.
Di atas rezeki kita ada hak untuk mereka.
Ya Allah ya Rabb... tetapkanlah hati kami dalam memahami hikmah-Mu, jauhkanlah kami dari sikap bangga diri....
[Sumber: FB Hazaruddin Abdullah]
Saturday, December 24, 2016
Di Sebalik Konflik Syria
APA YANG BERLAKU DI SYRIA?
Oleh : Hishamuddin Rais.
🔴Saya pernah sampai ke kota Damas, panggilan manja warga Arab untuk kota Damsyik atau Damascus untuk warga Barat. Ini lama dahulu ketika saya berkelana. Saya datang dari Hong Kong membawa jemputan dari Asia Students Association (ASA) kepada Persatuan Pelajar Syria untuk hadir ke Kongres ASA di Chiengmai Thailand. Justeru saya menjadi tamu Persatuan Pelajar Kebangsaan Syria.
🔴Sebelum sampai ke Damas, saya melintasi Amman, Jordan. Saya membawa jemputan yang sama. Saya diberitahu bahawa Persatuan Pelajar Jordan dalam buangan beroperasi di Beirut. Begitu juga dengan GUPS - General Union of Palestine Students. Justeru saya wajib juga dari Syria menuju ke Lubnan. Ketika ini Perang Saudara di Lubnan baru bermula.
🔴Saya tersangkut hampir dua minggu di Damas. Bumi Arab inilah yang menjadi permulaan jejak dan tapak saya berkelana. Saya tersangkut kerana jalan utama dari Damas ke Beirut ditutup kerana perang saudara. Lalu untuk membunuh masa, saya melingkari kota Damas.
🔴Pada tahun 1974, saya seperti ramai anak-anak muda di Malaysia tidak ada langsung kefahaman tentang Sunni dan Syiah. Ketika saya membesar, saya tidak mengetahui tentang wujudkan dua mazhab ini. Yang saya fahami, saya ini penganut Islam, tidak lebih dari itu. Sunni dan Syiah ini tidak pernah wujud dalam fikrah saya.
🔴Saya bertemu dengan mazhab Syiah di Iraq. Ini pada tahun 1975, lama sebelum Revolusi Iran kerana saya menjadi tamu Persatuan Pelajar Iraq. Malah sebelum dunia membaca tentang Ayatullah Khomeini, saya telah melawat Karbala dan Najaf. Ketika saya melawat Najaf, Ayatullah Khomeini masih lagi ‘orang buangan' sebelum dihalau keluar dari Najaf ke Kuwait dan berakhir di Paris.
🔴Dengan pecahnya Revolusi Iran, penganut Islam di Malaysia disedarkan tentang wujudnya satu lagi mazhab Islam yang dipanggil Syiah. Penganut Syiah di Iran bangun melawan Shah Reza Pahlevi. Raja Iran ini telah dinaikkan ke takhta oleh CIA. Justeru, Revolusi Iran melonjakkan kesedaran tentang Syiah di kalangan anak-anak muda Islam di seluruh dunia. Mazhab Syiah dilihat membawa garis melawan imperialis.
🔴Hari ini, pada tahun 2013, kita sedang melihat bagaimana Islam dijadikan musuh oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika. Sesudah tamatnya Perang Dingin dan runtuhnya Tembok Berlin (1989) pernah diharapkan politik dunia akan membawa pencerahan dan keamanan untuk umat manusia. Harapan ini meleset. Kaum pemodal, kuasa militer, peniaga senjata antarabangsa bersama dengan politikus kanan memilih Islam sebagai musuh baru.
🔴Di zaman Perang Dingin dahulu yang dijadikan musuh ialah negara yang menggunakan sistem ekonomi sosialis, kaum sosialis dan kaum komunis. Mereka bukan hanya ditohmah dan difitnah malah mereka dibantai dan dikorbankan. Kali ini yang menjadi musuh ialah Islam. Ini yang sedang kita saksikan.
🔴Awas, kaum pemodal antarabangsa dengan cekap menggunakan perbezaan mazhab Sunni dan Syiah untuk membantai umat Islam. Perbezaan Sunni dan Syiah ini sedang dijadikan senjata ulung untuk membantai warga Syria.
🔴Saya akui di sini bahawa manusia yang bernama Bashar al Assad itu mungkin bukan sosok terbaik untuk dijadikan contoh pendemokrasian di Syria atau untuk bumi Arab Islam. Di belakang gerakan anti Bashar ini sebenarnya ada agenda yang lebih besar yang dirancang kaum imperialis Anglo-Amerika.
🔴Justeru, apa yang berlaku di Syria itu bukan pertempuran Sunni dan Syiah. Apa yang sedang berlaku ialah pembantaian warga Syria - Sunni, Syiah, Kristian, Ba'ath dan Majusi. Peperangan dan pembunuhan di Syria ini sebahagian dari agenda Anglo-Amerika untuk menakluk bumi Arab. Kenapa perlu ditakluk bumi Arab? Jawabnya : minyak.
🔴Kata-kata lunak, janji-janji manis dari Clinton, Bush atau Obama terhadap umat Islam hanyalah kata-kata. Kuasa imperial Anglo-Amerika memiliki agenda yang telah lama dirancang. Contohnya : serangan ke atas Iraq telah lama dirancang - jauh sebelum ledakan WTC di New York tahun 2001.
🔴Pendemokrasian yang diajukan oleh kuasa imperialis Amerika itu bunyinya amat lunak. Kenapa demokrasi hanya perlu diwujudkan di Libya, Mesir, Iraq dan Syria? Kenapa demokrasi tidak diajukan kepada Arab Saudi?
🔴Negara Saudi yang kaya raya dengan duit minyak ini tidak langsung memiliki ciri-ciri demokrasi jauh sekali menghormati hak asasi manusia. Warga asing yang bekerja di Saudi sering dijadikan hamba abdi sama seperti di zaman Rasulullah.
🔴Sebuah lagi negara Arab yang begitu kuat menyokong dan memberi dana dan senjata kepada gerombolan pengganas untuk menyerang Syria ialah Qatar. Atas nama Islam, atas nama Sunni , senjata telah dihantar untuk membunuh Syiah. Qatar memberi duit dan senjata kerana ingin membangunkan Syria untuk menjadi sebuah negara yang lebih demokratik.
🔴Mari kita bertanya, sejak bila ada pilihanraya di Qatar? Demokratik sungguhkah negara yang bernama Qatar ini?
🔴Semua ini berlatarkan keperluan kaum pemodal antarabangsa untuk menakluk bahan bakar petroleum. Iraq dahulu bebas dan merdeka. Iraq TIDAK membenarkan syarikat minyak asing masuk membuat carigali. Kini Iraq telah dibuka untuk Shell, Esso, Exxon termasuk Petronas. Yang masih berdegil melarang syarikat luar dari mencarigali minyak hanya Iran.
🔴Untuk menundukkan atau menyerang Iran, Syria perlu dijatuhkan dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Presiden Hafez dan zaman Khomeini. Hubungan ini diikat pula dengan perjanjian bantu membantu dari segi ketenteraan.
🔴Apabila kita membaca politik Iran atau Syria atau Timur Tengah, maka kita wajib memahami juga peranan negara Zionis Isreal. Israel telah dipacakkan di tengah bumi Arab oleh kuasa imperial Anglo-Amerika sesudah Perang Dunia ke-2. Zionis Isreal bergerak sebagai pangkalan tentera Amerika. Israel menjadi polis untuk Amerika.
🔴Sahihlah bahawa bahan bakar minyak petroleum ialah kunci kepada semua ini. Ekonomi kapitalis dunia hari ini dijana oleh bahan bakar petroleum. Tanpa petrol, dunia yang kita kenali hari ini akan berubah wajah.
🔴Kalau kita beli minyak dari stesen Petronas kita menggunakan duit ringgit. Kalau beli minyak di Pakistan wajib menggunakan Rupi. Tetapi jika Malaysia atau Pakistan mahu membeli minyak di pasaran dunia, negara ini wajib menggunakan dolar.
🔴Jual beli minyak dalam pasaran dunia hari ini wajib menggunakan dolar. Inilah hasil perjanjian yang telah diikat oleh Presiden Nixon dengan Raja Faisal pada tahun 1972, ketika dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Saudi sebagai pengeluar minyak terbesar dalam dunia mewajibkan minyak dibeli dengan dolar. Perjanjian ini memastikan Saudi mendapat senjata dari Amerika. Amerika juga akan memastikan rejim Saudi selamat dari diganggu gugat oleh Israel atau musuh dalaman.
🔴Maka muncullah apa yang dipanggil sistem PetroDollar. Dolar Amerika menjadi kukuh. Ini kerana banyak negara dalam dunia hari ini TIDAK memiliki minyak. Tetapi, negara-negara ini memerlukan minyak. Maka negara ini wajib mengeksport barangan kepada Amerika untuk mendapatkan dolar. Dengan adanya dolar, baru minyak dapat dibeli.
🔴Di sinilah muncul 'kongkalikong' yang paling besar. Amerika terus mencetak dolar untuk membeli barangan import. Hakikatnya ekonomi Anmerika hari ini adalah ekonomi silap mata. Maka kerana itu, apabila Saddam mahu menjual minyak tanpa menggunakan dolar, Saddam Hussein dibunuh. Ghadafi juga menerima nasib yang sama apabila dia mahu menukar dolar dengan mata wang lain.
🔴'Kongkalikong' Amerika ini bukan TIDAK disedari. Ramai yang tahu tetapi terpaksa sujud kepada Amerika kerana kuasa bala tentera Amerika berselirat dalam dunia hari ini. Semua negara kini tertakluk di bawah kuasa Anglo-Amerika. Dulu ada Empayar Rom, kini kita dijajah oleh Empayar Amerika.
🔴Saudi memiliki simpanan minyak terbanyak dalam perut buminya. Negara kedua ialah Iran. Justeru Iran wajib ditundukkan. Jika Iran menjual minyaknya tanpa menggunakan dolar pasti ekonomi Amerika terjejas. Kerana inilah dibuka kisah Sunni dan Syiah. Kisah ini bertujuan untuk menutup kisah bangkai dolar yang semakin mencemaskan dunia kapitalis.
🔴Ketika saya di Beirut pada tahun 1975, saya telah melihat kematian dan pembunuhan dalam perang saudara. Kali ini saya hanya berkeupayaan untuk menulis. Tapi saya tahu apa rupanya perang saudara yang sedang berlaku di Syria.
🔴Saya akhiri dengan suatu pertanyaan, kenapa kita tidak dapat memahami bagaimana kaum pemodal, tauke penjual senjata dan politikus kanan yang kaya raya terus mengadu domba kita? Di Lubnan, Kristian dengan Islam. Di Rwanda, Tutsi dengan Hutu. Di Syria, Sunni dengan Syiah. Dan di Malaysia Melayu dengan Cina
Larangan Ucapan Tradisional Sambutan Krismas
Yang diceritakan oleh Al-Quran surah Maryam ayat 23-25: “Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal POHON KURMA, maka ia berkata: "Alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti lagi dilupakan." Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah. "Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai dibawahmu. Dan goyanglah pangkal POHON KURMA itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu." (Maryam : 23-25)
Ayat ini membuktikan Nabi Isa a.s. dilahirkan pada musim panas (kerana pohon kurma hanya berbuah pada musim panas), tidak pada musim sejuk.
Oleh itu tidak wajar kaum Muslim mengucapkan ucapan tradisional hari Krismas kerana ucapan sedemikian membuatkan muslimin mengakui pegangan Kristian yang menyebut bahawa TUHAN ADA TIGA (TRINITY). Untuk tidak menyinggung golongan penganut agama itu, ucapkan saja "Happy Holidays".
Nabi Bercerita
Belajar dengan Malaikat:
Nabi s.a.w. bercerita: “Allah menciptakan Adam dengan ketinggian 60 hasta.
Allah berfirman: ‘Pergilah ucapkan salam kepada para malaikat. Dengarkan ucapan mereka kepada kamu. Begitulah ucapan salam kamu dan keturunanmu.’
Adam mengucapkan: ‘Assalamualaikum.’
Para malaikat menjawab: ‘Assalamualaika wa rahmatullah.’
Para malaikat menambah “wa rahmatullah”.
Setiap orang yang memasuki syurga serupa seperti Adam. Namun ketinggiannya terus berkurang, sehingga sekarang.” (Riwayat al-Bukhari)
[Majalah SOLUSI]
Hendak akrab dengan Allah wajib intim dengan manusia.
Merdeka Dalam Batas Syariat
Assalamualaikum
Di pengakhiran hidup manusia hanya ada dua pilihan iaitu syurga atau neraka. Kita ingin jadi makhluk Allah yang bebas merdeka, tetapi merdeka dalam BATASAN SYARIAT ISLAM. Syariat Islam telah memberi garis panduan tetap mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dibuat. Matlamat syariah ialah untuk memelihara lima perkara yang maha penting dan bernilai dalam hidup:
MEMELIHARA AGAMA
MEMELIHARA KETURUNAN
MEMELIHARA HARTA
MEMELIHARA NYAWA
MEMELIHARA AKAL
Ikutlah cara yang Allah perintahkan dan Rasulullah ajarkan. Itulah sumber yang membawa kepada KEBAHAGIAAN HAKIKI DAN ABADI. Hindari MANUSIA BERSIKAP SUMBANG, GOLONGAN BERAMAL SONGSANG, juga MANUSIA YANG PERIKEMANUSIAANNYA TELAH HILANG. Tiada guna hidup senang lenang, boleh buat itu ini sedangkan batin dalam kebimbangan, hati tidak tenteram. Manusia hanya pelakon di pentas dunia yang lakonannya DIRAKAM OLEH KAMERA MILIK MAHA PENCIPTA dan DITONTON OLEH PARA MALAIKAT-NYA. Betapa malu yang tidak terhingga bila VIDEO ITU DITAYANGKAN KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA sejak dari Adam a.s hingga ke manusia paling akhir dilahirkan ke dunia.
Peliharalah Allah dan Allah akan memelihara kita semua. Aamiin aamiin Ya Rabbal Alamin.
Menurut Majalah SOLUSI #82, keindahan Islam hanya dapat dilihat oleh orang yang mempunyai akal yang tajam serta jiwa yang bersih. Keindahan Islam yang begitu menyerlah, tidak akan dapat dirasai oleh mereka yang menganutnya tanpa ilmu dan ikut-ikutan.
Justeru, kita lihat betapa ramai orang yang berada dalam Islam telah keluar daripada Islam kerana kedunguannya. Sebaliknya ramai pula orang bukan Islam yang berbondong-bondong masuk Islam kerana kebijaksanaannya. Inilah yang berlaku di negara-negara Barat sekarang. Islam ialah agama yang berkembang paling cepat di Eropah dan Amerika kerana ramai dalam kalangan mereka menggunakan kebijaksanaan akal untuk mengenal Islam.
Di pengakhiran hidup manusia hanya ada dua pilihan iaitu syurga atau neraka. Kita ingin jadi makhluk Allah yang bebas merdeka, tetapi merdeka dalam BATASAN SYARIAT ISLAM. Syariat Islam telah memberi garis panduan tetap mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dibuat. Matlamat syariah ialah untuk memelihara lima perkara yang maha penting dan bernilai dalam hidup:
MEMELIHARA AGAMA
MEMELIHARA KETURUNAN
MEMELIHARA HARTA
MEMELIHARA NYAWA
MEMELIHARA AKAL
Ikutlah cara yang Allah perintahkan dan Rasulullah ajarkan. Itulah sumber yang membawa kepada KEBAHAGIAAN HAKIKI DAN ABADI. Hindari MANUSIA BERSIKAP SUMBANG, GOLONGAN BERAMAL SONGSANG, juga MANUSIA YANG PERIKEMANUSIAANNYA TELAH HILANG. Tiada guna hidup senang lenang, boleh buat itu ini sedangkan batin dalam kebimbangan, hati tidak tenteram. Manusia hanya pelakon di pentas dunia yang lakonannya DIRAKAM OLEH KAMERA MILIK MAHA PENCIPTA dan DITONTON OLEH PARA MALAIKAT-NYA. Betapa malu yang tidak terhingga bila VIDEO ITU DITAYANGKAN KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA sejak dari Adam a.s hingga ke manusia paling akhir dilahirkan ke dunia.
Peliharalah Allah dan Allah akan memelihara kita semua. Aamiin aamiin Ya Rabbal Alamin.
Menurut Majalah SOLUSI #82, keindahan Islam hanya dapat dilihat oleh orang yang mempunyai akal yang tajam serta jiwa yang bersih. Keindahan Islam yang begitu menyerlah, tidak akan dapat dirasai oleh mereka yang menganutnya tanpa ilmu dan ikut-ikutan.
Justeru, kita lihat betapa ramai orang yang berada dalam Islam telah keluar daripada Islam kerana kedunguannya. Sebaliknya ramai pula orang bukan Islam yang berbondong-bondong masuk Islam kerana kebijaksanaannya. Inilah yang berlaku di negara-negara Barat sekarang. Islam ialah agama yang berkembang paling cepat di Eropah dan Amerika kerana ramai dalam kalangan mereka menggunakan kebijaksanaan akal untuk mengenal Islam.
Abah Dan Baju Sekolah Hutang
Pengalaman Raja Shamri, hamba Allah yang sentiasa prihatin dengan kesusahan orang lain:
Hari ni saya mula start bercuti... Rasanya perlu rest sekejap at least for a few days. Doctor cakap saya tak cukup tidur dan tak cukup rest ... Ya kot ... Non stop dah banyak bulan dah rasanya....
Pemikiran mula berlegar bila memikirkan akan
seminggu dua nak buka sekolah ni. Teringat zaman kecik dulu sewaktu arwah abah masih hidup ... masa nilah abah akan naik motor ke sana ke mari pergi jumpa sedara mara yang senang sikit untuk pinjam duit beli baju sekolah kami adik beradik. Kadang2 abah pinjam dengan kawan2 abah, tokey kedai tempat abah sarapan pagi2 dan mcm2 orang lagilah.
Abah tak pernah bagi tahu dia berhutang sana sini untuk beli keperluan sekolah adik beradik. Tapi kami tahu ... kami faham. Dan kesusahan itu menjadikan kami berusaha habis-habisan untuk berikan result yang bagus untuk abah.
Tapi zaman dulu kasut sekolah boleh pakai lama ... lambat pulak ketat .. budak2 sekolah sekarang ni setahun sampai dua tiga kali tukar kasut ... cepat betul membesar ... hehehe ...
Pernah satu masa sewaktu darjah 4 nak masuk darjah 5 abah balik lewat malam dalam hujan. Tak dengar pulak bunyi enjin motosikal abah. Tahu2 pintu dah diketuk dan terdengar suara abah memangggil. Mak dan adik2 dah tidur. Masa tu saya yang bukak pintu. Abah kesejukan terketar-ketar. Abah berikan saya baju sekolah dan buku2 keperluan sesi persekolahan yang baru.
Tak ada apa2 yang keluar dari mulut abah melainkan dia mintak saya buatkan teh panas satu.
Malam tu berlalu begitu sajalah tanpa apa2 perbincangan.
Sehinggalah saya balik dari luar negara selepas habis belajar bertahun kemudian, satu malam sewaktu musim hujan seperti sekarang nilah abah mula bukak cerita ...
"Kau ingat tak abang .. masa kau kecik dulu satu masa tu abah balik tengah malam dalam hujan lebat, kau bukakkan pintu dan abah bawa balik buku-buku dan pakaian sekolah baru untuk kau dan adik-adik ... ingat tak?" Abah tanya ...
Saya hanya senyum dan mengangguk sambil teruja nak dengar cerita abah ...
" Sebenarnya masa tu abah baru balik dari cari duit cuba untuk pinjam duit dengan sedara mara kita untuk belikan kau dan adik2 baju sekolah dan buku ... tapi tak dapat ... "
" Akhirnya abah jumpa kawan lama abah satu masa dulu diapun susah jugak bukan orang senang ... tapi senang sikitlah dari kita ... Dialah yang berikan abah pinjam duit RM100 utk belikan buku2. Pakaian sekolah tu pun abah hutang dengan tuan kedai ... dia bagi hutang sebab dia tahu anak2 abah semua pandai2 belajar ..."
Masa tu tanpa sedar air mata saya sudah laju keluar. Bibir tak boleh berkata-kata ... terkedu. Hati rasa sangat sebak.
Abah terus berbicara ...
"Malam tu motor abah rosak .... abah tolak motor dari Kota Bharu balik ke Pasir Puteh dalam gelap sebab kedai dah tutup dan abah tak ada duit nak baiki motor. Abah tolak motor tu dalam hujan bercahayakan langit dan lampu kenderaan lain sejauh hampir 50km. "
" Sekarang ank abah dah balik dari luar negara ... abang dah berjaya ... abang kerja bagus2 .. abang bantulah orang macam abah yg ramai kat luar sana ... abang jadilah orang baik-baik... jangan kedekut dengan rezeki yg *Allah bagi pinjam* ... abah tak ada harta nak bagi kat kau dan adik-adik. Abah hanya ada kasih sayang dan ilmu yang abah mampu berikan sekadarnya ... "
Dan pesanan itulah yang sentiasa tengiang-ngiang di telinga ini setiap kali nak masuk musim bukak sekolah ...
Ya Allahh .. rindunya kat abah malam ni ... Terima kasih abah kerana membimbing hati ini dari kecik hingga sekarang walaupun jasadmu telah tiada ... kau tetap membimbing hati ini ..
Semoga Allah satukan hati-hati kita keluarga besar untuk terus istiqamah dalam perjuangan membina bangsa yang prihatin dan saling bantu membantu ini.
Jommm jadi orang baik-baik...
Jom tolong orang susah
Pepohon Dosa
Assalamualaikum
Imam al-Ghazali pernah berkata: "Cabutlah pepohon dosa dan kejahatan dengan taubat sebelum akarnya bertambah banyak, berselirat dan terlalu kuat mencengkam."
Pepohon kejahatan jangan dibiarkan bercambah, berakar, berdahan, beranting dengan dedaun yang merimbun. Pada mulanya dosa akan menimbulkan rasa resah dan menjadi titik hitam di hati. Jika terus dilakukan, lama kelamaan titik hitam berubah menjadi tompok berkarat yang besar akibat kebiasaan dan ketagihan.Hati yang berkarat dengan dosa-dosa akan tertutup dan pintunya terkunci mati dan tidak mampu lagi menerima apa jua seruan ke arah kebenaran.
Jom bersihkan hati supaya sentiasa hidup dengan rasa keprihatinan ke atas setiap ciptaan Allah dan digenangi rasa kecintaan ke atas Dia dan utusan-Nya.
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا ﴿٦٥﴾ إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan.
Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.
(Surah Al-Furqaan : 65 - 66 )
Amin!!
TAWAKKAL dan LILLAHI TAALA. Bila hal ini ditanam dalam jiwa, insyaAllah perasaan tidak terkesan sangat dengan tindak-tanduk manusia.
Attachments area
Imam al-Ghazali pernah berkata: "Cabutlah pepohon dosa dan kejahatan dengan taubat sebelum akarnya bertambah banyak, berselirat dan terlalu kuat mencengkam."
Pepohon kejahatan jangan dibiarkan bercambah, berakar, berdahan, beranting dengan dedaun yang merimbun. Pada mulanya dosa akan menimbulkan rasa resah dan menjadi titik hitam di hati. Jika terus dilakukan, lama kelamaan titik hitam berubah menjadi tompok berkarat yang besar akibat kebiasaan dan ketagihan.Hati yang berkarat dengan dosa-dosa akan tertutup dan pintunya terkunci mati dan tidak mampu lagi menerima apa jua seruan ke arah kebenaran.
Jom bersihkan hati supaya sentiasa hidup dengan rasa keprihatinan ke atas setiap ciptaan Allah dan digenangi rasa kecintaan ke atas Dia dan utusan-Nya.
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا ﴿٦٥﴾ إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan.
Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.
(Surah Al-Furqaan : 65 - 66 )
Amin!!
TAWAKKAL dan LILLAHI TAALA. Bila hal ini ditanam dalam jiwa, insyaAllah perasaan tidak terkesan sangat dengan tindak-tanduk manusia.
Attachments area
Musuh Allah Di Hari Kiamat
Cikgu Haron Abdul Ghani menyapa dua orang lelaii Bangla yang kelihatan muram duduk di pintu surau.Mereka menjelaskan bahawa majikan yang mengupah mereka tidak menunaikan janji bayaran gaji yang sepatutnya. Kisah begini sudah banyak kali berlaku di mana kontraktor mengupah warga asing tetapi tidak menjelaskan upah yang sepatutnya, kerana mereka tahu mereka tidak boleh diseret ke mahkamah dan warga asing itu tidak boleh berbuat apa-apa. Mungkin majikan seperti ini tidak tahu bahawa terdapat satu hadis qudsi yang amat mengeji perbuatan seperti ini.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahwa Allah berfirman,
ثَلاَثَةٌ أَنَا خَصْمُهُمْ يَوْمَ القِيَامَةِ: رَجُلٌ أَعْطَى بِي ثُمَّ غَدَرَ، وَرَجُلٌ بَاعَ حُرًّا فَأَكَلَ ثَمَنَهُ، وَرَجُلٌ اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا فَاسْتَوْفَى مِنْهُ وَلَمْ يُعْطِ أَجْرَهُ
“Tiga orang, aku yang akan menjadi musuhnya pada hari kiamat: Orang yang berjanji dengan menyebut namaKu lalu dia melanggar janji, Orang yang menjual orang yang merdeka lalu dia menikmati hasil penjualannya tersebut, dan Orang yang mempekerjakan orang lain, namun setelah orang tersebut bekerja dengan baik upahnya tidak dibayarkan.” (HR. Bukhari 2227).
Allah menyebut orang yg tidak menyempurnakan upah sebagai musuh-Nya. Ini menunjukkan beratnya hukuman tidak menunaikan upah.
Suatu ketika dulu ada seorang guru yang mengupah seorang penduduk kampung menebas rumput di tanahnya tetapi tidak dibayar upah seperti dijanjikan walau diminta berkali-kali, Akhirnya hidup guru berkenaan walau bersolat setiap hari tidak disukai oleh seluruh masyarakat. Dia bagai dipulaukan, membayangkan kebencian yang Allah tunjukkan menerusi kebencian manusia walaupun dia adalah "orang masjid."
Nasihat Cikgu Ghani, tunaikanlah janji upah. Jika ada di masa lalu ada janji upah yang belum tertunai, lunaskanlah. Minta dihalalkan. Bila hidup terasa bagai Allah murka,periksalah diri dari berbagai sudut. Mungkin kita terbuat sesuatu yang membangkitkan kemarahan Allah.Ingatlah dosa sesama manusia tidak terhapus dengan taubat, tetapi mesti memohon ampun, minta dihalalkan. Wallahua'lam.
Kita Fikir Orang Fikir Tak Sama
Dulu Fuad Latip fikir bahawa orang lain perlu fikir sama macam beliau fikir kerana pada fikirannya "Takkanlah perkara yang 'common sense' pun orang itu tak boleh fikir."
Kemudian, selepas dari saat itu,beliau memahami bahawa beliau tidak harus fikir orang lain tahu sama macam beliau tahu. Sebab beliau juga tidak tahu semua yang seseorang itu tahu.
Contoh:
Suami/isteri: Kadang-kadang kita terasa hati atau juga marah-marah kerana suami/isteri kita tidak mampu faham apa yang kita inginkan.
Isteri mengharapkan suami tolong dia kemaskan rumah bersama-sama dengannya, tetapi suami duduk rilek menonton TV. Lalu isteri merajuk atau marah-marah kerana suami tidak mahu membantu sedangkan isteri tidak pernah MENYUARAKAN kehendak kepada suaminya. "Abang ni duduk je dari tadi. Tak nampak ke saya sorang-sorang kemas rumah?"
Suami mengharapkan isteri bancuhkan air setelah dahaga membersihkan kawasan rumah. Suami marah-marah.."Takkanlah tak bancuh air untuk abang. Takkanlah tak nampak abang ini penat".
Alangkah indah andainya kita memahami bahawa apa yang kita fikir kadang-kadang tak sama dengan apa yang difikirkan oleh pasangan ataupun kawan kita yang lain pada saat itu.
Oleh itu mintalah dan suarakanlah dengan baik kepada mereka mengenai apa yang kita perlukan. Jangan bosan walaupun kadang-kadang terpaksa berkali-kali meminta hal yang sama pada lain masa.
Rumah Suasana Madrasah
Hari ini ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid (adakah termasuk saya dan awak?). Lantas suami tidak mampu mengajar anak isteri untuk memahami Agama. Maka wujudlah tiga suasana di rumah-rumah di seluruh dunia:
1) Suasana Rumah Seperti Pawagam
(Rumah jadi seperti pawagam.. TV dan Audio yang besar.. karaoke.. video games...seakan berada di Pawagam. Anak-anak dibesarkan dalam suasana kelalaian.. sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV...menangis bila tengok drama... ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak-anak terpilih jadi penyanyi di pentas.. Ini kesan dari suasana rumah seperti Pawagam).
2) Suasana Rumah seperti Hotel
(Suasana rumah yang dihias mewah seperti Hotel, berhawa dingin...setiap tahun tukar sofa baru.. tilam mewah.. bilik air mewah..sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri dari ketika berada di rumah Allah.)
3) Suasana Rumah seperti Restoran
(Suasana rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran...mewah...setiap saat dalam kekenyangan....hanya fikir makan dan minum untuk penuhkan perut.. peti sejuk penuh dengan makanan....banyak pembaziran).
Sebab itu kita memerlukan KEFAHAMAN AGAMA agar rumah menjadi tempat lahirnya manusia yang berubah. Seperti rumah Baginda s.a.w. dan para sahabat di Madinah - Suasana Rumah seperti Madrasah. Hidupkan suasana dakwah dengan bacaan al-Quran dan Hadis. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu. Hidupkan suasana zikir dan solat sunat. Rumah penuh dengan Nur. ALLAH turunkan Rahmat.. Keberkatan.. dan Sakinah dalam rumah dan ahlinya.. Keluarga hidup. Lahirkan anak-anak yang alim-alimah, Hafiz-Hafizah dan Daie-Daieyah yang memperjuangkan Agama di seluruh alam..
Hari ini anak-anakkita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis dan sebagainya tetapi pencapaian peperiksaan tidak cemerlang. belajar tidak pandai. Rupanya bukan salah makanan kesihatan tetapi sebenarrnya hati anak-anak gelap sebab tidak dengar Hadis.
Sebab itulah kita perlu wujudkan amalan bacaan taklim Hadis Nabawi di rumah kita. Cari satu masa kumpul keluarga baca Hadis-hadis Nabi s.a.w. dan baca kisah para sahabat dalam kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak-anak mengenali kehidupan mereka yang telah berjaya. Barulah mereka bersiap sedia untuk hidup secara qanaah (sederhana) dan tidak berhajat kepada kemewahan sehingga kadangkala melebihi kemampuan bapa dan suami. Semoga kita semua berniat dan berazam untuk hidupkan suasana rumah kita seperti Madrasah.
In Shaa Allah..
YA ALLAH, ENGKAU PERBAIKI LAH KEHIDUPAN BERAGAMA BAGI KAMI
(Teks Perkongsian dari Ahmad Shukri /Foto Anis Atika Hairuddin)
Nasihat dari Ustaz Abdullah Khairi:
Bila hendak kahwin nanti, kena hafal 3 surah ini:-
1. Surah Al Kahfi Ayat 15 - untuk anak yang degil boleh jadi lembut hatinya
2. Surah Ibrahim Ayat 40 - untuk anak rajin solat dan jadi orang yang baik
3. Surah Al Furqan Ayat 74 - untuk menjadikan keluarga sebagai penyejuk hati dan mata
Dalam kita mengejar harta dunia, hendak beli rumah pertama, simpanan berpuluh ribu nilainya, jangan lupa kita kena kejar akan akhirat juga. Kita kejar kedua-duanya agar hati kita lebih tenang, dan sentiasa rasa bersyukur dan bahagia selalu.
In shaa اللّهُ..
Thursday, December 22, 2016
Taubat Seorang Syiah Yang Berfikir
Seorang bekas penganut Syiah hadir ke pejabat MRM (Multiracial Reverted Muslims) setelah membuat temujanji. Beliau ingin mengetahui bagaimana untuk belajar akidah Islam serta berhadapan dengan masyarakat terutamanya ahli keluarga.
Saudara 'AS' dilahirkan dalam keluarga Syiah Ismailiah. Namun sejak kecil beliau mempunyai pelbagai kemusykilan mengapa beliau berbeza dengan majoriti rakannya. Beliau tertanya mengapa pergi sembah kubur sedangkan kita boleh berdoa terus kepada Allah S.W.T.? Mengapa terlalu mengagungkan setiap perkataan Mullah sedangkan Rasulullah s.a.w. itu lebih mulia? Jikalau Abu Bakar, Umar dan Uthman kafir dan begitu jahat, kenapa di zaman Nabi s.a.w., Baginda boleh berperang dengan orang musyrik dan menewaskan mereka, kenapa Nabi SAW tidak buang sahaja mereka malahan Nabi s.a.w. melantik Abu Bakar r.a sebagai imam ketika Baginda sakit?
'AS' merasa ada sesuatu yang tidak kena dan mula mencari. Beliau telah menghantar mesej kepada beberapa asatizah tetapi mesej tidak dibalas. Berjumpa dengan asatizah tetapi hanya menjawab Syiah tidak betul tanpa memberitahu kenapa Syiah tidak betul. Pernah diajak oleh sahabatnya untuk ke majlis selawat di Stadium Melawati tetapi apabila majlis bermula, beliau tidak boleh terima langsung kerana itulah apa yang beliau lakukan semasa dalam Syiah. 'AS' tidak mahu keluar dari Syiah dan masuk ke dalam fahaman Syiah yang bertopengkan Ahlus sunnah. Apa yang mereka lakukan sebagai Syiah ada dalam majlis selawat dan qasidah itu. Menanggalkan serban dan melambai-lambai serta bertawassul di kuburan adalah benda yang dia biasa buat sebagai Syiah. Dia tak boleh terima kerana jikalau boleh berdoa terus kepada Allah, kenapa nak ke kubur? Nampak pula seperti orang yang pergi jirat Cina minta nombor.
Suatu hari, beliau ternampak buku bertajuk "Fitnah Terhadap Sahabat Rasulullah s.a.w." karangan Dr.MAZA. Kemudian beliau menonton ceramahnya di YouTube dan kemudian menonton ceramah Dr Rozaimi. Baginya, ceramah mereka lebih boleh diterima akal sebab ianya logik dan ada bukti.
Kini beliau mahu belajar Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Beliau mahu belajar sejarah Islam, juga mahu berdakwah nanti. Beliau terdetik untuk menghubungi MRM setelah membaca perkongsian tentang dialog bersama Belum Muslim dan kisah penghijrahan mereka ke Islam. Beliau merasakan beliau kini adalah seperti muallaf yang baru mula belajar tentang Islam.
Sahabat semua, doakan agar saudara "AS" diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan masyarakat terutamanya ahli keluarganya serta kekuatan untuk istiqomah mendalami ilmu Islam. Pihak di MRM bersetuju mengajar beliau secara peribadi kerana tidak mahu mendedahkan identitinya lagi. Beliau sempat solat Asar bersama kami dan memberikan sedikit motivasi kepada kakitangan serta sukarelawan MRM.
*Gambar dan post ini telah mendapat kebenaran dari saudara "AS" untuk dikongsikan agar menjadi inspirasi untuk kita semua.
(Multiracial Reverted Muslims)
Segalanya Lillahi Taala
Sekiranya ilmu tidak mendekatkan kita kepada Allah, ada masalah di dalam kita menuntutnya. Di dalam menuntut ilmu, jangan terhenti sekadar memiliki ijazah. Tujuan kita adalah Allah.
Sebuah litar elektrik tidak akan berfungsi sekiranya tidak kembali kepada sumbernya. Sumber elektrik memberikan kuasa agar sesuatu perlatan elektrik itu berfungsi seperti mana ia seharusnya berfungsi. Ini dinamakan "reliability". Jika tidak mampu berfungsi seperti sepatutnya ia berfungsi, maka ia dikatakan "fault" yakni Gagal.
Sebuah mentol menyala ketika menerima kuasa yang sekadar disediakan oleh sumbernya yakni bateri. Sebuah mentol tidak akan berfungsi jika litarnya tidak lengkap yakni kembali kepada sumbernya.
Kita sebagai hamba Allah menerima daya sekadar yang didayakan kepada kita. Kita sebenarnya tidak berfungsi sepertimana seharusnya kita berfungsi yakni menjadi hamba yang sentiasa sedar padaNya jika kita TIDAK sentiasa kembali kepadaNya.
Kita dikatakan Gagal sekiranya tidak berfungsi seperti mana seharusnya kita berfungsi. Menjadi hamba, saksi, wali, khalifah sebagai wakilNya yang dipercayaiNya.
Jadilah "mentol yang menyala" yang sentiasa sedar lahaula wala quwwata illa billah. Ketika kita sentiasa sedar Allah, kita sentiasa inna lillahi wa inna ilaihi roji'uun.
[Fuad Latip]
Subscribe to:
Posts (Atom)