Pernah suatu hari Siti Aishah RHa berselisih(ada kekhilafan) dengan Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW berkata kepada Siti Aishah RHa, "Kita memerlukan orang tengah untuk mengadili di antara kita."
Maka Siti Aishah RHa pun mencadangkan ayahnya, Saidina Abu Bakar RA sebagai orang tengah itu. Rasulullah SAW bersetuju dan menjemput Saidina Abu Bakar RA untuk mengadili di antara Rasulullah SAW dan Siti Aishah RHa.
Bila setibanya Saidina Abu Bakar RA di rumah, maka Siti Aishah RHa berkata, "Berkata jujurlah oleh mu wahai Rasulullah." Mendengar kata-kata Siti Aishah RHa itu, maka Saidina Abu Bakar RA terus menampar puterinya itu sambil berkata, "Mengapa berkata demikian kepada Rasulullah SAW sedangkan kamu tahu bahawa Rasulullah tidak pernah berbohong."
Siti Aishah RHa terus berselindung dan bersembunyi di belakang Rasulullah SAW.
Lantas Baginda Nabi SAW bersabda kepada Saidina Abu Bakar, "Kami menjemput kamu untuk mengadili di antara kami. Bukannya untuk melakukan yang demikian(perbuatan menampar) dan kami pun tidak mahu kamu melakukan yang demikian (perbuatan menampar)."
Nabi SAW, walaupun bergaduh dengan isteri, tetapi isteri Baginda Nabi SAW tetap berselindung di belakang Nabi SAW untuk minta dijaga dan diselamatkan dari sebarang bahaya. Bagi mereka(isteri Nabi SAW) Rasulullah SAW adalah penyelamat di dunia dan akhirat mereka.
"Ya Allah, jadikanlah aku, hamba Mu ini, sebagai suami yang dapat membawa isteriku menuju Syurga Mu. Allahumma Amiiin."
[-Don Daniyal Don Biyajid]
No comments:
Post a Comment