Sunday, May 11, 2014
Khasiat Telang
Pokok Telang mempunyai banyak khasiat yang boleh dimanfaatkan. DAUN - mengandungi alkaloid, triterpinoid. KULIT, BATANG & BIJI - mempunyai alkaloid bertoksikd. MINYAK BIJI - mengandungi asid aralidik, linoliek, asid oleik, asid palmitik, asid stearik, sitesterol. SELURUH BAHAGIAN POKOK - asid amino, asid linolenik, asid stearik, beta sitosterol, flavonol, klitorin, protein dan beberapa jenis asid lagi.
Bunga telang, selain digunakan untuk mewarna makanan, ia juga mampu menjadi pewarna tikar mengkuang dan pewarna rambut dan menyuburkan kulit kepala. Bunga telang jika dibuat alas kepala semasa tidur mampu meredakan sakit kepala. Jika ada masalah mata merah, cucilah mata dengan air rendaman bunga telang, manakala air rebusannya mampu mengubati disentri dan mencairkan kahak. Air rebusan akarnya pula mampu melawaskan kencing, dan biji kacang telang dihancurkan untuk dijadikan sebagai julap dan ubat cacing. Jika dimakan dalam kuantiti yang sedikit, ia boleh membuka selera makan. Daun pokok telang pula dihancurkan dan ditampal untuk mengubati bisul atau masalah jerawat. Ia juga mampu merawat sakit telinga dengan menampal daun telang hancur dan sedikit garam di sekeliling telinga. Ubat-ubatan herba susah untuk kita tepatkan sukatannya kerana ia harus berpandukan tahap panyakit dan saiz badan seseorang. Sebaiknya mulakan dengan dos yang sedikit dan lihat kesannya daalm masa 3 kali penggunaan. Jika sesuai, teruskan dengan sukatan tersebut. Dan jika tidak berkesan, kita perlu menambahkan dosnya sehingga benar-benar sepadan. Kerana itulah maka dikatakan orang bahawa ubatan herba ini memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk memberi kesembuhan.
Contoh makanan yang menggunakan bunga telang sebagai pewarna - warna asli tanpa kimia memberi manfaat kepada kesihatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment