Tuesday, May 6, 2014
Jangan Mencemuh Sesama Sendiri
Surah Al-Hujurat adalah surah ke 49 di dalam Al Quran al Kareem, memiliki 18 ayat, ia merupakan SURAH MADANIYAH yang mengandungi manhaj PEMBENTUKAN dan PENYUSUNAN UMAT BERADAB.... Ia sekaligus menerangkan beberapa nasihat tentang personaliti dan identiti, serta akhlak dan kelakuan seorang Muslim, agar dipraktikkan di dalam kehidupan seharian....
Pada ayat ke (11), Allah SWT berfirman, yang maksudnya : “Wahai orang-orang beriman! JANGANLAH SESUATU PUAK (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh puak perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu MENYATAKAN KEAIBAN setengahnya yang lain; janganlah pula PANGGIL-MEMANGGIL ANTARA SATU SAMA LAIN DENGAN GELARAN YANG BURUK.. Amatlah buruk sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman.. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat, maka MEREKALAH ORANG-ORANG YANG ZALIM.”...
1] JANGANLAH sesuatu puak (dari kaum lelaki) MENCEMUH DAN MERENDAH-RENDAHKAN PUAK LELAKI YANG LAIN, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
2] JANGANLAH pula sesuatu puak dari KAUM PEREMPUAN MENCEMUH DAN MERENDAH-RENDAHKAN puak perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
3] JANGANLAH setengah kamu menyatakan KEAIBAN setengahnya yang lain;
4] JANGANLAH pula kamu PANGGIL-MEMANGGIL antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk...
5] Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-ORANG YANG ZALIM....
MARILAH KITA MERENUNGI dan memikirkan tentang ayat ke (11) ini, serta mengamalkan dalam kehidupan kita seharian... JIKA KEJAHATAN LISAN INI dapat kita bendung, tentulah persaudaraan Islam, serta hubungan silaturrahim sesama kita, akan lebih terpelihara.... Wallahu a'lam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment