Saturday, May 10, 2014
Masjid Cina Muslim Tasek Jaya Ipoh
4 Ogos 2013 atau bersamaan dengan 27 Ramadan 1434H akan terus dikenang oleh warga Taman Tasek Jaya apabila Masjid Muhammadiah atau Masjid Cina Muslim dibuka untuk jemaah.Setelah hampir tiga tahun tergendala, kini warga Taman Tasek Jaya berbangga kerana berpeluang menunaikan solat fardu buat kali pertama di masjid berkenaan.
Mengulas lanjut, Timbalan Pengerusi Masjid berkenaan, Datuk Dr Fadzli Cheah berkata, secara keseluruhannya, kewujudan masjid itu bertujuan menampung pertambahan penduduk di situ. Untuk rekod pembinaan masjid itu adalah hasil kerjasama jawatankuasa Masjid Lama Muhammadiah bersama pihak Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Ipoh.
Fadzli Cheah yang juga Pengerusi Macma cawangan Ipoh berkata, kewujudan masjid berkenaan juga bakal memudahkan perkembangan syiar Islam di kawasan berkenaan.“Alhamdulillah, masjid ini berjaya juga disiapkan dan namanya kita kekalkan sebagai Masjid Muhammadiah. Bagaimanapun, hanya fasa pertama yang disiapkan. Kita masih memiliki fasa kedua iaitu membina pusat dakwah di tapak masjid lama.“Kita merancang untuk mewujudkan sekolah agama rakyat di tapak berkenaan tidak lama lagi,” katanya pada majlis pembukaan masjid berkenaan, Isnin lalu.
Difahamkan, masjid yang dibina dengan kos RM6.8 juta (termasuk pusat dakwah dan sekolah agama rakyat) di atas tapak seluas 0.4 hektar itu mampu memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa.Lebih menarik, rumah ibadat ini adalah satu-satunya masjid di Malaysia dibina menggunakan 100 peratus bahan binaan dan aksesori dari China.Masjid ini juga menggunakan seni reka Cina sepenuhnya dengan tidak memiliki kubah sebagaimana masjid ditemui di negara ini.Malah jika dilihat dengan sekali imbas, pasti tidak ada yang menyangka bahawa bangunan hasil binaan artifak Cina itu adalah sebuah masjid.“Mungkin ini masjid ini akan menjadi sebagai salah satu tarikan baru di kawasan berkenaan dan Ipoh.
[SINAR HARIAN]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment