Friday, May 23, 2014
Jaga Buah Pinggang Kita
Buah pinggang adalah organ yang mengkumuhkan kotoran dan toksin daripada tubuh. Jagalah ia sebaiknya supaya tidak mendatangkan masalah pada masa-masa mendatang. TIP MENJAGA BUAH PINGGANG:
** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh. Elakkan memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.
** Memakan mi segera dan makanan ringan tidak berkhasiat seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang. Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati atau tosei.
** Minuman seperti nescafe, sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa. Minum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
** Pengambilan Coklat perlu dielakan. Minimunkan pengambilan minuman Milo dan gantikannya dengan Horlick. Jangan ambil minuman bergas kerana itu akan merosakkan buah pinggang.
** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana ia mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment