Monday, May 26, 2014
Hinanya Air Tangan Orang Tidak Solat
serenemaklong.blogspot.com
Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Dengan kuasa Allah,isterinya pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dapat anak, lelaki itu runsing. Dia sudah nazar hendak minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tidak payah buat tetapi kena denda (dam) atau sedekah. Pada zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu. Lalu lelaki itu pergi bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (tanpa uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan hendak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat.
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang idtak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab itu liat hendak buat kerja-kerja yang baik. Hati-hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah s.a.w. nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment