Thursday, May 8, 2014

Jaga Anak Perempuan Kita


Hasil kajian kami sejak sedekad lalu, tanda-tanda anak kita sudah siap untuk dizina, sama ada secara sukarela atau paksa boleh dikenal seawal umur 8-9 tahun, darjah 2-3. Kita ibu bapa yang perlu meneliti dan cekap untuk mengenal cara pemakaian, pergaulan, bahasa tubuh dan sebagainya. Kita wajib bertegas menghududkannya dari peringkat rumah lagi. Pihak sekolah, rakan taulan dan masyarakat perlu saling membantu. Zina kini sudah bermula seawal 8-9 tahun. Banyak juga perogolan dalam rumah berlaku seawal 5 tahun. Paling banyak bermula 10-12 tahun, sebahagiannya sempat hamil, namun kebanyakan kehamilan berlaku pada mereka yang berusia 14 tahun ke atas. Hari ini kebanyakan kes telah diketahui oleh ibu bapa. Banyak sekali pihak yang melakukan pengguguran bayi secara haram. Ada yang membayar sebahagian kos sahaja asalkan sanggup ditiduri sepuasnya oleh pihak tertentu. Akhbar baru ini mendedahkan, adanya anak-anak yang dihantar oleh ibu bapa sendiri untuk pengguguran haram berkali kali. Ironinya, beberapa anak gadis dari keluarga yang sama boleh menggugurkan berkali-kali di klinik yang sama. Di hospital kerajaan, pelbagai alasan dibuat oleh mangsa dan ibu bapa untuk menutup malu atau mengelak dari tindakan undang undang apabila menghantar anak untuk mendapatkan rawatan. Ada yang kata jatuh tangga, dipukul seseorang dan sebagainya untuk mem’benarkan’ alasan pendarahan. Ini fakta dari pihak hospital yang harus kita ibu bapa ambil tahu. INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROOJI’UN. [Warga Prihatin]

No comments:

Post a Comment