Sunday, May 18, 2014
Keuntungan Memberi
serenemaklong.blpgspot.com
KEUNTUNGAN BERSEDEKAH:
1- Ketinggian martabat dan darjat pemberi sedekah.
2- Memadamkan kemarahan Allah taala.
3- Memberi perlindungan kepada pemberinya dari bala dan kesusahan.
4- Penawar kepada kebanyakan penyakit rohani/hati.
5- Besarnya ganjaran dan pahalanya berlipat ganda
6- Menghapuskan kesalahan dan menebus dosa
7- Sedekah membawa keberkatan kepada harta dan menambahkan rezeki.
8- Pencegah dari azab dan jalan memasuki syurga.
9- Bukti kebenaran iman.
10- Menanggalkan sifat buruk dan menghiasinya dengan sifat terpuji.
11- Pintu segala amalan kebaikan.
12- Berada di bawah naungan sedekahnya pada hari qiamat.
BENTUK SEDEKAH YANG TERBAIK
1. Sedekah yang disembunyikan.
2. Amalan sedekah ketika sihat dan kuat lebih baik dari wasiat selepas kematian atau ketika sakit dan nazak.
3. Amalan sedekah yang dilakukan selepas menunaikan amalan wajib
4. Sedekah kepada kaum kerabat, khususnya yang yatim dan yang kita tidak rapat atau kita kurang suka.
5. Pemberian sedekah kepada jiran tetangga
6. Sedekah yang diberikan kepada rakan sejawat/seperjuangan dan kawan yang berjuang di jalan Allah.
7. Sedekah di jalan jihad pada jalan Allah sama ada jihad menentang orang kafir mahupun orang munafiq.
8. Sedekah jariah/ sedekah yang berterusan.
9. Pada waktu yang tepat dan terpilih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment