Masjid ini terletak di Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan. Masjid Brunei Darussalam atau nama lainnya Masjid Putih ini dibina beserta dengan sebuah madrasah atas nama Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin iaitu ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada 23 Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H. Pembinaan Masjid ini sepenuhnya dibiayai oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Baginda.
No comments:
Post a Comment