Tuesday, May 27, 2014

Istiqamah Bersedekah Al-Fatihah

serenemaklong.blogspot.com
Setiap kali usai solat, sedekahkan al-fatihah kepada Baginda Rasulullah S.A.W., ibu bapa, suami isteri dan juga anak-anak. In sya Allah dengan amalan mudah itu, kita dapat hidup tenang dan berjaya. Hal ini hanya memerlukan beberapa minit. Kata ustaz, adalah terlebih baik disebutkan satu persatu nama penerima yang bakal menerima sedekah fatihah itu supaya kita yakin ia sampai kepada pihak berkenaan. Secara automatik, kita dapat pahala membacanya, di samping pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan mereka. Setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali kepada kita.Niatkannya kerana Allah S.W.T. Wallahualam.............................................................. Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar Walahaulawala Quwwata illabilla hil 'aliyil 'azhim. Allahumma sholli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad. Astaghfirullahal 'azhim wa atubu ilaih.

No comments:

Post a Comment