Monday, May 19, 2014

Parti Politik Paling Banyak Rasuah



Berdasarkan laporan kajian Barometer Rasuah peringkat nasional yang dilaksanakan Transparency International Malaysia, parti politik di negara ini dilihat sebagai institusi yang paling banyak terbabit dalam amalan rasuah...fakta itu unik kerana buat julung kalinya ia menduduki tempat pertama, kedudukan yang lazimnya diduduki polis sebagai institusi paling banyak mengamalkan rasuah di peringkat global. 

Daripada 2,000 rakyat Malaysia yang menjadi responden, 45 peratus daripada mereka melihat parti politik mengamalkan rasuah tertinggi diikuti polis dengan 42 peratus. Ia berbeza dengan Barometer Rasuah Global tahun lalu, di mana 78 peratus rakyat Malaysia percaya polis paling tinggi dalam mengamalkan rasuah di Malaysia. 

Persepsi masyarakat terhadap gejala rasuah bagaimanapun secara keseluruhan didapati berkurangan manakala 38 peratus rakyat Malaysia merasakan usaha itu tidak berkesan. Menurut kajian itu, jumlah responden yang sedia melaporkan gejala rasuah juga berkurangan 28 peratus. 

Mereka begitu takut tindakan atau mereka ini dianiaya dan kedua mereka tidak beberapa begitu pasti sama ada polisi whistleblower betul-betul boleh membantu. Biarpun hanya kajian persepsi, realitinya 45 peratus responden yang ditemubual pernah diminta membayar rasuah. 

Kerajaan perlu mengambil langkah serius dalam memerangi rasuah sekaligus memperbaiki persepsi masyarakat mengenai usaha banteras rasuah di negara ini. 

 [Astroawani]

No comments:

Post a Comment