Baiti Jannati
Sepasang suami isteri sedang leka berbual. Mari dengar apa cerita mereka:
SUAMI : "Kenapa, sayang?"
ISTERI : "Ayang ada satu permainan. Ayang catatkan semua keburukan Abang sebanyak mungkin dan Abang pula catatkan tentang keburukan Ayang sebanyak mungkin. Esok pagi kita baca balik tentang apa yang kita dah tulis tu."
SUAMI : "OK."
Malam itu si isteri senaraikan tentang keburukan suaminya hingga tidak tidur.
Suami pula di ruang tamu pun tidak tidur juga hingga ke waktu sarapan.
ISTERI : "Hah, macam mana, siapa nak mulakan dulu?"
SUAMI : "Ayang mulakan."
ISTERI : "Ok, Abang dengar, ya." (sambil mengeluarkan 2,3 helai kertas yang dicatatnya malam tadi). Abang tak romantik, tak pandai pujuk, bla bla bla.. bla bla bla... Ok, sekarang giliran Abang pulak."
SUAMI mengeluarkan 3,4 helai kertas kosong. "Abang minta maaf, tak ada apa yang Abang dapat senaraikan tentang keburukan Ayang sebab Abang terima Ayang seadanya, dan segala keburukan Ayang sentiasa Abang maafkan. Abang minta maaf kalau Abang tak sempurna di mata Ayang."
Si isteri tergamam dan air mata jatuh berlinangan. Terus dia peluk dan memohon ampun pada suaminya. Dia menyesal kerana telah melukakan hati suaminya. Dia juga sedar dan bersyukur bahawa suaminya adalah insan terbaik yang telah dianugerahkan kepadanya.
Moral cerita:
Terimalah pasangan seadanya. Kita dijadikan untuk saling melengkapi kekurangan masing-masing.
( FB Akmar Ariff)
No comments:
Post a Comment