Saturday, July 28, 2018

Dirikan Masjid Di Rumahtangga


Baiti Jannati


Dirikanlah MASJID yang indah di rumahtangga kita. Fahamkah apa maksud MASJID? Ia berasal dari perkataan “ MA” dan “SUJUD”. Maksud “ MA” adalah TEMPAT. Jadi MASJID bermaksud tempat sujud. Tempat sujud pula semestinya ada kaitan dengan solat dan kerja.

Mahukah kita solat dalam keadaan sengsara? Tentu tak mahu. Ada perbezaan antara masjid yang sengsara dan masjid yang tenteram. Kalau masjid yang sengsara semestinya kita akan ragu-ragu . Mahu solat atau tidak kerana di kawasan masjid terdapat banyak anjing liar berkeliaran di sekitar masjid atau ada pencuri, contohnya. Manakala masjid yang tenteram, kita boleh solat dengan yakin dan khusyuk.

Kerja di rumah pula adalah cara kita sujud. Contohnya seperti Ayah sebagai ketua keluarga dan ibu ialah pelaksana. Sebagai Abal Hakam (orang yang menetapkan hukuman), ayah mesti memberi tunjuk ajar apa yang hendak dikerjakan dan menetapkan hukuman yang setimpal kepada ahli keluarga yang melakukan kesalahan. 


Ibu pula sebagai pelaksana mesti melakukan apa yang disuruh oleh suami atau ayah sepenuh kemampuan selagi tidak bertentangan dengan agama ISLAM. 


Di dalam rumahtangga perlu ada banyak syuro dengan baik. Kita tak semestinya selalu menghukum. Sekali sekala biarlah ada sedikit hiburan seperti beriadah, bergurau, memberi sedikit benda yang akan menghiburkan hati ahli keluarga dan sebagainya. 

 [Cetusan hati ZAM-SAM, 9 tahun - Anak Yatim Didikan Warga Prihatin]

No comments:

Post a Comment