Diri bagai terasing.
Akhlak Baik Sifat Malu tidak diambil pusing
Rupa dan muda jadi sanjungan dunia
Sedangkan itu semua aku tidak punya.
Wahai hati
Usah rasa rendah diri.
Jangan diubah jatidiri.
Hidup singkat ini bukan main-main.
Jangan jadi orang lain.
KUN ANTA! Jadi dirimu seadanya.
Wahai Hawa
Cintailah Adammu kerana Allah.
Cintai Penciptamu dengan syahadah.
Dengan selawat cintailah Rasulullah.
Dengan sifat malu dan akhlak mulia...
Lihatlah! Dengarlah! Berkata benarlah!
Berkasih-kasihlah dengan teguran.
Bersayang-sayanglah dengan nasihat.
Bersedih-sedihlah dengan kesilapan.
Berbalik-baliklah ke JALAN TAUBAT!.
No comments:
Post a Comment