Saturday, July 21, 2018

Bila JIN Jatuh Cinta



Seseorang wanita bangun pagi, tiba-tiba terlihat tanda lebam pada anggota badan. Pada mulanya kesan lebam itu wujud pada peha, dan jika dibiarkan, ia mungkin melarat ke anggota badan yang lain.

Itu adalah lebam digigit JIN. Ia boleh berlaku apabila seseorang wanita tidur selepas asar. Kesan itu dapat dilihat pada peha kanan atau kiri. Tompok lebam kebiruan, dan jika mampu dilihat, pasti ada 5 lubang halus pada lebam tersebut.  

Jangan biarkan Jin jatuh cinta. Elakkan keluar waktu senja atau petang. Jangan dedahkan aurat dan berpakaian seksi. Jauhi tempat-tempat sunyi dan kawasan berlubang seperti telaga.

Bila mandi pada waktu maghrib, gunakanlah kain basahan. Wanita memang tidak dapat melihat, namun Jin mampu melihat kekasihnya. 

Digigit Jin itu tanda kasihnya. Usah menggoda Jin dengan kecantikan diri. Sekali Jin jatuh cinta, buruk padahnya dan sukar dicari penawarnya. Ada yang menamakan ia Sihir Jin Asyik (Jin sedang Angau). Bila Jin cuba pertahankan cinta pada kekasihnya, pasti sukar seseorang itu hendak mendapat jodoh. Bila orang datang merisik lalu senyap, orang datang meminang juga senyap. Mungkin ada kekasih alam lain yang cuba pertahan cinta mereka.

Berhati-hatilah

[Kredit: Perubatan Tradisional Alternatif]

No comments:

Post a Comment