Abu Talib, bapa saudara Nabi s.a.w. yang mengasuhnya dengan penuh
kasih sayang sejak kematian ibu bapa. Dia sangat berjasa dalam membantu dan
melindungi keselamatan Baginda sebelum dan sesudah diangkat menjadi nabi dan
rasul. Abu Talib jugalah yang menguruskan pernikahan Baginda dengan Siti
Khadijah. Nabi selalu berdoa supaya Abu Talib memeluk Islam namun doanya tidak
diperkenankan oleh Allah menerusi Firman-Nya: “Kamu tidak dapat memberi
petunjuk kepada orang yang kamu kasihi. Tetapi Allah yang memberi petunjuk
kepada orang yang dikehendaki-Nya. Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu
menerima petunjuk.” Surah Al Qasas ayat 56.
Ketika sedang di ambang kematian, Nabi s.a.w. masih lagi memujuk
Abu Talib supaya mengucapkan syahadah. Namun pada masa yang sama, seorang lagi
bapa saudara Nabi iaitu Abu Jahal turut melarang persyahadatannnya dengan
berkata, “Wahai Abu Talib, sampaikah hatimu mahu meninggalkan agama Abdul
Mutalib.” Bila mendengar nama bapanya iaitu Abdul Mutalib disebut, Abu Talib menghormati
mendiang bapanya dan tetap yakin dengan agama nenek moyangnya. Itulah sebabnya
Abu Talib memberitahu Nabi s.a.w., “ Jika aku tidak khuatir kepada orang-orang
Quraisy yang mencela dan mengatakan, aku terpaksa mengucapkan syahadat itu
kerana takut menghadapi kematian, pasti akau akan mencucapkan kepadamu
(Muhammad).”
Begitulah, kedekatannya kepada rasul pilihan tidak dapat
menjadikan Abu Talib sebagai seorang hamba yang dikasihi Allah. Pengajarannya
---Muslimin dilarang mendoakan / memohon keampunan bagi orang-orang kafir,
meskipun dia adalah kerabatnya sendiri. Firman Allah: “Tidak sepatutnya Nabi
dan orang-orang beriman meminta ampun daripada Allah untuk orang-orang musyrik
walaupun musyrik itu adalah kaum keluarganya sendiri. Jelas bagi mereka,
orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam.” (Surat At Taubat ayat
113).
No comments:
Post a Comment