Seorang gadis Melayu beragama Islam yang jahil bertanya pada seorang Ustaz, "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"
Ustaz itu terkedu. Ustaz itu menjawab, "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang. Lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takde. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga, kan? Tuhan tu baik."
Gadis tu terkejut, "Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?"
Jelas ustaz itu lagi, "Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga, maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma."
#AllahMahaAdil
#KiamatSudahDekat
No comments:
Post a Comment