Tuesday, July 10, 2018

Rumahtangga Mawaddah Sakinah Wa Rahmah





Baiti Jannati


Kewajipan suami selepas bernikah:

☆    Melindungi isteri dan anak-anak.
☆    Memelihara harga diri dan keluarga.
☆    Memberi nafkah.
☆    Tetap berbakti kepada orang tua.
☆    Mengelakkan perbuatan buruk pada isteri.
☆    Terus perbaiki diri.
☆    Utamakan keluarga di atas segalanya.
☆    Bersikap tegas.

Kewajipan isteri mentaati suami kerana :
☆   Kedudukan suami sebagai pemerintah keluarga.
☆   Kewajipan isteri.
☆   Perintah Allah.
☆   Ganjaran pahala.
☆   Mendapatkan keredhaan Allah.
☆   Menjauhi azab neraka.



Doa isteri:

☆   Ya Allah, tolong jaga suamiku ketika dia berjauhan dariku dan keluarga.
☆   Berikan suamiku perlindungan dan keselamatan kerana hanya Engkau yang mampu 
      menjaganya.
☆   Ya Allah, suamiku bukan orang yang kuat. Ya Allah, berikan dia kekuatan supaya 
      dia bekerja dengan lancar dan bersemangat.
☆   Ya Allah, berikan dia akal supaya dapat menggunakan pemikiran yang wajar 
      untuk melakukan kebaikan dan menjauhi pemikiran yang jahat yang 
      boleh menjerumuskannya.
☆   Berikan dia kesabaran supaya dapat menahan segala amarah dan emosinya. Berikan 
      dia ketabahan bila ditimpa rasa duka.
☆   Ya Allah, jangan hadirkan orang ketiga di antara aku dan suamiku. Aku insan 
      yang lemah. Aku tak mampu menahan cemburu di hati. Hargai 
      pengorbananku sebagaimana aku berkorban menerima segala 
      kekuranganmu seadanya.
☆   Wahai jantung hatiku, kaulah penglipur lara dalam hidupku. Semoga hari ini 
      rezeki buatmu sentiasa diperkenankan dan dipermudahkan. Carilah keberkatan 
      dalam mencari rezeki yang halal.

Menambat hati suami yang pulang dari kerja :
☆    Sambut dengan senyuman manis. Pasti hilang segala penatnya.
☆    Salam tangan, peluk dan cium dahinya. Ini cara untuk membuat suami jatuh hati 
       dengan isteri setiap masa.
☆    Jangan bebel. Tunjukkan perasaan simpati. Isteri kena faham, tidak semua 
       suami yang balik kerja dengan mood yang okay. Kita tak tahu tekanan yang mereka 
       hadapi di tempat kerja. Sebaiknya biarkan dia rehat seketika.
☆    Masak makanan kegemarannya. Lelaki suka masakan air tangan isteri sendiri.
●     Berdandan, berpakaian cantik dan berwangi-wangian. Suami tentu gembira bila 
       kepulangannya disambut oleh bidadari yang berketrampilan menggoda dalam               
       rumahnya sendiri. (1)
●     Suami yang pulang dari kerja rasa tenang bila tengok keadaan rumah yang kemas 
       dan bersih. (2)
●    Jangan asak dan mengadu kepada suami dengan segala macam perkara. Ini  
        mengundang pergaduhan. Biar dia berehat dulu. (3) 
☆   Urut anggota badannya dengan mesra. Tunjukkan keprihatinan seorang isteri. 
       Usap rambutnya perlahan-lahan dan biarkan dia tidur di atas riba isteri.

Peringatan :
● (1), ● (2), ● (3) memerlukan BANYAK kefahaman dan BANTUAN suami. 

Isteri sibuk dan keletihan mengurus anak-anak yang masih kecil sendirian. Sudah pasti tidak SEMPAT melakukan apa yang diinginkan oleh suami. Oleh itu suami harus bersikap ringan tulang dan turut membantu kerja-kerja rumah. Buangkan sikap mementingkan diri sendiri. 

Zaman anak-anak sedang membesar adalah masa yang amat berharga. Gunakan masa begini untuk "bonding" dengan mereka. Jangan serah semuanya pada isteri. Jangan jauhi mereka. Ingatlah, akibat kurang kerapatan dan keakraban mungkin menyebabkan satu hari nanti para suami/bapa gagal mendapatkan rasa hormat dari anak-anak sendiri. 

Bagi kaum wanita pula, selepas berumahtangga, dia selalunya terputus sokongan moral dari ahli keluarga dan rakan-rakannya dahulu. Kini dia bersendirian dengan tugas berat yang dipikul. Tentu hatinya kesepian dan keseorangan. Satu-satunya sahabat yang dia ada hanyalah suaminya. 

Justeru, suami harus bersikap prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh isteri. Berikan dia sokongan moral yang amat diperlukannya. Jangan sekali-kali mengangkat suara dan menengkingnya. Ini akan membuat dia rasa jauh hati dan tidak dihargai. Jangan dibiarkan berlarutan, rasa sayangnya pada suami akan lenyap. 

Rasa menyesal akan menyusul bila menyedari yang hilang itu amat bererti dan tidak mungkin kembali lagi. 
.



No comments:

Post a Comment