Wednesday, July 25, 2018

Cinta Masa Senang Cinta Masa Susah


Baiti Jannati

Kevin yang berusia 80an memasuki sebuah klinik untuk menanggalkan beberapa jahitan yang dilakukan ke atasnya beberapa hari yang lalu.

Tetapi doktor yang bertugas sedang sibuk. Lalu dia diminta supaya menunggu sebentar. Kevin memberitahu dia ada hal penting yang hendak ditunaikan pada jam 9 pagi. Seorang doktor lain, Dr. Andrew memerhatikan sikap Kevin yang asyik melihat jam tangannya. Lalu Dr. Andrew bersetuju untuk menanggalkan jahitan di tangan Kevin. 


Luka itu telah pun sembuh. Dr. Andrew menanyakan mengapa Kevin kelihatan tergesa-gesa. 

Jawab Kevin, " Saya hendak pergi bersarapan dengan isteri saya yang berada di hospital. Sudah lama dia berada di sana akibat penyakit Alzheimer. Dia sentiasa memerlukan penjagaan. Saya bimbang nanti saya terlambat pula."


"Adakah dia akan risau kalau encik datang lewat?" tanya Dr. Andrew lagi.

"Tidak,dia takkan risau sebab sudah lama dia tak cam saya lagi". 

Dr. Andrew terkejut, "Maknanya, encik pergi jumpa dia setiap pagi sedangkan dia tak cam encik?" 

Kevin tersenyum sambil menjabat tangan Dr. Andrew untuk beredar pergi. "Mungkin dia tak ingat saya tapi saya ingat dia, dan saya ingat masa-masa yang kami lalui bersama." 

Air mata tergenang di mata Dr. Andrew. Hatinya berbisik, "Inilah cinta sejati. Inilah yang aku mahu. Kebahagiaan bukan saja menerima waktu yang manis tapi juga waktu yang susah. Ini yang menjadikannya manis!!!"



No comments:

Post a Comment